I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, June 13, 2011

Keputusan Final Exam dan Cuti LI

Fri-100611.

Assalamualaikum

Hari ni su dengan ika cuti. Sebenarnya dah plan hari tu sebab banyak benda nak kena setel. Nak selesaikan yuran pengajian termasuk sekali yuran LI dan yuran kolej. Ni tambah pulak nak buat semakan result. So nak kena bayar jugak kan.

Ha sebut pasal result, lupa nak bagitahu. Result final exam dah keluar 8 Jun hari tu. Ainaa dengan thirah dah dapat tengok result via sms masa 6hb tu. So masa balik kerja petang isnin tu, su dengan ika pun excited terlebih la nak check result jugak. Last last tak dapat tengok sebab ada hutang pelajar. Sms tu kata keputusan disekat/dihalang/tak boleh tengok selagi tak bayar hutang. Hamboih. . . . . selama ni duk tengok website hutang pelajar tu tak de hutang pun. Tup tup time result keluar ni la nak masuk macam macam yuran hutang bagai. Tapi bila tanya semua, yang lain pun kena sekat dengan hutang melainkan ainaa dengan thirah. Rupanya hutang diorang dah masuk awal and diorang dah bayar pun. Yang kitorang semua ni, yuran LI baru nak masuk 6hb tu.

Finally dapat jugak tengok result lepas kitorang countdown malam 7hb tu. Biasa tidur bukan main awal lagi. Lepas isyak je dah cari bantal. Malam tu menghitung detik saat waktu ke 12 tengah malam 8hb. Tapi kena tengok dekat smpweb jugak la sebab sms tu gedik gedik sangat kena tahan kena sekat lah apa. Hish.


Dan. . . Alhamdulillah. . .

Keputusan semester terakhir tahun terakhir ni su rasa OK sangat. Ye la masa tahun akhir ni la baru nak rasa RAJIN study sebab dah nak habes belajar kan. Wah masuk bakul angkat sendiri ni. HAHAHA. Sebenarnya kalau untuk tesis tu kira ok sangat lah bila dapat keputusan macam tu. Dah la buat last minute. Jumpa supervisor pun jarang sekali [beliau yang sebok, susah su nak jumpa heheh]. Dengan kurang bahan lagi. Dapat jugak result yang macam tu. Memang la. . .Thank you Dr Zarina!

Ha result untuk subjek international law pun memang buat su terkejut. Betul betul punya terkejut. Sebab dengar cerita subjek ni ada yang tak lulus. Nervous la pulak nak tengok keputusan. Dan yang paling su tak sangka, boleh dapat A! A tegak pulak. Tak de tolak tolak punya. HAHAHA. Thank you Cik Marina!


Yang pasal semak semula keputusan tu, su dengan ika tak puas hati dengan keputusan untuk satu subjek tu. Sebab kitorang dapat tahu, ada group yang tak hantar assignment but still boleh dapat keputusan lebih baik dari kitorang. So apa lagi, memang tak puas hati la kan. Kita dah la masuk kuliah tak pernah ponteng, datang tutorial siap buat presentation bagai, hantar assignment, final exam pun share notes dengan sebahagian coursemates dalam kelas tu. So macam mana pulak orang yang selalu ponteng ponteng kuliah, tak buat presentation, tak hantar assignment boleh dapat result yang bagus, ye tak? Mesti ada something wrong somewhere kan. So kitorang pun nekad nak semak balik keputusan tu.

Jadi hari ni kitorang setelkan semua. Mula-mula pergi bendahari, nak bayar yuran LI. Lepas tu pergi ofis pusat nak jumpa Kak Liza. Nak mengadu pasal result tu. Eh sebenarnya bukan pasal result je, nak dapatkan confirmation jugak pasal penyelia [pensyarah] yang akan selia kitorang dekat tempat yang kitorang buat LI. Sebab majoriti kawan kawan semua supervisor diorang dah datang jenguk dalam minggu ni.

Lepas dah mengadu macam-macam, kitorang pun pergi jumpa Dr Zarina pulak. Nasib baik la dia ada kat UKM. So atas nasihat dia, kitorang pun pergi la ofis balik nak print semakan semula keputusan tu sebab nak kena hantar kat bahagian akademik. Tapi dia mintak kitorang buat surat jugak. Sebab dia kata kalau dah ada black&white kan senang. Dan nanti minggu depan dia akan uruskan pasal tu and kitorang kena call balik next week untuk tau progress pasal semakan keputusan tu.

Sebenarnya, Kak Liza pun banyak tolong jugak. Siap tolong edit-print-photocopy surat yang kitorang buat tu. Sampai tertukar-tukar nama su dengan ika dekat surat tu. Yang paling tak tahan, boleh pulak nama su jadi Siti Zuraiza Mustafa. HAHAHAHAH. Gabungan nama SITI SURAIZA SHAARI dan NUR ZULAIKA MUSTAFA. Maka jadi la SITI ZURAIZA. Pun boleh jugak. HEHEHEH [sebenarnya kan, kak liza panggil su zulaika dan dia panggil ika suraiza hikhikhik]

Kak Liza sms,
Salam suraiza,kak liza ni. .g akademik jek tau wat rayuan semak semula. .nnti penyeliaan akak call dr. zarina tau. .sian korang. .”

Serius. Terharu. 

0 comments: