I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, June 20, 2011

Minggu lepas yang dah lepas & Interview Lagi [Utusan pulak]

Assalamualaikum

Sepanjang minggu lepas langsung su tak hapdet belog kan. Hamboih hamboi dah busy sangat la konon. Hahahaha.

Balik keje je dah ngantok tahap tak ingat. Pukul 9 lebih dah tidor. Tapi minggu lepas la. Minggu ni mungkin pukul 2-3 pagi baru boleh tidor kut. Hehheh. Mungkin.

Minggu lepas su dengan ika pergi keje dengan membawa kereta sendiri ya sebab encik encik driver sekalian semua mem-busy-kan diri memasing di hotel hotel. Dorang ada kerja [event] so tak balik UKM. Kalau yang balik tu pun ada driver yang datang ambik dorang. Nak tak nak, kami kami ni kena la berdiri-di-atas-kaki-sendiri a.k.a berdikari lah ya minggu lepas. So. . .oleh itu. . .makanya, kami tanpa segan silu dengan penuh sopan dan santun serta semangat ketimuran yang tinggi telah meminjam kereta Haris. HUAHUAHUA.

Ini bukan idea kami ya. Sebab mula mula su ingat nak duduk rumah makcik su dekat Presint 9. Tapi Palie kata kitorang boleh guna kereta Haris. So lebih baik la meminjam kereta beliau sahaja walaupun parking jpm ni kena bayar. Bukan singgit dua ya, tapi beringgit-ringgit. Kami keghoje ni pun bukannya dapat elaun. Tapi serupa jugak la if duduk rumah makcik pun still nak kena bayar tambang bas pergi balik keje ye tak. So bawak kete je lah ulang alik UKM-Putrajaya. Bukan jauh mana pun. Sempat jugak time lunch jumaat lepas kitorang balik makan tidor kat bilik. Heheheh

Dan juga. . .disebabkan mempunyai kereta sendiri [baca kereta pinjam] maka makin jauh lah langkah kaki kami [baca makin habis minyak kereta Haris]. Sampai dinner pun dah tak makan kat kolej I tell you. HAHAAHA. Kejap kejap makan kat Bangi kejap kejap pergi Kajang. Hamboih. Ni kalau mak tau ni. . . . .haish jangan la bagitahu mak saya ya. Nanti saya belanja makan eh. Hehehe
  
Minggu lepas jugak su dengan ika pergi Port Dickson bersama dengan encik penyelia kitorang tu la  siapa lagi kan. Pergi survey hotel untuk bengkel dorang nanti. So kami ditugaskan untuk menyebokkan diri menemani beliau ke sana. Perkataan menemani tu tak boleh blah betOi. KAHKAHKAH. Ini kalau encik beliau baca nih taktau la nak kata apa HAHAHAHAH

Oh ya, dan jugak minggu lepas abang ika merangkap wartawan yang keje kat utusan telah meng-interview su. Interview pasal hidup bermadu you allss. . . . .i belum kahwin tapi ada la pendapat sendiri pasal isu tu. Adeh nak cakap ni pun malu ha. HAHAHAHAH. Kalau nak tahu su punya jawapan pasal madu dan poligami ni, boleh la beli paper utusan hari ni ya. Tapi dalam akhbar tulisan jawi tu tau. Kalau tak reti baca jawi, meh sini masuk kelas jawi ustazah Suraiza ngajor. Heheh

0 comments: