I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, June 14, 2011

untuk kali keseratus lima puluh juta

assalamualaikum


kau orang semua mesti dah TAU lagu ni kan. mesti dah PERNAH dengar kan. takpun memang dah BIASA dengar kan. dah lama nak letak kat blog tapi sampai sekarang ni ha baru teringat nak letak. HEHEH. dulu dulu selalu bukak lagu ni masa abah hantar balik UKM. sepanjang perjalanan OTW nak balik kampus tu kan, memang takde lagu lain dah. pernah abah tanya, "budak UKM ke yang nyanyi ni?" HAHAHA. sampai kan abah pun dah ter-join-menyanyi sekali lagu ni. KEKEKE.

thanks to kak fynn jamal  for the nice-gedik-gedik-manja-song ni hehehheh

150 juta

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

"Aku lagi kenal dia"

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

"Saya mungkin baran tak kira masa"
"Tapi saya tahan kalau yang salah saya"
"Saya mungkin saja keras kepala"
"Tapi saya manja bila kita berdua"

"Saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua


yang ni original from fynn jamal


ha this version yang cover by hana zatie pun best jugak.siap ada back up dancer lagi tu.hahaha

1 comments:

Qisse said...

actly kan sue.. hjar bru 1st time dgr lgu nih.. hehe. maklum ler kn bz je memanjang. emmm..tnya2 jgk ni sape gadis bdua tu??