I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, June 9, 2011

Yang ramah-tamah dan mesra alam tu bukan saya. Memang bukan.

Assalamualaikum

Lama tak buat entry cerita pasal diri kan. HAHAHA. Konon ada orang nak baca la kalau buat entry semata nak story pasal diri engkau eh. HAHAHA lagi.

Segan bila orang tu buat segan dengan kita.
Lagi bertambah segan bila dia tahu kita segan dengan dia, tak semena-mena dia pun macam ala-ala nak segan segan dengan kita. Pulak dah! Hahaha.
Tolonglah jangan tambah lagi sikap penyegan yang dah sedia wujud sejak azali ni…

Malu bila dia malu dengan kita.
Lagi bertambah-tambah malu bila dia dapat kesan yang kita ni pemalu yang malu.
“You all ni shy shy cat sangat la!” [tau pulak tu]
Okeyh. Kalau macam tu kenapa nak kena tambah tambah kan lagi perasaan malu yang dah sedia ada sejak dulu dulu nih??

Diam kalau orang tak bual bual dengan kita.
Makin tambah senyap kalau dia pun senyap senyap diam diam jugak.
“Banyak cakap sikit. Jangan diam je” [dah terang terang dia suruh kita banyak cakap sikit.so sikit cakap la jadinya.HAHAHA]
Saya memang boleh cakap taknak diam diam. Tapi sila bagi topic dulu. Kalau boleh topic tu biar bagus bagus jangan bagi gossip gossip bagai. Tak tahu la nak mengata. Kalau setakat berkata-kata tu memang boleh sangat. Lagi satu kan, saya memang penyenyap. Biasa orang kata pendiam. Tak kesah lah korang nak kata yang mana satu. Hahhaa


"Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya” 


saya memang dilahirkan sebagai seorang yang penyenyap. nak buat macam mana lagi. dah tak boleh nak ubah dah. kalau orang penyenyap dan pendiam ni boring, awak boleh lah pergi cari kawan lain yang pembising dan pengkecoh. HAHAHAH. lagi pun, apa guna ada belog kalau suka bising bising. . .takyah tulis. . .terus potpetpotpet je terus kan senang KAHKAHKAH


 saya suka diam.
ada masalah? face to face ar. eceh. HAHAHAHAH

0 comments: