I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, July 31, 2011

sehari sebelum ramadhan

assalamualaikum

sehari sebelum berpuasa
su dan family ke selayang
memenuhi jemputan maklang dan mak tok
ke majlis kenduri arwah dan bacaan yasin

yang bertudung pink is my cousin, qila.

p/s-selamat menjalani ibadah puasa

Jangan cakap banyak

Assalamualaikum

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Tinggalkan bicara berlebihan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu."

Friday, July 29, 2011

Kelebihan Hari Jumaat. *Selamat Hari Jumaat!

Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat! Dah lama su nak share pasal kelebihan dan fadhilat hari Jumaat ni. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal





********************************************

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Ada yang berpendapat waktu doa makbul pada hari Jumaat ialah selepas Asar (akhir waktu Asar) dan ada yang berpendapat ia di antara dua khutbah Jumaat.

Hadith Jabir ra: Maka peganglah erat-erat akhir dari waktu tersebut jatuh setelah Asar. (Abu Daud, anNasa’iy dan alHaakim).

Hadith Abu Burdah yg dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya, Nabi saw bersabda: (waktu ijabah) itu antara duduknya Imam sampai salat dilaksanakan.

Sabda rasulullah s.a.w.: Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar. (Muslim)

Sabda Baginda yang maksudnya :“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.
(Hadis riwayat Muslim)
sumber - nasbun nuraini

********************************************
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat, yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:  
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
sumber - nora.z’s blog

********************************************

Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
Kebaikan dengan memotong kuku
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
sumber - sangmentari

********************************************

Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaiknya.



Thursday, July 28, 2011

ni la kerja orang tak ada kerja

assalamualaikum


disebabkan su sangat free sekarang sampaikan tak tahu dah nak buat apa, maka su kembali membuat kerja di zaman zaman asasi dulu, iaitu mengadap lappy dan menjawab quizilla.com sambil meminum milo yang siapa minum dia akan jadi sihat dan kuat HAHAHA

1) Do you feel lost in life
RESULT : Your path is leading the right way
You are not lost. You are doing great in this crazy, beautiful life. You learned how to laugh at the rain & spread your arms wide open, soaking in the love. Even if you feel down, you know a way to make it all better again. Everyone loves you just the way you are.
"everyone loves me? kembang kempis hidung nih. kekeke"


2) If your heart had a color, what would it be
RESULT : Lovely Lavender
You're creative and smart, maybe even a little shy. You know what's best for you, and are a good friend.
"bukan maybe lagi dah and not just a little. . . .HAHAHA"


3) What kind of personality do you have
RESULT : You Are Quiet
You are quiet and smart. Sometimes misunderstood but you have friends that compliment you perfectly and that's what you like.
"ni memang sume orang tau ni. i'm very quiet person and i don't talk much. sampai penat fikir nak cakap apa. tak tau. heheh"


4) What color are you
RESULT : You Are Gold
You like to follow rules and respect authority. You have a strong sense of what is right and wrong in life and need to be useful and to belong. You value home, family and tradition. You are a natural preserver, a parent, a helper. 
IN LOVE- You are serious and tend to have traditional, conservative views on both love and marriage. You want someone who can work along with you to create a secure, stable life together and you demonstrate love through the practical things that you do for your loved ones. 
AT WORK- You provide stability and are organized. Your ability to handle details and work hard makes you the backbone of the organization. You believe that work comes before play. 

IN CHILDHOOD- You wanted to follow the rules of the school and you respected authority. You were comfortable with an academic routine
"yang serius tu dah betul. tapi yang konservatif tu. . .biar betul?? heheh. like to follow rules and respect authority. . .dah terang tak payah suluh"



Wednesday, July 27, 2011

Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

assalamualaikum

berfikir. dan berfikir. dan lagi. . . .
terlalu banyak
sampai dah tak mampu


mengingatkan pada seseorang dan mereka.
mengingatkan dulu.
2002.2003









GOJESGIRLCOLLECTION in The House lagi

assalamualaikum

saja nak letak gambar tiga keping ni je hehe
rajin rajin boleh la ke GOJESGIRLCOLLECTION ya

 kalau dah suka, boleh isi form ni eh



sekian sahaja sesi promosi dan mempromosikan blogshop sendiri
heheh

GOJESGIRLCOLLECTION in The House!!!

assalamualaikum

ha macam biasa, bila blogshop dah update sebok lah nak meng-kecoh dan meng-kepoh dekat sini. HEHEHE. sila la jenguk sekaki dua tiga kaki ke GOJESGIRLCOLLECTION.

sambil cuci cuci mata, boleh cuci cuci wang juga ya. heee










Dan kita ada SALE jugak ya. . . . .untuk tudung yang macam kat bawah ni. oleh itu, adalah rugi jika anda tak pergi ke SINI.


taraaa !!!


harga? boleh nego lagi ya sampai korang larat nak nego [habehlah su dah cakap macam ni HAHAHAHAH]

ok jumpa di sana
di mana?
GOJESGIRLCOLLECTION laaa. jom jom

"untuk yang dicinta dalam diam"


assalamualaikum













"untuk yang dicinta dalam diam"


Sunday, July 17, 2011

Biarkan cinta itu terus diam

Biarkan cinta itu terus diam
Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, 
cukup cintai ia dalam diam 

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya 
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu 
kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya 
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu 
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan 
tetapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan, 
kekuatan harapan . . .
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata 
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam 
jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu 



Keputusan LI...akhirnya!

assalamualaikum

. . . ALHAMDULILLAH

setelah seminggu result keluar, barulah su berpeluang tengok result tu dekat smpweb

and finally, buat pertama kalinya rasa gembira yang tak terhingga
. . .sebab tak pernah lagi su dapat 4flat untuk mana mana subjek pun sebelum ni hehehe

walaupun LI semata. . .but still. . .4flat kut. . .
[orang tak pandai macam kita memang akan excited TERlebey macam ni kalau dapat result chantek macam tu kehkeh]


pengakhiran yang baik sebagai pelajar ukm!

Saturday, July 16, 2011

Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2011 [last day]


Assalamualaikum

Hari terakhir program

-Pembentangan Perbincangan Kumpulan Sasar antara peserta
-Pembentangan Laporan Perbincangan Kumpulan Sasar kepada YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek (Menteri Belia dan Sukan Malaysia)
-Dialog bersama Menteri Belia dan Sukan
-Majlis Penutup oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan)





















Bukan beg su sorang yang banyak banyak banyak ni ya
Ni beg untuk LIMA orang ni


Ni la program terakhir su dengan kawan kawan ukm [dalam erti kata yang lainnya, program terakhir masa bergelar pelajar degree kat ukm.kut lepas ni sambung kat ukm lagi taktahu lah ya.wallahualam]. Masa nak balik tu macam sedih je rasa. Dan su cakap dekat ika, tetiba macam sedih. Sebab tu la last su dengan ika and kawan kawan yang lain together-gather. Lepas ni kira dah habis yang betul betul habis dah.

Thanks to palie sebab hantar kitorang sampai ktm ukm, hantar and ambik masa kitorang kat MKN. Thanks to haris sebab pinjamkan kereta. Thanks to ainaa untuk gambar gambar masa program, hantar and ambik kitorang masa kat MKN jugak. Thanks to shud and fatimah sebab selalu tanya kabar [since something happened dalam bilik tu heheh] dan bawak pergi dinner masa semua orang lain dah habis LI. Thanks to thirah sebab tolong faks-kan borang program. Thanks to aifat untuk hairclip. Thanks to raudah and jo sebab bersungguh-sungguh ajak tido bilik [risau su tido sorang-sorang]. Thanks to everybody. Ashraf. Charlie. Encik-encik supervisor yang belanja makan minum sepanjang LI. Kakak-kakak staff yang sangat sangat concern-kan kitorang berdua [nampak macam muka kesian sangat ke kitorang neh HEHEH].

Kawan kawan su semua, sorry and thanks for everything okeyh!


Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2011 [2nd day]


Assalamualaikum

Program hari kedua

[8.30 pagi - 6.00 petang]
1)  Sidang Pleno I – Peranan Generasi Muda dalam Pembangunan Negara: Peluang dan Cabaran
2)  Sesi Perbincangan I – Peranan Belia dalam Perubahan Sosial
3)  Luncheon Talk bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia
4)  Sidang Pleno II – 1 Malaysia: Harapan untuk Masa Hadapan
5)  Sesi Perbincangan II – Apa yang Menjadikan Kita Warganegara Malaysia?

[8.30 malam – 11-00 malam]
Perbincangan Kumpulan Sasar
-Tadbir urus negara
-Kemakmuran ekonomi
-Masyarakat dan budaya
-Pendidikan
-Nilai kebangsaan dan kepercayaan

Semua peserta dah dibagi kepada 5 kumpulan. Su dapat Kumpulan 4 sekali dengan ashraf and joann. Ika dengan shahir Kumpulan 5. Palie dengan haris Kumpulan 1. Ainaa and tirah Kumpulan 2. Aifat pulak sensorang kat Kumpulan 3. Tajuk perbincangan kumpulan su – pendidikan.


Luncheon Talk with Tun Mahathir
















Hasil seni ika and tirah. Tak sangka berbakat kawan kawan su ni HAHAHA

Perbincangan Kumpulan 4 – Pendidikan

Ni namanya takde kerja. Orang tengah discuss kita buat benda lain

Perbincangan Kumpulan 5 (ika dengan shahir) –Nilai kebangsaan dan kepercayaan. Shahir 4 dari kiri

After discussion ‘kumpulan sasar’
From left: me, aifat, ainaa, tirah [picture credit to joann]

Friday, July 15, 2011

Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2011 [1st day]


Assalamualaikum

Habis je praktikal, su dengan ika terus je memulakan kerja ber-gaji yang kitorang dapat tu. Kalau follow su punya update tau la su tengah cakap pasal apa ni. Yang paling penting kerja tu berjaya disiapkan dalam masa tiga hingga empat hari tak lebih tak kurang. Haha. Dan jugak, kitorang memang nak siapkan before jumaat sebab kami nak kena attend program lain pulak hari jumaat tu.

Ika su bawak dia balik Ampang sebab khamis tu kitorang dah kena check out. Karang tak pasal pasal nak kena bayar lebih pulak duduk lama lama kat KTHO tu. Lagi pun dah takde orang. Dah lah pernah ‘kena’ hari tu. Maunya su nak berlama-lama kat situ. . . . .memang tak la! [memang seronok duduk sana cuma kadang-kadang perasaan seram seram kucing tu datang jugak HAHAHA]

Program yang kitorang nak pergi tu kat Seremban. FORUM GENERASI MUDA Peringkat Kebangsaan 2011. Dekat Klana Resort, Seremban. Jumaat – su dengan ika balik UKM semula sebab nak pergi dengan palie and haris. Diorang still ada kat UKM. Takkan lah nak suruh palie ambik dekat Ampang pulak. Nanti epa jeles susah la. HAHAHAH 

Pergi dua kereta sekali dengan ainaa, aifat, shahir and tirah. Sepatutnya daftar pukul 3 sampai 5 je tapi kitorang yang ber-dua-bijik kereta ni pukul 6 lebih baru sampai. Suka suka hati je kan. HEHEH. Kitorang tunggu haris and satu kereta lagi tunggu shahir sebab dia kerja. Maka lambat lah kami gerak ke seremban.

Mula-mula su dengan ika pergi surau dekat fac. Tapi lepas tu kitorang pergi café KTHO sebab palie kata nak ambik kat KTHO. Tapi sebab dah lama sangat tunggu tak datang datang jugak, terus kitorang masuk bilik je la lepas tu [nasib baik semalam tak kunci bilik masa check out]







Su

 Ika

Pukul 5 tu mak dengan abah sms. Dua-dua tanya dah sampai ke belum. Masalahnya, masa tu gerak dari UKM pun belum lagi. Lepas tu mak call. Yang paling su tak sangka, mak macam tak bagi pulak su pergi. Katanya nanti sampai dah lewat boleh daftar lagi ke. Jangan jangan ada program ‘lain’ ni. Sepatutnya pergi forum belia karang tak pasal pasal pergi ‘forum sendirian berhad’ pulak. Aishhh. . . . .takkan lah su nak buat macam tu. Siap tanya lagi tu berapa ramai kawan yang pergi, berapa kereta, paling tak boleh tahan bila mak su tanya. . . berapa ramai lelaki and berapa orang perempuan yang ada tu. . . err. . . takut pulak bila tetiba perasaan mencurigai anak melanda mak kan. Heheh

Tapi last last mak bagi jugak sebab nisbah perempuan 5:3 HAHA




Bilik su. No 808. Sepatutnya ada roommate yang tak dikenali. Tapi belum sempat kenal lagi dia dah pergi duduk dengan kawan dia kat bilik bawah. So apa lagi cik ika la jadi roommate su. Haha. Bagus la roommate-belum-sempat-su-kenal tu. Macam tau tau je orang tak nak duduk dengan dia KAHKAHKAH


 View from room no 808











FORUM GENERASI MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
KLANA RESORT, SEREMBAN
1-3 JULAI 2011

Anjuran
BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA
Dengan kerjasama
INSTITUT KAJIAN STRATEGIK DAN ANTARABANGSA (ISIS) MALAYSIA
&
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

Malam – Majlis Perasmian oleh YB. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia)
Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

Bersambung di entry FGM 2011 [2nd day]