I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, July 15, 2011

Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2011 [1st day]


Assalamualaikum

Habis je praktikal, su dengan ika terus je memulakan kerja ber-gaji yang kitorang dapat tu. Kalau follow su punya update tau la su tengah cakap pasal apa ni. Yang paling penting kerja tu berjaya disiapkan dalam masa tiga hingga empat hari tak lebih tak kurang. Haha. Dan jugak, kitorang memang nak siapkan before jumaat sebab kami nak kena attend program lain pulak hari jumaat tu.

Ika su bawak dia balik Ampang sebab khamis tu kitorang dah kena check out. Karang tak pasal pasal nak kena bayar lebih pulak duduk lama lama kat KTHO tu. Lagi pun dah takde orang. Dah lah pernah ‘kena’ hari tu. Maunya su nak berlama-lama kat situ. . . . .memang tak la! [memang seronok duduk sana cuma kadang-kadang perasaan seram seram kucing tu datang jugak HAHAHA]

Program yang kitorang nak pergi tu kat Seremban. FORUM GENERASI MUDA Peringkat Kebangsaan 2011. Dekat Klana Resort, Seremban. Jumaat – su dengan ika balik UKM semula sebab nak pergi dengan palie and haris. Diorang still ada kat UKM. Takkan lah nak suruh palie ambik dekat Ampang pulak. Nanti epa jeles susah la. HAHAHAH 

Pergi dua kereta sekali dengan ainaa, aifat, shahir and tirah. Sepatutnya daftar pukul 3 sampai 5 je tapi kitorang yang ber-dua-bijik kereta ni pukul 6 lebih baru sampai. Suka suka hati je kan. HEHEH. Kitorang tunggu haris and satu kereta lagi tunggu shahir sebab dia kerja. Maka lambat lah kami gerak ke seremban.

Mula-mula su dengan ika pergi surau dekat fac. Tapi lepas tu kitorang pergi café KTHO sebab palie kata nak ambik kat KTHO. Tapi sebab dah lama sangat tunggu tak datang datang jugak, terus kitorang masuk bilik je la lepas tu [nasib baik semalam tak kunci bilik masa check out]







Su

 Ika

Pukul 5 tu mak dengan abah sms. Dua-dua tanya dah sampai ke belum. Masalahnya, masa tu gerak dari UKM pun belum lagi. Lepas tu mak call. Yang paling su tak sangka, mak macam tak bagi pulak su pergi. Katanya nanti sampai dah lewat boleh daftar lagi ke. Jangan jangan ada program ‘lain’ ni. Sepatutnya pergi forum belia karang tak pasal pasal pergi ‘forum sendirian berhad’ pulak. Aishhh. . . . .takkan lah su nak buat macam tu. Siap tanya lagi tu berapa ramai kawan yang pergi, berapa kereta, paling tak boleh tahan bila mak su tanya. . . berapa ramai lelaki and berapa orang perempuan yang ada tu. . . err. . . takut pulak bila tetiba perasaan mencurigai anak melanda mak kan. Heheh

Tapi last last mak bagi jugak sebab nisbah perempuan 5:3 HAHA




Bilik su. No 808. Sepatutnya ada roommate yang tak dikenali. Tapi belum sempat kenal lagi dia dah pergi duduk dengan kawan dia kat bilik bawah. So apa lagi cik ika la jadi roommate su. Haha. Bagus la roommate-belum-sempat-su-kenal tu. Macam tau tau je orang tak nak duduk dengan dia KAHKAHKAH


 View from room no 808











FORUM GENERASI MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
KLANA RESORT, SEREMBAN
1-3 JULAI 2011

Anjuran
BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA
Dengan kerjasama
INSTITUT KAJIAN STRATEGIK DAN ANTARABANGSA (ISIS) MALAYSIA
&
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

Malam – Majlis Perasmian oleh YB. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia)
Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

Bersambung di entry FGM 2011 [2nd day]

2 comments:

Misz Nuriz said...

Wah bestnye..
lama dah x join program2 camni...hu2

Misz Nuriz said...

Wah bestnye..
lama dah x join program2 camni...hu2