I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, July 29, 2011

Kelebihan Hari Jumaat. *Selamat Hari Jumaat!

Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat! Dah lama su nak share pasal kelebihan dan fadhilat hari Jumaat ni. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal





********************************************

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Ada yang berpendapat waktu doa makbul pada hari Jumaat ialah selepas Asar (akhir waktu Asar) dan ada yang berpendapat ia di antara dua khutbah Jumaat.

Hadith Jabir ra: Maka peganglah erat-erat akhir dari waktu tersebut jatuh setelah Asar. (Abu Daud, anNasa’iy dan alHaakim).

Hadith Abu Burdah yg dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya, Nabi saw bersabda: (waktu ijabah) itu antara duduknya Imam sampai salat dilaksanakan.

Sabda rasulullah s.a.w.: Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar. (Muslim)

Sabda Baginda yang maksudnya :“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.
(Hadis riwayat Muslim)
sumber - nasbun nuraini

********************************************
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat, yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:  
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
sumber - nora.z’s blog

********************************************

Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
Kebaikan dengan memotong kuku
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
sumber - sangmentari

********************************************

Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaiknya.



6 comments:

Misz Nuriz said...

Jumaat, penghulu segala hari..
Salam Jumaat buat sue n Salam Ramadhan Al-Mubarak.. :)

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

bg pasangan yg da kawen, kamis mlm jumaat la yg dinanti2kan...



























baca yasin sama2 la..ko igt ape???

Fatin Faseeha Azmi said...

jumaat penghulu segala hari. selamat menyambut ramadhan su :)

Belleza~ said...

Misz Nuriz :

Selamat menyambut Ramadhan sayang!

Belleza~ said...

xtionkamen :

tak ingat pape pun..hahaha

Belleza~ said...

fatin :

Selamat Menyambut Ramadhan jugak Fatin! Semoga Ramadhan kali ni dapat dimanfaatkan sebaiknya :)