I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

assalamualaikum

di kesempatan ni [wah bukan senang nak dapat guna perkataan 'kesempatan' ni haha]
saya nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

to all bloggers and readers




Maaf zahir batin~

p/s-selamat menyambut hari kemerdekaan juga everybody!

yang benar,
saya
[gambar balik kampung]


Saturday, August 27, 2011

Bersaksi cinta di atas cinta...



Bersaksi cinta di atas cinta dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut namaMu terukir merdu tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku memohon petunjukmu
Satu nama teman setia naluriku berkata

Di penantian luahan rasa teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku dalam mahabbah rindu
. . .diistikharah cinta

sangat best !! memang tak tipu.


doa. harapan untuk masa depan yang indah.


"Kita kalau berdoa tu, mudah je sebenarnya. 
Kalau tak tau doa Arab, lafaz je apa saja yang terlintas di hati. 
Semua tu ilham Allah. Mintak apa saja, nyatakan apa saja. 
Buat macam recite daily journal. 
Apa yang kita dah jalankan, 
apa yang kita sesalkan, 
apa yang kita syukurkan, 
apa yang kita harap diampuni. 
Harapan kita untuk berubah dan mengubah,
harapan kita untuk masa depan yang indah. 
Just simply talk to Him.
Dia sentiasa mendengar sebab Dia Maha Mendengar. 
No matter how you say it.
No matter when and where. No matter what. 
Doa tu wireless. Dan coverage dia masuk satu universe."

 -Versus. Hlovate.  

catatan ramadan 8 [episod entry si tipah dan kad raya kak nida]


assalamualaikum

tahu tak? [ok tak pe takyah jawab.memang tahu korang tak tahu hahaha] ada cik blogger buat entry pasal su sebab su jadik follower dia yang ke-SERATUS. yeay! hehehe. dah lama takde orang buat entry pasal kita nih. dolu dolu je ada. lama dah. masa mula mula bergedik ada belog. HAHAHA

mekaseh tipah 

tak. . . . .bukan su terlebih excited sampai ter-post dua comment
. . . . .su ter-KLIK publish dua kali. heheheh

*************************************

dan. . dan. . dan. .su dapat kad raya dari new zealand! 

mekaseh Kak Nida


Selamat Hari Raya juga.
Maaf zahir batin.


Love Allah


"The hardest thing to do is watching the one you love, 
loves somebody else"
- Pelangi, Ked's Story. Hlovate


Loving human will make you feel jealous,
if somebody loves your loved one. 
But loving Allah will make you love those who loves Him.


[Oh! Islam August 21 at 12:38pm]


Thursday, August 25, 2011

Gatra. OST Kitab Cinta.



bila kini kusesali di kala tak mungkin kembali
saat jatuh cinta lagi adakah yang masih mengerti

aku masih di sini mengira detik-detik terakhir
kala rinduku berdarah masihkah aku teguh menantinya

takkan terdaya mengungkapkan rasa 
satu antara resah yang berjuta 
hadirnya gerhana ketika terpancar pelangi yang indah

saat tertawa berbungakan duka bila ada dan tiada putus ditengahnya
hinggakan berubah tumpu lafaz semua
aura gatra kata

ost Kitab Cinta - Gatra oleh Hafizah Nasir

tertengok tadi dekat tv. 
dan tersuka serta terjatuh hati pulak dengan lagunya.
kata penuh tersurat. makna dalam tersirat.

Tuesday, August 23, 2011

kenangan takkan mati


Kenangan takkan mati, kenangan takkan hilang
Di sebalik sakitnya kenangan,
. . . . .ada sesuatu yang indah dalam kenangan tersebut
Menjadi sesuatu yang cukup manis
Tetapi usahlah terus hidup dalam kenangan,
Kerana ia mematikan langkah dan menutup masa depan
Usah juga berharap kalau kalau kenangan itu dapat dilupakan terus,
kerana itu adalah mustahil
Tetapi redholah atas setiap kenangan dan mulakan hidup baru 
dengan hati yang tenang dan bahagia

[Noor Laila Aniza ZakariaAugust 12 at 5:49pm]


suka gambar ni. sangat.

Monday, August 22, 2011

pentingkan apa ALLAH kata bukan apa orang kata

Assalamualaikum

Su suka dengar ikim.fm segmen Prof Dr Muhaya tu dan ini sedikit daripada kata-kata Dr Muhaya yang  sangat memotivasikan diri 

Jangan fikir apa yang orang pandang kita. 
Fikir bagaimana kita melihat diri kita sendiri. 

“What you think of me is none of my business!” 
[yang ni su cuba praktikkan. tak cakap depan depan muka orang tu pun, cakap dalam hati sudah hehe]

Didik diri- pentingkan apa ALLAH kata bukan apa orang kata. 

Persoalan penting setiap hari - 
“Hari ini saya nak cari redha ALLAH ke penghargaan manusia?”


















[ sumber gambar - link ]

sekian segmen motivasi hari ini ^_^ 


"Oh Allah! You are Forgiving and love forgiveness so forgive me" 

Pandangan Mata

assalamualaikum
entry ni bukan tulisan su sendiri ya. su pinjam dekat orang then copy and paste sahaja di sini. saja nak berkongsi.




Apabila Lelaki Tidak Menjaga Pandangan
 

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertamanya saya memohon maaf atas tulisan ini bukan mahu menjatuhkan sesiapa bukan pula mahu semata2 membela wanita. Bacalah dengan hati yang terbuka. Ia sekadar perkongsian dari saya, hasil pemerhatian dan pengalaman peribadi.

"Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?"
"Subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini."

Aish, punyalah banyak lagi ciptaan Allah yang cantik-cantik, perempuan juga yang dipujinya? Apabila lelaki tidak menjaga mata, memanglah. Alasan paling tidak sedap didengar yang lelaki ucapkan

"Standardlah tu, kiteorang kan lelaki."
"Normallah tu, Huda, kalau tak nanti orang ingat kami gay pulak."
"Kalau tak suka, something wrong somewhere."
"Dah diaorang tunjuk, kita tengok jelah."
"Free show sapa tak nak?"
"Tengok je, bukan buat apa."
"Tengok je, tak luak la."
"Tengok je, tak sentuh pun."
"Tengok je, tengok je, tengok je."

Astaghfirullahalazim, ayat yang memang la sangat menggerunkan saya, seorang perempuan. Ya Allah! Apa je yang ditengok tu? kalau AL QURAN tu, jangan kata baca, tengok dah dapat pahala, aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh, usik dan lain-lain yang tak sanggup sebut disini, TENGOK sahaja dah dapat DOSA. Ulang tulis DOSA! TENGOK = DOSA! percuma-percuma, tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa. Senang je. Seronok ke kumpul dosa mata?

Mengucap panjang saya, dan tergeleng-gelenglah kepala mendengar dan menulis ayat-ayat ni. Beruntunglah telinga-telinga yang tidak pernah mendengarnya dan amat beruntunglah bibir-bibir yang tak pernah menyebutnya dan berbahgialah hati-hati yang tak pernah terlintas benda-benda seperti ini...

Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda.
Siapa kata, perintah menundukkan pandangan hanya untuk perempuan? Ayat AL QURAN

“Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”
( Surah An-Nur : ayat 30,31)

Hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata :
"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.”

Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.:
“Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”

Berdasarkan hadith di atas, dapat kita fahami bahawa pandangan secara tidak sengaja (yang pertama) berlaku tanpa niat daripada orang yang memandang. Maka dia tidak dikira berdosa selagi tidak berlaku secara sengaja dengan niat di hatinya, lantas pandangan kedua yang mengikuti pandangan pertama dikira berdosa kerana sengaja.

Justeru, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW menyuruh memalingkan pandangan apabila terpandang secara tidak sengaja dan tidak merenung lama kerana merenung lama sama seperti mengulangi pandangan.

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”

See? Bukan saya kata ni, ni perintah Al-quran ni. PerintahNYA untuk dua-dua, LELAKI dan PEREMPUAN tak terkecuali. LELAKI! Lelaki-lelaki, perempuan itu makhluk yang sangat menarikkan? Saya memang nak tergelak bila lelaki puji perempuan yang cantik dengan komen,

"Subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"
Aish, punyalah banyak lagi ciptaan Allah yang cantik-cantik, perempuan juga yang dipujinya?

Jangan marah ya. Lelaki-lelaki, perempuan itu ciptaan yang sangat cantik dan indah bukan? Jangan tipu saya dan jangan tipu diri dengan menjawab TIDAK! Ya, sebab perempuan itu adalah perhiasan dunia yang sangat indah. Hiasan yang boleh membawa pahala atau hiasan yang boleh menambah catatan dosa dan langsung mengheret ke neraka!

Maka, jagalah pandangan! Janganlah suka benar, membuka profile perempuan-perempuan yang mengupload gambar awek-awek cun yang putih melepak, yang senyum manis, yang berlesung pipit, yang bermata kuyu, bundar, bulat, yang posing maut, yang pakai baju cantik, yang menggayakan tudung dan maca-macam fesyen. Dan apa lagi?

TAK PERLULAH. Kenapa kamu nak buka semua tu? Lantak diaorang la nak upload apa pun. Yang kamu nak join usahasama kumpul dosa tu kenapa?

"Saja la, nak tengok. Dah diaorang tunjuk."

Allah! Kamu lelaki, perlukah tengok semua tu? Cuci mata ya? Cuci mata dengan pakej tambah dosa? Pada kamu itu biasa, oh sekadar gmbar, tak membawa makna apa-apa, namun sebenarnya, bila kamu buka tu, kamu suka tengok.

Kamu senyum kamu puji, cantik. Kamu like. Kamu komen. Kamu kirim salam. Dan kamu akan buka balik! Dan jangan tipu, kalau kamu kata kamu tak ada niat apa-apa. Jangan tipu, kata kamu tak rasa apa-apa. Tapi, kalau mahu terus menipu diri, silakan.

Cuma di SANA nanti, kamu dah tak boleh tipu lagi. Janganlah cemarkan amal kamu, solat kamu, zikir kamu, tasbih kamu, pahala jadi imam dan bilal kamu, semata-mata kerana sepasang mata yang memandang kami yang hina dina ini, melihat kami yang menjadi fitnah ini,

Memuji kami, perhiasan dunia yang fana ini. Janganlah! Lihatlah sekadar yang perlu, dan bukan semahu-mahu kamu. Bila ada urusan, bila ada keperluan, bukan bila ada je yang lalu, semua pun kamu tengok. Mungkin dia tidak sedar diperhatikan kamu, tapi Allah tahu, malaikat pun dah masuk 'buku'.

Tunduklah ya. Tetapi tak perlu sampai langgar tiang. Tak perlu jalan tutup mata. Cukuplah sekadar tak melihat ke sini sana, atas bawah. Tengok sekali kemudian toleh lagi. Tengok atas bawah pulak, kemudian ikut pula sampai hilang dari pandangan. Perhati setiap inci. Tak kisahlah, alam maya atau alam realiti. Jagalah mata.

Dari saya , hambanya yang hina, banyak khilaf dan dosa. Terpulanglah kalau kamu nak terasa, tapi jangan marah sebab saya lebih berhak untuk marah, bila kamu tengok saya!


link
























dan ini pulak yang su baca di wall mukabuku Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria :

"Jagalah pandangan. Ia perintah Allah. Sungguh benar, orang yang menjaga pandangan, hatinya lapang, tidak serabut. Tanda hati sakit apabila menonton tv wanita wanita yang membuka aurat atau terpandang wanita di sana sini, kita terasa selesa, best, teruja, syok, mata sekejap sekejap pandang lagi. Sekadar suka suka. Kadang kadang fikiran berfantasi keji sejenak. Tanda hati yang sihat, apabila terpandang wanita yang mmbuka aurat di TV atau di luar, mata sgera beralih ke tempat lain dan rasa tidak ada keperluan dan di dalam hati tahu apa yang kita pandang ini sesuatu yang Allah benci dan segera beristighfar."

pertama kali dengar dah tertarik

assalamualaikum

sukaaa sangat video clip ni. tertengok masa MHI dan Nasi Lemak Kopi O kalau tak silap. eh ke wanita hari ini. hehe



p/s - Lagi beberapa hari je kita dalam bulan ramadhan ni. rasa sayu pulak. teringat dekat anis ezzah yang tengah buat umrah sekarang ni T..T

jika ada yang bertanya...


Kalau ada seseorang yang bertanya dengan siapa aku mahu menghabiskan usia, aku akan jawab dengan bangga -
"Orang yang dapat menerima aku seadanya dan mengerti bahawa aku tidak sempurna"



Sunday, August 21, 2011

catatan ramadan 7 [episod shopping raya]

assalamualaikum

semalam su keluar dengan kawan sekolah rendah su dulu pergi jalan tar. kitorang keluar ni pun rentetan daripada status su dekat facebook yang tanpa disengajakan telah membawa su ke jalan tar pada hari sabtu semalam. HAHAHA. 

 sebelum

selepas

haa tengok, dari taknak pergi shopping langsung TER-pergi juga akhirnya. HEHEHE. sihah lah ni. sebenarnya kitorang memang dah alert sangat dengan keadaan dekat sana time hujung hujung minggu lagi lagi dah nak dekat raya ni kan. so kitorang pun plan lah nak keluar awal. tapi kan seawal mana keluar pun, memang dah ramai orang jugak. dari su masuk star sampai su keluar star, manusia berpusu-pusu. 

kitorang keluar ber-enam orang. tapi akhirnya terpecah dan terpisah menjadi tiga kumpulan di mana berdua-dua jadinya. semuanya disebabkan manusia yang tersangat la ramai dan bersesak tahap melampau yang tak dapat su bayangkan dek akalku sebelum ini. HAHAHA. 

su jalan dengan asma. rumet asma jalan dengan kawan dia. sihah pulak dengan anis. ya Allah, buat pertama kalinya su rasa su takkan masuk jalan tar lagi lepas ni masa hari cuti hujung minggu. hari tu pun masa cuti nuzul quran su temankan pakcik satu family beli baju raya kat sana takde la teruk sangat macam semalam. 

sebenarnya, semalam su yang balik awal antara semua. sebab dah tak larat nak jalan. semalam su tak sihat sebenarnya sebab first day 'ABC'. tapi pada paginya su elok elok sahaja malah masih gagah dan perkasa. HAHAHA. tapi bila dah tengah hari tu, dah mula rasa loya nak muntah. pening kepala dan pusing mata. sehingga terpaksa men-duduk-kan diri di kaki lima depan barisan kedai kedai di seberang jalan sogo. asma su dah mintak dia pergi sebab rumet dia dah tunggu nak pergi beli tiket balik kampung. maka tinggal su sendiri. manusia yang lalu lalang depan mata buat menambah pening dan rasa loya sampai su terpaksa menundukkan muka. 

tapi su perasan ada orang dalam honda jazz yang parking betul betul depan su asyik duk pandang dari tadi. macam dah rasa pelik. tapi tak dihiraukan sebab perut dah sakit sangat sampai hampir menitiskan air mata [sebenarnya dah menitis pun. sakitnya, ya Allah tuhan je yang tahu]. sampai su rasa nak pergi hospital pun ada tak tahan sakit sangat. lepas tu, orang yang dalam kereta tu yang duduk sebelah pemandu, keluar dari kereta and su nampak dia datang ke arah su [seorang perempuan bertudung ya, jadi su anggap dia seorang yang baik mungkin]. . .tapi belum sempat dia sampai dekat su, ayah su dah datang and su pun terus laju je pergi. lepas su masuk kereta, su nampak kereta tu pun bergerak jugak. apa yang boleh su simpulkan, su yakin sangat orang tu nak tolong sebab dia dah lama masuk dalam kereta tapi kereta tak bergerak pun, lepas tu dia keluar, tapi belum sempat cakap dengan su, ayah su dah sampai [tak salah bersangka baik kan]

dalam kereta, dah berlinangan air mata tak mampu nak ditahan lagi. sampai ayah su bagi minyak angin ke minyak cap kapak ke apa tah bagi tahan sakit. sampai tertidur. dah sampai rumah pun tak sedar. sampai rumah terus sambung tidur. bangun je petang tu dah ok sikit. tapi kepala still pusing pusing lagi. mak kata, angin kut. agaknya lah. lagi lagi bila di awal awal ABC. 

p/s- sakit sakit pun dapat dua pasang lagi baju raya. hihihi

Friday, August 19, 2011

bersumpah setia hanyalah kepadaMu



Ada tiada rasa dalam jiwa rindu akan memanggilmu 
Kerna setiap jiwa telah bersumpah setia hanyalah kepadamu
Bila cinta ada di dalam jiwa wangi bunga dunia tanpa nestapa 
Segala yang dirasa hanyalah dia hati kan memuja hanya padanya
Ketika cinta memanggil gementar tubuhku 
Ketika cinta memanggil hangatnya nafasku 
Ketika cinta memanggil menderu sang rindu 
Ketika cinta memanggil, rindu rindu rindu qalbu 
Memanggil-manggil namamu 
Seperti terbang di langitmu 
Tenggelam di lautan cintamu
Bertabur qalbu yang rindu 
Melebur menjadi satu 
Bagai menari diiringi pelangi 
Ketika cinta memanggil



catatan ramadan 6 [episod biskut raya a.k.a kuih raya]

assalamualaikum

semalam su dah pun memulakan aktiviti dan kegiatan berfaedah di dapur. duduk bertapa menguli tepung. HAHAHA. semalam buat biskut mazola. tadi buat kuih bangkit sagu bijan untuk bawak balik kampung sebab wan [nenek su] suka sangat kuih bangkit ni. mazola pun feveret wan jugak sebenarnya. dulu masa dia sihat, tiap tiap tahun raya mesti buat biskut mazola ni. kuih bangkit pulak tempah dekat orang sebab mak kata nak buat kuih bangkit yang tradisional punya resepi letak santan tu, susah nak buat. takut tak jadi. heheh.












Tuesday, August 16, 2011

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu...

assalamualaikum

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Ahhhh. . . . .sungguh semua itu telah menghadirkan ketidakpuasan yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan membawa kepada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita inginkan dapat tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak semestinya : harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak keupayaannya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu Rezeki, jawatan, kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita bermati-matian mengusahakannya.

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
QS Al-Hadiid : 22 - 23


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tidak sedar kita mengarah Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mengarah Allah : Pokoknya harus dia Ya Allah . . . harus dia, kerana aku sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang penentu segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tidak semestinya itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan, tetapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang tercemar.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
“. . . . .dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
QS. Al-Baqarah 216

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya : hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!




Monday, August 15, 2011

Jangan dilihat pada . . .



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi kita akan ada terma merisik? Salah ke merisik? Tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih.

 Untuk Adam, andai mahu mencari Hawa. . .
(1) Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada sebujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.
(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa, andai mahu menerima cinta Adam. . . 
(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.
(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
Sebenarnya,
ia lebih dari
INI.

"Saudaraku yang kukasihi,
Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

Hikmah Sujud

assalamualaikum
ni su dapat dari notes sorang kenalan dekat facebook

**************************************

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah sujud ialah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh, 

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
- melegakan sakit hernia (burut) 
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
- melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 
- meringankan bahagian pelvis. 
- memberi dorongan supaya mudah tidur. 
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 
- pergerakan otot itu menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit. 
- mengurangkan kegemukan. 
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). 
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

sumber - AMDK

Sunday, August 14, 2011

catatan ramadan 5

assalamualaikum

beberapa hari lepas, pakcik su yang duduk kat perak accident. sekarang dia ada kat hospital. tapi alhamdulillah tak teruk. kalau yang follow story su dari dulu, maybe ada yang tahu pasal arwah pakcik su yang sorang lagi, pun kemalangan bulan puasa tahun lepas. ya Allah tiap tiap tahun dapat berita kemalangan dalam bulan puasa. dua-dua adik ayah su yang tinggal kat gopeng, perak.

untuk cerita tahun lepas,
Klik SINI 1
Klik SINI 2
dan juga Klik SINI 3

********************************************

semalam su buat begedil daging. percubaan pertama. tak pernah buat. tapi suka makan. jadi semalam pun rajinkan diri untuk try test buat begedil ni. agak complicated jugak. hehe. su berjaya buat dengan jayanya dan mendapat pujian ramai [dari segi rasa]. tapi takde gambar la sebab kalau dari segi rupa tak berapa nak jadi sangat. malu nak letak kat blog. dah macam murtabak je gayanya. HAHAHA.  

jadi su pinjam gambar dari inche' google [kwokwok.blogspot.com]. siapa siapa yang tak tahu begedil tu macam mana, ha macam ni lah rupanya


p/s - kadang2 tersasul sebut beDegil, mengekek mak gelak. hee


Friday, August 12, 2011

Tip Melegakan Rasa Sakit Pre-Menstrual Syndrome (PMS)

assalamualaikum

su yakin mesti ramai yang cari cara macam mana nak legakan sakit masa pms kan. sebab su pun alami benda yang sama. memang dari dulu lagi. sampai pernah beberapa kali su ponteng kuliah masa period pain. sakit sampai tak boleh tido langsung. tapi su tak pernah ambik apa-apa ubat pun untuk kurangkan rasa sakit tu. cuma minum air panas atau gunakan ubat tradisional [minyak angin]. ha cara ni boleh kurangkan sakit tapi untuk jangka masa yang sekejap je la. kalau nak tahu lebih lanjut pasal pms ni, jom baca!

Definition
Premenstrual syndrome (PMS) refers to a wide range of physical or emotional symptoms that typically occur about 5 to 11 days before a woman starts her monthly menstrual cycle. The symptoms usually stop when menstruation begins, or shortly thereafter

Symptoms
A wide range of physical or emotional symptoms have been associated with PMS. By definition, symptoms are considered to be PMS-related if they occur during the second half of the menstrual cycle (14 days or more after the first day of the menstrual period) and are absent for about 7 days after a menstrual period ends (during the first half of the menstrual cycle).
The most common symptoms include:
  • Headache
  • Swelling of ankles, feet, and hands
  • Backache
  • Abdominal cramps or heaviness
  • Abdominal pain
  • Abdominal fullness, feeling gaseous
  • Muscle spasms
  • Breast tenderness
  • Weight gain
  • Recurrent cold sores
  • Acne flare-ups
  • Nausea
  • Bloating
  • Constipation or diarrhea
  • Decreased coordination
  • Food cravings
  • Less tolerance for noises and lights
  • Painful menstruation
Other symptoms include:
  • Anxiety or panic
  • Confusion
  • Difficulty concentrating
  • Forgetfulness
  • Poor judgment
  • Depression
  • Irritability, hostility, or aggressive behavior
  • Increased guilt feelings
  • Fatigue
  • Slow, sluggish, lethargic movement
  • Decreased self-image
  • Sex drive changes, loss of sex drive
  • Paranoia or increased fears
  • Low self-esteem    
untuk sumber, boleh klik sini



PMS atau sindrom pra haid berpunca daripada otot-otot uterus yang mengejang semasa menstruasi berlaku. Walaupun faktor-faktor fizikal memainkan peranan utama yang menyebabkan PMS, tetapi masih terdapat beberapa langkah rawatan yang boleh diambil untuk melegakan rasa sakit dan ketidakselesaan.


Berikut adalah antara tip-tip yang boleh diikuti untuk menghentikan PMS:

Ambillah ubat pelega kesakitan. Ia biasanya mengambil masa untuk menunjukkan kesannya, justeru, pastikan anda berehat dengan secukupnya. Pastikan juga anda hanya mengambil ubat yang bertindak untuk menghentikan kekejangan dan rasa sakit. untuk kepastian, dapatkan nasihat doktor.

Elakkan pengambilan ubat pelega kesakitan jika perut anda kosong.

Pastikan badan anda panas iaitu dengan mandi air panas ataupun menekap perut dengan tuala yang telah dicelup ke dalam air panas. Ia membantu merehatkan otot-otot yang kejang.

Tingkatkan pengambilan air untuk menambah kandungan cecair dalam badan. Elakkan kopi dan soda kerana ia boleh mengakibatkan masalah kembung yang memburukkan lagi keadaan.

Bersenamlah semasa haid kerana ia merupakan langkah terbaik melegakan kesakitan. Gerakkan kaki sekerap yang mungkin (bukan dengan cara memaksa).

Herba mempunyai kesan anti pasmodik kepada tubuh. Oleh itu, herba-herba seperti Viburnum dan Scutellaria boleh juga diamalkan.

Teh juga boleh mengurangkan kesakitan. Air teh madu, contohnya, membantu menenangkan saraf-saraf dan melegakan kesakitan.

Pengambilan suplemen seperti kalsium, zink dan vitamin mampu mengurangkan kekejangan, kembung dan simptom-simptom PMS yang lain.

Pastikan anda tidur dengan nyenyak dan cukup.

sumber - klik SINI



semoga membantu! ^^

Thursday, August 11, 2011

catatan ramadan 4

assalamualaikum

macam mana puasa di minggu kedua? masih ok? masih puasa penuh? hehe. su? ALHAMDULILLAH. masih penuh. pernah cakap dekat mak beberapa hari sebelum puasa hari tu, "mak, kak ngah rasa tahun ni kak ngah puasa penuh" [dengan confident je berkata-kata]. lalu mak pun membalas dengan bersahaja, "macam orang dah kawen!" eerrrrr. . . . . . . .maksud mak apa? terus terasa darah menyerbu ke muka. HAHAHA. memandai lagi cakap macam tu siapa suruh. tapi kan, su selalu dapat puasa penuh. rasanya dah dua kali dapat puasa penuh dalam bulan ramadan. sebab tu la kalau boleh nak dapat puasa penuh lagi. heee

beberapa hari yang lepas su dapat SMS dari adik sedara yang duduk dengan wan and atok kat kampung. dia tanya bila nak balik sana. dia suruh su balik awal sikit. nak bergumbira katanya. HAHAHA. ini yang su suka. dah lama tak bergumbira. kata dia lagi, ada kawan yang nak beli shawl dan mintak su bawak balik shawl banyak banyak. bunyi macam seronok. tapi bila difikirkan balik, macam mana su nak balik awal. su ada bisnes yang nak diuruskan [ceh bajet bisnes besar lah sangat HAHAHA]. masalahnya ada sahaja yang buat order online and su nak kena pos tak kira hari. kalau su balik kampung, susah lah sikit. peti pos ekspress pun su tak tahu ada ke tak and kalau nak pergi pos ofis rasanya nak kena keluar ke bandar. hmm. . .kalau ikut hati mahu terbang terus pulang ke kampung. mana pernah su tak balik lama macam ni. rindunya kat atok salam dan wan jemah ^^ oh dan dikma juga [sebab dia cakap, kalau semua ada masa raya nanti mesti best terutama sekali kak ngah] HEHEH. rasa nak peluk dikma kuat kuat taknak lepas ^o^ 

dalam minggu ni jugak, dah dua kali berbuka puasa disajikan dengan lauk udang. pertama, udang masak lemak. kedua kalinya, sambal udang. nasib baik lah su kuat semangat. KAHKAHKAH. tak de la kuat mana pun tapi berjaya lah jugak mengelakkan diri dari memakan udang yang terhidang depan mata. padahal peberet tu [yang masak lemak tu tak peberet sebab su tak makan gulai lemak]. tapi disebabkan dah berjanji pada diri taknak makan udang [tapi janji yang ini boleh tak ditepati kalau keadaan memaksa HEHEHE] disebabkan su mengalami masalah kesihatan yang teruk kalau makan udang. sebelum ni macam tak mengapa kalau makan udang pun, tapi sejak dua menjak ni. . .rasanya kalau makan memang lah tak tidur dibuatnya. bersin tanpa henti sampai nak terkeluar isi perut. sampai sakit satu badan. bukan itu sahaja, pernah dulu mengopek-ngopek kulit udang, tapi tangan jadi gatal tak semena. hoih udang ni kenapa. harap je sodap. cop, belacan pun dibuat daripada udang kan? maka saya tak makan belacan juga lah [oh tapi esok esok kalau laki aku suka makan sambal belacan camane lah pulak? yang itu nanti kita bincang kemudian ya 'laki aku' KAHKAHKAH]

berkenaan dengan gulai lemak mahu pun masak lemak cili api, su memang tak makan [eh eh macam mana kalau esok esok masak lemak ni la makanan peberet laki aku? ok ok yang ini pun nanti kita bincang later later lah ok HAHAHA]. sebenarnya yang ini pun ada sebab. ada satu kejadian pernah berlaku dulu masa su kecik kecik berkaitan dengan gulai masak lemak ni. kesannya, sampai sekarang su tak boleh nak telan. terutama masak lemak putih. tapi kalau ikutkan semua su tak makan kecuali daging masak lemak cili api, ha yang tu baru la su boleh makan dengan gembira sikit HAHA. isu ni penah didebatkan oleh kawan-kawan sebab kalau ikutkan family su sungguh lah tidak asing dengan gulai sebegini. terutama abah, peberet beliau tuh masak lemak cili api. tapi jangan risau, su tahu masak tapi su tak makan je gulai masak lemak ni. heheh

sekian untuk catatan ramadan kali ni
selamat menjalani ibadah puasa
wassalam

ini gambar su betol betol ya bukan tipu tipu