I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, August 6, 2011

catatan ramadan 2


assalamualaikum



su betul betul tersentuh, sampai menangis su baca blog Kak Mawar Nafastari. sepanjang hari tu su teringat semua yang dia cerita dalam blog dia. su cerita dekat mak. sebab su tahu mak ingat lagi pasal berita kemalangan tu. su pun ingat. 

untuk kak Mawar, semoga sentiasa kuat

Tidak ada tempat berlindung kecuali berada di bawah naungan-Nya. Tidak ada pertolongan kecuali daripada-Nya. Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (Surah At-Taghabun: 11)

Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT ialah menjadikan kita atau keluarga sebagai tempat sasaran ujian-Nya. Musibah, memang akan selalu mengekori umat manusia di dunia ini kerana ia adalah tempat ujian dan cubaan. Hal demikian ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan.” (Al-Baqarah: 155)

Ini semua bertujuan memperbaiki ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dan akan memilih siapa yang berjaya menerima ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mereka yang banyak menerima ujian itu ialah para nabi, siddiqin dan salihin, kemudian mereka yang mengiringi. . . . .”

sejak kali pertama su baca blog dia, tiap tiap hari su pergi sana. dan berkali-kali jugak la su baca post dan entry yang sama. entah lah. tak pernah bosan.

hari kelima puasa baru su menjejakkan kaki ke bazar ramadan. selama berpuasa ni tak pernah su keluar rumah. langsung tak nampak matahari [oh ada su keluar sekejap tapi masa hari keempat puasa tu matahari hilang di sebalik mendung langit]

dan masa hari kelima ramadan jugak la su dapat email. bermakna ada kerja yang perlu dibuat untuk dua tiga hari ni. maka tak boleh lah nak fb'ing dan blogging untuk beberapa hari ni [tapi mungkin juga tidak. sebab su sentiasa ada masa untuk dua perkara ni ^^]

selamat beramal dan selamat menjalani ibadah puasa
jumpa nanti!

2 comments:

Nida said...

Salam Ramadan buat Su... dan selamat menjalani ibadah puasa

Belleza~ said...

kak nida

Salam Ramadan juga :)