I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, August 4, 2011

catatan ramadan 1

assalamualaikum

dah masuk hari keempat ramadan. ya Allah sekejapnya dah empat hari puasa. lama su tak mengarang cerita panjang berjela kan. sejak dah habis belajar ni konon dah malas la nak taip taip sangat. kalau boleh nak copy dan paste je hasil kerja orang tapi masih lagi bagi kredit dekat orang yang kena copy tu. taknak lah jadi peng-plagiat bertauliah pulak kan. selalu kalau su copy orang punya tulisan, su mesti akan sertakan sekali link dia. 

ingat, syarat supaya kita tak dianggap menciplak hasil kerja orang lain adalah dengan menyertakan link dan nama penulis asal sesuatu artikel atau penulisan tu. bukan hanya bagitahu atau mintak keizinan dia semata. memang lah mungkin dia dah bagi kebenaran, tapi apa salahnya kita bagi penghargaan dekat tuan punya tulisan yang asal tu dengan bagi kredit pada dia kan? tak ada ruginya pun (^_^)

sebab tak ada kerja la su asyik duk menghadap laptop sambil pergi menerjah blog orang je sekarang ni. tapi jadi silent reader je. sebab su lagi selesa dan senang jadi pembaca senyap. terutama untuk blog yang boleh buat su hilang dan tenggelam sorang sorang. ada ke blog macam tu? 

bagi su, mana-mana blog yang boleh tinggalkan kesan pada su, tu la yang terbaik. maksudnya, apa yang ditulis tu terkesan pada hati. sampai teringat-ingat dan terbayang kalaulah berlaku pada diri [nanti su ceritakan kemudian ya]

maksudnya lagi, apa yang blogger tu tulis boleh buat su baca semua entry yang dia post sejak dari mula dia ber-blogging. dan bukan senang nak baca semuanya. bayangkan kalau dia dah start tulis blog 2-3-4 tahun lepas. tapi tu la. . . realitinya, blog macam tu memang ada. 


p/s - hari ni mendung dari pagi. dan petang pulak hujan lebat dari tadi. sayu je hati. masih teringat blog yang dibaca dari pagi. sedih.

6 comments:

Fikri said...

xda la pjg sgt.. hehe.

Belleza~ said...

oh yg ni mmg tak pjg langsung ni.maksud su yg pjg berjela tu entry2 dulu2 masa tengah blja.lepas tu dh mls nk buat entry pjg2.

arboqskii said...

selamat berpuasa

Misz Nuriz said...

Teringin nak ada blog mcm tu.. Yg boleh buat org menung panjang bila baca..keh3..
tp tu laa.. xtaw apa benda la nak ditulisnye.. susah betul nak cari idea yea..

Belleza~ said...

arboqskii

selamat menjalani ibadah puasa

Belleza~ said...

tiewa

mungkin kena tulis dari hati supaya dapat masuk ke hati yang membaca ^^