I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, August 5, 2011

Keberkatan Surah Yasin

Assalamualaikum

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan” iaitu. . . . .

-          Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang
-          Jika tiada pakaian, ia boleh mendapat pakaian
-          Jika belum berkahwin, ia akan mendapat jodoh
-          Jika dalam ketakutan, boleh hilang perasaan takut
-          Jika terpenjara akan dibebaskan
-          Jika musafir membaca surah Yassin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya
-          Jika tersesat, boleh sampai ke tempat yang dituju
-          Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya
-          Jika dibaca kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya
-          Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya
-          Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah SWT menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali
-          Sabda Rasulullah SAW lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika jenazahnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.” Malaikat maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


 mufakkiratul mukminah 1431-1432H

4 comments:

Misz Nuriz said...

Alhamdulillah.. thanks atas perkongsian sue.. :)

rya hana~ said...

Jika belum berkahwin, ia akan mendapat jodoh..

upppsss..;P

thanks sue syg 4 alllll the info..i loikee it ;)

Belleza~ said...

tiewa

sama-sama tiewa sayang!

Belleza~ said...

nis sayang

insyaAllah :)

sama-sama kita kongsi ilmu