I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, August 1, 2011

Menggunakan contact lens semasa sedang berpuasa

assalamualaikum

teringat pulak su masa tumpang bilik nisah kat kolej za'ba hari tu, nisah ada tanya su pasal contact lens. soalan dia lebih menjurus kepada, apa hukumnya kita pakai contact lens masa bulan puasa ataupun masa kita berpuasa. yang su ingat, su cakap dekat dia tak batal puasa kita kalau pakai lens. jawapan ni berdasarkan kefahaman su sebelum ni la. dan tadi su terbaca dekat belog Cik Hannan's pasal isu ni

***************************************

Terdapat DUA tujuan memakai contact lens,

1. Tujuan perubatan - iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan - iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya)
c) Tidak mengubah ciptaan Allah
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]3. Adapun penggunaan contact lens semasa mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/). 2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/). 3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)Nota hujung;[1] Antara mereka ialah Syeikh Dr. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. (Lihat laman web beliau; http://www.ibn-jebreen.com/). Ada ulamak mengharuskannya untuk lelaki sahaja. Adapun wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram sahaja. Namun keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. (Lihat; fatwa Syeikh Dr. Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)). Mengenai dakwaan mengubah ciptaan Allah –yang dihujjah oleh ulamak yang mengharamkannya kerana faktor tersebut-, dijawab oleh ulamak ulamak-ulamak yang mengharuskannya; ia tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana dapat ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan. (Lihat fatwa Syeikh Ibnu ‘Uthaimin; http://www.denana.com/fatawa/articles.aspx?selected_article_no=1494).

sumber - hannan. terima kasih cik bella!

***************************************

Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”
Wallahu alam. 

sumber - FiqhMedic



9 comments:

ainaaamira. said...

Haa. input baru. Thanks Sue ! Org duk pakai contact lens ni spect patah. T_T

Belleza~ said...

laa yeke. ha boleh kn pakai lens ms puasa. takde mslh pun. sblm ni mmg x pernah terfikir pn psl isu ni. tp lepas nisah tny hari tu baru la terfikir balik. haha

Syaza Kelyza said...

baru tahu pasal isu ni :) lega tade pape masalah dah nak pakai contact lens .

Nida said...

Salam Sue..

Kak Nida sampai laa ni tak pandai nak pakai benda tu... terukkan akak ni..:)

Belleza~ said...

syaza kelyza

tu la. sebelum ni mmg tak pernah tahu kalau isu pakai lens ms puasa ni jadi masalah. sampai la sorang kawan tu tanya

Belleza~ said...

wa'mslm kak nida

oh takpe. kena try selalu. nnt lama2 biasa la :)

Misz Nuriz said...

Owh yea ke.. baru taw.. tp x pakai pun..hihi

Belleza~ said...

misz nuriz

heheh

Contact Lenses Express said...

Order Online at affordable and lowest price on contact lenses. Find more tips on buying contact lenses online. Caring tips for contact lenses and wearing tips for contact lenses. Buy cheap contact lenses at best discount price upto 70% off on all types of contact lenses at Contact Lenses Express.