I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, September 30, 2011

Graduation Day [Part 3]

assalamualaikum

ok ada lagi ! hihi
ini gambar gambar yang diambil sehari selepas kami bergraduasi.
ika dah nak balik Perak and hari isnin dah nak pulangkan jubah.
dan disebabkan semalamnya, masa hari konvokesyen tu kami tak sempat nak bergambar berdua lepas keluar dewan, so malam tu ika called and we planned to take picture together -on 26sept
jadi ini hasilnya ! ^_^






























love all the photos. thanks IKA !
and her friends yang tolong ambilkan gambar dan juga shafiq yang ambil gambar kami berdua on that day. terjumpa secara tak sengaja.


Graduation Day [Part 2]

assalamualaikum

ini rentetan daripada entry lepas.
baru dapat gambar ni dari ika tapi originally from tirah.
thanks tirah!

[credit photos -fatin athirah] 

klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas dan sangat besar haha

 yang ditunjukkan oleh anak panah adalah su
ika di depan dan tirah di belakang

 dapat jugak gambar dalam DECTAR

 yang ditunjuk anak panah itu su
dan yang dalam kotak, mak dan abah

 tunggu turn. debar debar je rasa. haha

 yay dah selamat!

 yang di belakang su, tirah

gambar dari camera hp mak. kami berdua je yang bersedia. lain semua jadi candid

ada gambar lagi. hehe
next entry!


Thursday, September 29, 2011

Graduation Day [Part 1]

assalamualaikum

hi all! eh eh sekejap je dah lima hari sejak 25hb hari tu kan. tak terasa pun. rasa macam baru semalam naik stage ambik skrol. amboi. heheh sebenarnya hari ahad 25hb tu, pakcik kepada ayah su aka atok saudara su buat majlis kenduri kahwin anak dia. and rumah dia dekat kajang je. bukan lah jauh sangat dari bangi pun. tapi sebab parents su ni macam excited sangat nak masuk awal dalam dewan tu, jadi kami tak dapat lah nak menghadiri kenduri kahwin dan terus sahaja la ke ukm dari rumah. sedangkan kalau ikut plan awal, su ingat nak ajak mak abah pergi kenduri dulu. tapi sebab kitorang keluar rumah pun dah lambat, langsung tak sempat nak singgah kajang. atok and nenek dari perak pun datang jugak. pak ngah pun call ajak pergi sekali tapi tak dapat lah nampaknya. 

tapi takpe, sebab sebelah malamnya pulak abang saudara su yang tinggal dekat bangi buat open house. hahaha. apa lagi, lepas habes je ceremony dalam dewan tu, pose sana pose sini kejap, sengih sana sengih sini sikit. . . . .then, kami yang bertiga-buah-kereta pun gerak lah pergi open house pulak. HAHAHA. seronok pulak bila jumpa makcik and cousins yang lain dekat sana. 

eh sebenarnya su nak cakap pasal perasaan masa nak naik stage ambik ijazah tu. HAHA. entah kenapa masa dah beratur panjang nak masuk dewan, dah mula rasa nervous. nak pergi toilet segalai bagai tapi kaki tak jugak melangkah masuk toilet. tiba-tiba nebes hilang bila pose sana sengih sini before masuk dewan and masa tengah beratur panjang tu. HAHA. thanks kawan kawan yang menghilangkan nebes saya walaupun sekejap sahaja hilangnya. 

masa berjalan dalam barisan untuk duduk dalam dewan, perasaan nervous kembali datang menyerang. terasa sukar sungguh kaki melangkah [apa macam nak pergi perang je gayanya]. ok. jujurnya saya memang berdarah gemuruh secara original sejak lahir. tak kira dalam apa jua kondisi dan situasi.

bila dah berada di tempat duduk, sungguh masa ini memang buat bula roma saya meremang. rasa nak menangis pun ada. ini betul punya rasa. bila dengar lagu ukm -varsiti kita dan ilmu, mutu dan budi tu. . . ya Allah, memang tersedar bahawasanya diri ini dah berjaya mentamatkan pembelajaran di UKM. tiba-tiba terlintas segala bagai kenangan pahit manis takut sedih semua yang pernah dilalui masa jadi mahasiswi UKM. sebenarnya itu la rasa dan perasaan yang sangat penting bagi su. masa al-fatihah dibaca, sebak sangat. sungguh rasanya dah berair juga mata ni cuma nasib baik dapat dikawal supaya tak menitis. haih. entah la. mungkin orang lain tak rasa macam ni. tapi su rasa 25sept tu memang betul betul hari penting untuk su.    

tiba lah barisan kami untuk berdiri beratur menunggu turn untuk naik stage. masa nak bangun tu, memang dah ternampak muka excited ika. orang belum bangun dia dah berdiri dulu. haha. su pun excited jugak but i'm still nervous. sangat. kali ini memang betul betul nervous sampai tangan dah naik sejuk macam duduk dalam ais. 

tapi. . . . .tiba-tiba su nampak mak dengan abah dekat barisan paling depan seat untuk parents dekat sebelah tempat kitorang beratur. dan mak su dengan tiba-tiba jugak menghalakan handphonenya ke arah kami dan su pun apa lagi jadi excited terlebih lah pulak bila nak ambik ambik gambar ni kan. hilang nervous. KAHKAHKAH. THANKS EMAK dengan ABAH sebab duduk depan depan sekali !!! hehehe

thanks mak abah and kak long sebab hantarkan kak ngah bergraduasi. ira sebab wish dekat fb and sms jugak. mak usu, pak usu, teeha deera icha and meea sebab memeriahkan hari kak ngah and kak de sebab meraikan bersama. jugak zatul dan ain yang sudi datang dan bergambar bersama selepas habis majlis. jasa kalian akan diingat hingga akhir hayat :) 


ok jom kita tengok gambar pulak. su publish untuk kongsi rasa gembira dan bersyukur ni dengan semua. ramai kawan and family yang tak dapat datang hari tu. so ini je yang dapat su kongsikan. and ada video jugak. nanti su upload video pulak ya. next entry insyaAllah ^_^  

bergambar dengan cik ainaa lepas keluar dewan.
yay! dapat gambar dengan ainaa. gambar cantik pulak tu heheh
thanks ainaa! *hugs* 

rakan-rakan coursemate ku
tapi tak semua ada dalam picture ni
[credit pict -yen sin, tiga dari kiri]

girls of International Relations course

sedang menunggu untuk masuk dewan. 
sempat bergambar dengan gadis gadis ayu

sedang mendengar ucapan dan penganugerahan tokoh

me, ika, and winda [our Indonesian friend]

with ain and zatul. my classmates and groupmates asasi

bersama anak anak. *berangan
eh eh bila masa pulak naik pelamin tah KAHKAH
bersama adik adik sayang, meea and icha. 
kak ngah loves u both! and also kakak teeha and kakak deera

from left - mak abah bagi, mak usu and family bagi, kak long suka purple so dia bagi purple roses hehe
ini pertama kali dapat bunga seumur hidup HAHAHA

red fresh roses from kakde awin, my cousin. thankssss!

p/s - Alhamdulillah. terima kasih Allah. terima kasih mak abah. terima kasih kak long dan ira. terima kasih atok, wan, nenek, maktok, makcik dan pakcik, sepupu abang sedara dan kakak sedara. terima kasih guru-guru tadika, sekolah rendah dan menengah. terima kasih pensyarah-pensyarah. terima kasih kawan kawan sahabat sahabat. terima kasih yang mengenali. atas setiap doa doa yang dikirimkan. serta tak lupa, terima kasih juga buat awak yang dicintai oleh hati saya secara senyap senyap. haha 

Tuesday, September 27, 2011

I Did It!

assalamualaikum

alhamdulillah
akhirnya su berjaya tamatkan pengajian selama tiga tahun di UKM 
dan telah menerima Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (Hubungan Antarabangsa)
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

[photo credit -my handsome dad]

sidang 4. ahad. 
25.09.2011. 6:19 pm. 

p/s - nanti su upload pict lagi. and ada story untuk di-storimorikan hehe


Saturday, September 24, 2011

segmen video : Bukan Cinta Biasa

assalamualaikum



saya suka video ini
dan juga gambar di bawah!


tudung vs selendang

assalamualaikum

seperti yang dikatakan dalam entry sebelum ni, su nak cakap pasal tudung dan shawl kan. sebenarnya teringat dulu dulu ada sorang hamba Allah yang sanggup nak beli semua shawl yang su jual. mula mula su ingat dia nak beli sebab nak sedekah ke apa. yela nak beli semua kan. masa tu bisnes dah berkembang, shawl pun bukan ada sikit sikit. memang banyak stock bertimbun timbun. tapi lepas tu dia cakap dekat su, dia nak su jual benda lain selain shawl. haaa dekat situ la su dapat smell something fishy.

maksud dia, mungkin jual shawl tu tak elok sebab mungkin pada pandangan dia, shawl tu adalah sesuatu yang tidak baik. mungkin. sebab dia tak cakap secara jelas pun kenapa. jadi su buat anggapan macam tu. sebenarnya kan, dia mungkin tidak pasti rupa bentuk dan material shawl atau selendang tu bagaimana. 

tudung dan selendang pada su sama je awak. cuma cara pemakaian tu yang berbeza. mungkin ada yang beranggapan pakai shawl kurang sesuai sebab material dia nipis and jarang. memang betul ada yang jenis macam tu tapi tak semua selendang tu nipis. ada jugak yang tebal dan boleh bantu muslimat semua tutup aurat dengan sempurna. untuk pengetahuan, tudung juga ada yang nipis dan jarang. mungkin ramai yang tak perasan. jadi sama jugak, kalau betul betul niat nak tutup aurat, kena la pandai cari yang betul betul boleh cover aurat kan tak kesah lah tudung atau selendang.

jadi su nak tekan kan dekat sini, tak ada masalah sama ada nak pakai selendang atau tudung. untuk pengetahuan hamba Allah yang tersebut tadi, ramai kawan kawan dan kenalan yang dah pakai tudung dan berhijab sekarang ni. jadi, tak rasa sia sia pun buat bisnes tu. at least kami dapat menggalakkan mereka bertudung. ustazah pun memakai selendang. jadi apa lah masalahnya untuk mengenakan selendang. selendang pun memang digunakan oleh wanita wanita Islam seluruh dunia kan. 

ini kawan su, bukan su. pinjam gambar. 
cantik sangat berselendang macam ni 

cuma satu je la yang su tak setuju, cara dan gaya berselendang yang pelik pelik dan tak tercapai dek akalku. HAHA. tolonglah jangan jadi mangsa fesyen. nak kreatif dan inovatif pun biarlah masih tampak sopan dan ayu di mata bakal mak mertua. HAHAHAHA. kadang kadang nampak merimaskan di mata yang memandang. 

bak kata ustazah noor laila aniza, "Bergayalah!. . . . .bertudung yg tidak jarang~apa juga yg kita inginkan, gaya yg bagaimana sekalipun, buatlah ~ asalkan kita benar2 menutup aurat & dapat dikenali, KITA ADALAH WANITA ISLAM yg sebenar!"

p/s - saya selalu pakai selendang. saya suka pakai tudung segi segi jugak. :)

Thursday, September 22, 2011

Urusan Konvo Lagi. Eh tak juga sebenarnya..

Assalamualaikum

Ingat nak pergi raptai konvo hari ni. Tapi tak sempat lah nak gerak dari rumah pagi pagi. Awal sangat pun raptainya. Pukul 8.30. Dah pulak dengar kata jem dari tol bangi nak ke ukm tu ha. hish kut kalau pergi pun rehearsal dah start karang baru sampai. Taknak la, better tak payah pergi dari lambat. Kan kan.. Oh lagi lagi pagi tadi hujan turun mencurah curah dengan lebatnya. Huish kalau lah tidak plan mahu kemana-mana hari ni, memang dah meringkuk dalam selimut atas katil tido lena. KAHKAH.

Hari ni su pergi ukm juga. Walaupun tak menghadiri raptai. Entah apa-apa la. Orang pergi ukm semata untuk mempelajari turun naik stage amik skrol, etc. tapi kita pergi tanpa hala tujuan. Eh eh siapa pula yang kata tanpa hala tujuan. Su pergi penuh dengan hala tuju bermatlamat. Bersua muka dengan shud and temah setelah sekian lama tak jumpa. Eh tak juga. Sambil membawa shawl yang telah dijanjikan untuk shud. Ok. Ok. Memang atas urusan bisnes. HAHAHA.

Selepas itu, ingatkan mahu terus ke KL mencari tudung dengan menaiki bas ukm sahaja dan seterusnya menggunakan kemudahan kemudahan public transport yang ada. Tapi apakan daya, abah nak menghantar pula. Haish yang kita apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. Kecik tapak tangan, besar padang bola su tadahkan. HAHAHA. siap tanya lagi tu, “Angah dah makan ke nasi lemak abah beli tadi?” Yela last time su pergi jalan tar masa bulan puasa hari tu kan nyaris nak TERpengsan di tengah lautan manusia. Karang jadi lagi, abah jugak yang disusahkan. Baik jangan mensusahkan diri dan mensusahkan orang tersayang lalu saya pun makan nasi lemak sebelum keluar rumah sampai terpaksa singgah petronas untuk tumpang toilet beberapa jam selepas itu. KAHKAHKAH. Memang tak boleh makan berat berat di waktu pagi tapi hari ini memang tidak dapat dielakkan kerana jika tidak, encik tuan besar akan bising.

Kembali kepada cerita mencari tudung, su ingat nak pergi beli tudung bawal. Dah lama tak beli tudung. Sekarang kan dah pakai shawl. Eceh. Sikit sikit shawl jugak yang dicari. Tiba tiba rindu pulak nak pakai tudung biasa. Tapi kan, macam pelik je bila semua orang tanya. . .kenapa nak cari tudung? Kenapa nak beli tudung? Hehhehe. Su faham la kenapa dorang tanya macam tu sebab selama ni memang su kemana-mana pun pakai shawl. Pergi kuliah pakai shawl, keluar pergi cafĂ©, jalan jalan outing dating eh eh tak tak. Tak pernah dating. Hahaha. Daripada sebelah lain, soalan tu boleh difahami sebagai ‘kenapa tak cari shawl’ atau ‘kenapa tak beli shawl’ HAHAHA. ok jawapannya, sebab shawl dah banyak sangat sampai tak muat almari. Serius! Tapi still beli jugak tadi. Dapat tudung dua helai, shawl satu helai. Jadi lah dulu. Kan?

Entry ni ada sambungan. Su nak sambung cakap pasal shawl dan tudung. Ok thanks for reading this. Entah apa apa aje lah su membebel dari tadi nih. Hehe



segmen video : Jejak Cita

assalamualaikum

saja su post dekat blog
untuk semua dan diri sendiri jugak ^_^




Wednesday, September 21, 2011

murtabak maggi suraiza buat

assalamualaikum

hari ni untuk breakfast, su masak murtabak maggi laju laju. hahaha. 
senang bukan main. pejam mata pun boleh eceh

yes i know. it looks like telur dadar kan. nak buat macam mana su suka yang tak berapa nak tebal sangat so dia jadi cam ni la hahaha

bancuhan telur yang dicampur dengan bawang besar [potong dadu] lada sulah dan perencah maggi kari

 rendam maggi dalam air panas tapi jangan lama sangat ya karang kembang lembik sangat tak sedap lah pulak

goreng dalam kuali. sekian.

 makan panas panas. mak ai terangkat. kahkah

Monday, September 19, 2011

segmen video : Bertabahlah

assalamualaikum

mari kita men-tabahkan hati
jom tengok video ni



bertabahlah. . . . . . . . .


Sunday, September 18, 2011

a week before graduation day. my big day

assalamualaikum

semalam, 17hb pergi ambik jubah konvo
setelah tiga kali tukar, akhirnya kali yang keempat berjaya dapat yang betul betul ok

tu pun yang kali keempat bukan su yang pergi tukar 
cik eyra yang tolong tukarkan untuk su. hehehe. mekaseh eyra ^_^

dah tiga kali tukar tak dapat yang ok and cantik 
and cun melecun. haha

mula mula besar sangat. sampai tak nampak tangan. macam apa yang dikatakan oleh eyra, zura dgn lagi sorang kawan yang ada dengan su semalam, memang 1st jubah yang su dapat tu besar. sungguh. ianya memang BESAR 

lepas tu kali kedua dapat size S. tapi masalahnya PENDEK. atas lutut. dorang cakap tak lawa. haha

ok. tukar lagi. dia yang bagi and cakap cuba yang ni. and dia bagi size S jugak tapi macam tadi, PENDEK. time tu jugak terlintas, apa tinggi sangat ke su ni. mula la nak perasan bajet model yang kurus kering and tinggi jalan melayang tu KAHKAHKAH

kali keempat, memang dah takut nak pegi tukar lagi karang tak pasal pasal kena sound pulak bape kali nak tukar tah. haha. last last cik eyra gadis and kawan lagi sorang tu yang tolong pergi tukarkan dan kali ni memang yang TERBAIK. haha. TERIMA KASIH korang! agaknya nak kena orang lain amikkan kut baru dapat yang cantik, comel, labuh, cun melecun tak? heheh

dan. . . . .
inilah dia jubah konvo saya 
[wah excited bukan main. baju konvo takde lagi]

taraaaa!

kat brand tu tulis XL 
[agaknya kan, size xl baru kecik and labuh kut haha boleh pulak macam tu kan]

 cenderamata yang dapat sekali dengan beg masa register semalam before ambik jubah

 dan ini isi dalam dia. 
sehelai pashmina yang ada logo UKM ya eberibodi. 
patutla perempuan je dapat kotak tu

kad jemputan aka pas masuk untuk parents
sidang 4. petang 25hb. ahad.
jemput la datang konvo su nanti kalau sudi. hihihi

cuba. try. test. 
before and after. eceh

selamat berhari ahad!

open house and birthday icha!

assalamualaikum

hari jumaat lepas makcik su buat open house 
and celebrate birthday alysa.
takde nak cerita apa pun
nak letak gambar je sikit sikit hehe

 birthday icha yang ke-7 tahun. vanilla ice cream cake

my cousin, qilah with kak long

 my kakak and adik

ini seorang adik dengan kakaknya yang suka menggedik bila bergambar hahaha

ini sahaja. selamat berhujung minggu!

Thursday, September 15, 2011

cerita cinta. eh eh eh

assalamualaikum

alhamdulillah. tak sangka bihun ladna semalam habis dengan cepatnya dan kak long kata "sedap!" heheh. yang paling su tak sangka, kak long boleh makan walaupun su letak ayam. akak su ni memang tak makan ayam. hish seronok betul la. dan su jugak berkongsi resepi bihun ladna tu dengan anis sebab dia cakap dah lama teringin. saja tak post dekat blog. siapa siapa yang mahu resepi boleh pm su ya. eceh! HAHAHA

hmm. . . . .sebenarnya su agak terkejut bila kawan kawan berkongsi cerita dan masalah cinta dan masalah hati perasaan dorang dengan su. bukan sorang dua, tapi sejak dua menjak ni ramai pulak yang minta pendapat. alhamdulillah terima kasih untuk kepercayaan. su bukan lah expert atau pro dalam hal hal sebegini. su sendiri pun masih belum bertemu jodoh. jadi tidaklah su tahu semua perkara yang berkaitan cinta, hati, perasaan, jodoh dan seumpamanya. cuma sebab su PERNAH [pernah means 'was', not 'is' haha] mempunyai pengalaman bercinta [di zaman dahulu kala] maka, ada lah sikit sikit perkara boleh dikongsi bersama.

dulu, rasa macam kita la orang yang paling malang, paling sedih dan sebagainya yang negatif negatif je kalau masuk bab bab cinta ni, lepas putus. tapi hakikatnya, kita la yang paling bertuah. ha ada la tu yang tak percaya. serius, memang kita la antara yang bertuah tu. dan su bersyukur sangat dengan apa yang jadi [di zaman dahulu kala] HAHA. antara sebabnya, su terselamat dari perkara yang tidak patut, yang muda mudi remaja remaji zaman sekarang ni lakukan masa tengah ber-couple. faham sendiri lah ya. terima kasih kepada beliau kerana memutuskan hubungan di tengah jalan.

tapi, jangan ada yang terasa hati pula ya kawan kawan sayang sayang pembaca blog sekalian. su bukan kata kat sesiapa. su cakap dekat diri sendiri. su banyak baca artikel, buku, dengar ceramah kat tv, radio, internet, cuba nak memotivasikan diri lepas kejadian di zaman dahulu kala tu. memang su dah nampak hikmahnya. rasa sangat bersyukur :)

bukan senang nak dapat rasa selamat dan rasa lega macam sekarang ni. tak payah sakit kepala fikir perkara yang tidak sepatutnya difikir. hidup rasa lebih mudah. hati jadi kuat. otak lebih rasional. sungguh. 

sempat su ambik kata kata Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria dekat wall mukabuku dia,
"Oh!sy memilih untuk tidak bercinta sebelum bernikah-tetapi mengenali dan menguji hingga hati sy yakin dan redha.Namun sy tidak menafikan bercinta sebelum nikah juga indah-Tetapi barakahnya mungkin kurang jika bnyk kata2 yg sia2 diucapkan~kecuali sama2 menjaga diri & bertaubat atas smua kata2, gurau senda & perbuatan yg sia2 sebelum bernikah- ♥!"

p/s-jangan segan segan kalau nak kongsi cerita. boleh kita share pendapat masing masing kan. seronok bila ada yang bertanya dan bercerita, sebab dalam masa yang sama boleh mengingatkan diri sendiri jugak dan sama sama belajar untuk kuatkan hati : )

credit pict -link


masak dan makan lagi

assalamualaikum

kalau dah masuk dapur tu kan, kerjanya kat dapur je la tak keluar keluar. hahahah boleh pulak tak keluar ya. ha hari ni su buat spagheti lagi. adik su ada kat rumah ni nak kena buat lagi lah. nanti dia bising time dia takde kat rumah la su buat spagheti. time dia balik tak buat haha. nasib baik lah ada adik sorang je :P


kali ni su guna fettuccine. 
lagi puas makan hehe

ok tata

Wednesday, September 14, 2011

buka puasa bihun ladna hari ni

assalamualaikum

hari ni buat bihun ladna. dah lama kempunan. nak makan kat kedai tak dapat dapat, amik kau buat sendiri je la senang cerita. hehehe.



selamat berbuka kepada yang berpuasa hari ni
esok kitorang dah raya! (^^,)

Tuesday, September 13, 2011

menu berbuka hari ni adalah.....

assalamualaikum

hari ni dah masuk hari kelima kitorang [family su] berpuasa dalam bulan syawal ni. ha su masak simple simple je hari ni. pendek kata, bukak peti ais apa yang ada tu je la campak campak dalam kuali. hehe 

ini dia. . . . .ayam masak sambal aka sambal ayam hahaha
eh eh baru perasan ayamnya tak nampak lah diselimuti oleh sambal heheh

ha ini pulak sayur brokoli campur dengan carrot and cendawan butang goreng dengan sos tiram. ini resepi su buat suka hati su je. sebab ni je yang ada dalam peti ais. su campak campak je laa. haha

ok. selamat berbuka kepada yang berpuasa hari ni.