I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, September 15, 2011

cerita cinta. eh eh eh

assalamualaikum

alhamdulillah. tak sangka bihun ladna semalam habis dengan cepatnya dan kak long kata "sedap!" heheh. yang paling su tak sangka, kak long boleh makan walaupun su letak ayam. akak su ni memang tak makan ayam. hish seronok betul la. dan su jugak berkongsi resepi bihun ladna tu dengan anis sebab dia cakap dah lama teringin. saja tak post dekat blog. siapa siapa yang mahu resepi boleh pm su ya. eceh! HAHAHA

hmm. . . . .sebenarnya su agak terkejut bila kawan kawan berkongsi cerita dan masalah cinta dan masalah hati perasaan dorang dengan su. bukan sorang dua, tapi sejak dua menjak ni ramai pulak yang minta pendapat. alhamdulillah terima kasih untuk kepercayaan. su bukan lah expert atau pro dalam hal hal sebegini. su sendiri pun masih belum bertemu jodoh. jadi tidaklah su tahu semua perkara yang berkaitan cinta, hati, perasaan, jodoh dan seumpamanya. cuma sebab su PERNAH [pernah means 'was', not 'is' haha] mempunyai pengalaman bercinta [di zaman dahulu kala] maka, ada lah sikit sikit perkara boleh dikongsi bersama.

dulu, rasa macam kita la orang yang paling malang, paling sedih dan sebagainya yang negatif negatif je kalau masuk bab bab cinta ni, lepas putus. tapi hakikatnya, kita la yang paling bertuah. ha ada la tu yang tak percaya. serius, memang kita la antara yang bertuah tu. dan su bersyukur sangat dengan apa yang jadi [di zaman dahulu kala] HAHA. antara sebabnya, su terselamat dari perkara yang tidak patut, yang muda mudi remaja remaji zaman sekarang ni lakukan masa tengah ber-couple. faham sendiri lah ya. terima kasih kepada beliau kerana memutuskan hubungan di tengah jalan.

tapi, jangan ada yang terasa hati pula ya kawan kawan sayang sayang pembaca blog sekalian. su bukan kata kat sesiapa. su cakap dekat diri sendiri. su banyak baca artikel, buku, dengar ceramah kat tv, radio, internet, cuba nak memotivasikan diri lepas kejadian di zaman dahulu kala tu. memang su dah nampak hikmahnya. rasa sangat bersyukur :)

bukan senang nak dapat rasa selamat dan rasa lega macam sekarang ni. tak payah sakit kepala fikir perkara yang tidak sepatutnya difikir. hidup rasa lebih mudah. hati jadi kuat. otak lebih rasional. sungguh. 

sempat su ambik kata kata Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria dekat wall mukabuku dia,
"Oh!sy memilih untuk tidak bercinta sebelum bernikah-tetapi mengenali dan menguji hingga hati sy yakin dan redha.Namun sy tidak menafikan bercinta sebelum nikah juga indah-Tetapi barakahnya mungkin kurang jika bnyk kata2 yg sia2 diucapkan~kecuali sama2 menjaga diri & bertaubat atas smua kata2, gurau senda & perbuatan yg sia2 sebelum bernikah- ♥!"

p/s-jangan segan segan kalau nak kongsi cerita. boleh kita share pendapat masing masing kan. seronok bila ada yang bertanya dan bercerita, sebab dalam masa yang sama boleh mengingatkan diri sendiri jugak dan sama sama belajar untuk kuatkan hati : )

credit pict -link