I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, September 29, 2011

Graduation Day [Part 1]

assalamualaikum

hi all! eh eh sekejap je dah lima hari sejak 25hb hari tu kan. tak terasa pun. rasa macam baru semalam naik stage ambik skrol. amboi. heheh sebenarnya hari ahad 25hb tu, pakcik kepada ayah su aka atok saudara su buat majlis kenduri kahwin anak dia. and rumah dia dekat kajang je. bukan lah jauh sangat dari bangi pun. tapi sebab parents su ni macam excited sangat nak masuk awal dalam dewan tu, jadi kami tak dapat lah nak menghadiri kenduri kahwin dan terus sahaja la ke ukm dari rumah. sedangkan kalau ikut plan awal, su ingat nak ajak mak abah pergi kenduri dulu. tapi sebab kitorang keluar rumah pun dah lambat, langsung tak sempat nak singgah kajang. atok and nenek dari perak pun datang jugak. pak ngah pun call ajak pergi sekali tapi tak dapat lah nampaknya. 

tapi takpe, sebab sebelah malamnya pulak abang saudara su yang tinggal dekat bangi buat open house. hahaha. apa lagi, lepas habes je ceremony dalam dewan tu, pose sana pose sini kejap, sengih sana sengih sini sikit. . . . .then, kami yang bertiga-buah-kereta pun gerak lah pergi open house pulak. HAHAHA. seronok pulak bila jumpa makcik and cousins yang lain dekat sana. 

eh sebenarnya su nak cakap pasal perasaan masa nak naik stage ambik ijazah tu. HAHA. entah kenapa masa dah beratur panjang nak masuk dewan, dah mula rasa nervous. nak pergi toilet segalai bagai tapi kaki tak jugak melangkah masuk toilet. tiba-tiba nebes hilang bila pose sana sengih sini before masuk dewan and masa tengah beratur panjang tu. HAHA. thanks kawan kawan yang menghilangkan nebes saya walaupun sekejap sahaja hilangnya. 

masa berjalan dalam barisan untuk duduk dalam dewan, perasaan nervous kembali datang menyerang. terasa sukar sungguh kaki melangkah [apa macam nak pergi perang je gayanya]. ok. jujurnya saya memang berdarah gemuruh secara original sejak lahir. tak kira dalam apa jua kondisi dan situasi.

bila dah berada di tempat duduk, sungguh masa ini memang buat bula roma saya meremang. rasa nak menangis pun ada. ini betul punya rasa. bila dengar lagu ukm -varsiti kita dan ilmu, mutu dan budi tu. . . ya Allah, memang tersedar bahawasanya diri ini dah berjaya mentamatkan pembelajaran di UKM. tiba-tiba terlintas segala bagai kenangan pahit manis takut sedih semua yang pernah dilalui masa jadi mahasiswi UKM. sebenarnya itu la rasa dan perasaan yang sangat penting bagi su. masa al-fatihah dibaca, sebak sangat. sungguh rasanya dah berair juga mata ni cuma nasib baik dapat dikawal supaya tak menitis. haih. entah la. mungkin orang lain tak rasa macam ni. tapi su rasa 25sept tu memang betul betul hari penting untuk su.    

tiba lah barisan kami untuk berdiri beratur menunggu turn untuk naik stage. masa nak bangun tu, memang dah ternampak muka excited ika. orang belum bangun dia dah berdiri dulu. haha. su pun excited jugak but i'm still nervous. sangat. kali ini memang betul betul nervous sampai tangan dah naik sejuk macam duduk dalam ais. 

tapi. . . . .tiba-tiba su nampak mak dengan abah dekat barisan paling depan seat untuk parents dekat sebelah tempat kitorang beratur. dan mak su dengan tiba-tiba jugak menghalakan handphonenya ke arah kami dan su pun apa lagi jadi excited terlebih lah pulak bila nak ambik ambik gambar ni kan. hilang nervous. KAHKAHKAH. THANKS EMAK dengan ABAH sebab duduk depan depan sekali !!! hehehe

thanks mak abah and kak long sebab hantarkan kak ngah bergraduasi. ira sebab wish dekat fb and sms jugak. mak usu, pak usu, teeha deera icha and meea sebab memeriahkan hari kak ngah and kak de sebab meraikan bersama. jugak zatul dan ain yang sudi datang dan bergambar bersama selepas habis majlis. jasa kalian akan diingat hingga akhir hayat :) 


ok jom kita tengok gambar pulak. su publish untuk kongsi rasa gembira dan bersyukur ni dengan semua. ramai kawan and family yang tak dapat datang hari tu. so ini je yang dapat su kongsikan. and ada video jugak. nanti su upload video pulak ya. next entry insyaAllah ^_^  

bergambar dengan cik ainaa lepas keluar dewan.
yay! dapat gambar dengan ainaa. gambar cantik pulak tu heheh
thanks ainaa! *hugs* 

rakan-rakan coursemate ku
tapi tak semua ada dalam picture ni
[credit pict -yen sin, tiga dari kiri]

girls of International Relations course

sedang menunggu untuk masuk dewan. 
sempat bergambar dengan gadis gadis ayu

sedang mendengar ucapan dan penganugerahan tokoh

me, ika, and winda [our Indonesian friend]

with ain and zatul. my classmates and groupmates asasi

bersama anak anak. *berangan
eh eh bila masa pulak naik pelamin tah KAHKAH
bersama adik adik sayang, meea and icha. 
kak ngah loves u both! and also kakak teeha and kakak deera

from left - mak abah bagi, mak usu and family bagi, kak long suka purple so dia bagi purple roses hehe
ini pertama kali dapat bunga seumur hidup HAHAHA

red fresh roses from kakde awin, my cousin. thankssss!

p/s - Alhamdulillah. terima kasih Allah. terima kasih mak abah. terima kasih kak long dan ira. terima kasih atok, wan, nenek, maktok, makcik dan pakcik, sepupu abang sedara dan kakak sedara. terima kasih guru-guru tadika, sekolah rendah dan menengah. terima kasih pensyarah-pensyarah. terima kasih kawan kawan sahabat sahabat. terima kasih yang mengenali. atas setiap doa doa yang dikirimkan. serta tak lupa, terima kasih juga buat awak yang dicintai oleh hati saya secara senyap senyap. haha 

5 comments:

Misz Nuriz said...

Moment paling berharga kan cik sue..
tahniah sekali lagi..

Misz Nuriz said...

Moment paling berharga kan cik sue..
tahniah sekali lagi..

fiqah said...

tahniah..mmg dpt rasa perasan nervous nk tnggu glran naik pentas..mcam2 fikir..bleh ker bt smua tu dgn teratur..apa2 tahniah skali lagi :)

Belleza~ said...

Misz Nuriz

yep! thanksss again!

Belleza~ said...

fiqah

betul tu...thanksss fiqah!