I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, September 24, 2011

tudung vs selendang

assalamualaikum

seperti yang dikatakan dalam entry sebelum ni, su nak cakap pasal tudung dan shawl kan. sebenarnya teringat dulu dulu ada sorang hamba Allah yang sanggup nak beli semua shawl yang su jual. mula mula su ingat dia nak beli sebab nak sedekah ke apa. yela nak beli semua kan. masa tu bisnes dah berkembang, shawl pun bukan ada sikit sikit. memang banyak stock bertimbun timbun. tapi lepas tu dia cakap dekat su, dia nak su jual benda lain selain shawl. haaa dekat situ la su dapat smell something fishy.

maksud dia, mungkin jual shawl tu tak elok sebab mungkin pada pandangan dia, shawl tu adalah sesuatu yang tidak baik. mungkin. sebab dia tak cakap secara jelas pun kenapa. jadi su buat anggapan macam tu. sebenarnya kan, dia mungkin tidak pasti rupa bentuk dan material shawl atau selendang tu bagaimana. 

tudung dan selendang pada su sama je awak. cuma cara pemakaian tu yang berbeza. mungkin ada yang beranggapan pakai shawl kurang sesuai sebab material dia nipis and jarang. memang betul ada yang jenis macam tu tapi tak semua selendang tu nipis. ada jugak yang tebal dan boleh bantu muslimat semua tutup aurat dengan sempurna. untuk pengetahuan, tudung juga ada yang nipis dan jarang. mungkin ramai yang tak perasan. jadi sama jugak, kalau betul betul niat nak tutup aurat, kena la pandai cari yang betul betul boleh cover aurat kan tak kesah lah tudung atau selendang.

jadi su nak tekan kan dekat sini, tak ada masalah sama ada nak pakai selendang atau tudung. untuk pengetahuan hamba Allah yang tersebut tadi, ramai kawan kawan dan kenalan yang dah pakai tudung dan berhijab sekarang ni. jadi, tak rasa sia sia pun buat bisnes tu. at least kami dapat menggalakkan mereka bertudung. ustazah pun memakai selendang. jadi apa lah masalahnya untuk mengenakan selendang. selendang pun memang digunakan oleh wanita wanita Islam seluruh dunia kan. 

ini kawan su, bukan su. pinjam gambar. 
cantik sangat berselendang macam ni 

cuma satu je la yang su tak setuju, cara dan gaya berselendang yang pelik pelik dan tak tercapai dek akalku. HAHA. tolonglah jangan jadi mangsa fesyen. nak kreatif dan inovatif pun biarlah masih tampak sopan dan ayu di mata bakal mak mertua. HAHAHAHA. kadang kadang nampak merimaskan di mata yang memandang. 

bak kata ustazah noor laila aniza, "Bergayalah!. . . . .bertudung yg tidak jarang~apa juga yg kita inginkan, gaya yg bagaimana sekalipun, buatlah ~ asalkan kita benar2 menutup aurat & dapat dikenali, KITA ADALAH WANITA ISLAM yg sebenar!"

p/s - saya selalu pakai selendang. saya suka pakai tudung segi segi jugak. :)

2 comments:

Misz Nuriz said...

betul tu..
pakai selendang tak salah pun..
yg penting cara pemakaian kita tu betul..

hmm, teringat zaman dulu2, ada sorang lecturer tu menyamakan selendang sbg langsir.. haha..

tak taw la apa yg dipikirkannnya..

Belleza~ said...

hahaha. su rasa maybe sebab ada style penggayaan selendang yang macam ombak2 langsir tu. kan. yang tersusun elok cantik je. hehe