I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, September 22, 2011

Urusan Konvo Lagi. Eh tak juga sebenarnya..

Assalamualaikum

Ingat nak pergi raptai konvo hari ni. Tapi tak sempat lah nak gerak dari rumah pagi pagi. Awal sangat pun raptainya. Pukul 8.30. Dah pulak dengar kata jem dari tol bangi nak ke ukm tu ha. hish kut kalau pergi pun rehearsal dah start karang baru sampai. Taknak la, better tak payah pergi dari lambat. Kan kan.. Oh lagi lagi pagi tadi hujan turun mencurah curah dengan lebatnya. Huish kalau lah tidak plan mahu kemana-mana hari ni, memang dah meringkuk dalam selimut atas katil tido lena. KAHKAH.

Hari ni su pergi ukm juga. Walaupun tak menghadiri raptai. Entah apa-apa la. Orang pergi ukm semata untuk mempelajari turun naik stage amik skrol, etc. tapi kita pergi tanpa hala tujuan. Eh eh siapa pula yang kata tanpa hala tujuan. Su pergi penuh dengan hala tuju bermatlamat. Bersua muka dengan shud and temah setelah sekian lama tak jumpa. Eh tak juga. Sambil membawa shawl yang telah dijanjikan untuk shud. Ok. Ok. Memang atas urusan bisnes. HAHAHA.

Selepas itu, ingatkan mahu terus ke KL mencari tudung dengan menaiki bas ukm sahaja dan seterusnya menggunakan kemudahan kemudahan public transport yang ada. Tapi apakan daya, abah nak menghantar pula. Haish yang kita apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. Kecik tapak tangan, besar padang bola su tadahkan. HAHAHA. siap tanya lagi tu, “Angah dah makan ke nasi lemak abah beli tadi?” Yela last time su pergi jalan tar masa bulan puasa hari tu kan nyaris nak TERpengsan di tengah lautan manusia. Karang jadi lagi, abah jugak yang disusahkan. Baik jangan mensusahkan diri dan mensusahkan orang tersayang lalu saya pun makan nasi lemak sebelum keluar rumah sampai terpaksa singgah petronas untuk tumpang toilet beberapa jam selepas itu. KAHKAHKAH. Memang tak boleh makan berat berat di waktu pagi tapi hari ini memang tidak dapat dielakkan kerana jika tidak, encik tuan besar akan bising.

Kembali kepada cerita mencari tudung, su ingat nak pergi beli tudung bawal. Dah lama tak beli tudung. Sekarang kan dah pakai shawl. Eceh. Sikit sikit shawl jugak yang dicari. Tiba tiba rindu pulak nak pakai tudung biasa. Tapi kan, macam pelik je bila semua orang tanya. . .kenapa nak cari tudung? Kenapa nak beli tudung? Hehhehe. Su faham la kenapa dorang tanya macam tu sebab selama ni memang su kemana-mana pun pakai shawl. Pergi kuliah pakai shawl, keluar pergi cafĂ©, jalan jalan outing dating eh eh tak tak. Tak pernah dating. Hahaha. Daripada sebelah lain, soalan tu boleh difahami sebagai ‘kenapa tak cari shawl’ atau ‘kenapa tak beli shawl’ HAHAHA. ok jawapannya, sebab shawl dah banyak sangat sampai tak muat almari. Serius! Tapi still beli jugak tadi. Dapat tudung dua helai, shawl satu helai. Jadi lah dulu. Kan?

Entry ni ada sambungan. Su nak sambung cakap pasal shawl dan tudung. Ok thanks for reading this. Entah apa apa aje lah su membebel dari tadi nih. Hehe



2 comments:

rya hana~ said...

;PPPP suka je dgr ju membebel...;P

Belleza~ said...

hehehhe :P