I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, October 28, 2011

bimbang perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu



Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang Kau redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirnya..

Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMu..

Iluvislam


Tuesday, October 25, 2011

tiada ruang untuk kamu disini





























yang ini benar. di saat dan ketika ini.

Monday, October 24, 2011

unexpected question

assalamualaikum

ehem..

 terkejut ok. i saw him yesterday at my friend's house but i don't really know him and we never talk

konon nak lari topik sangat. last last dia [kawan yang bertunang semalam] ni tanya lagi soalan yang sama. dan su pun memberi jawapan standard seperti itu. ok mengaku. mak yang tolong jawabkan tu. haha.

at the same time, terjumpa pulak post someone di tumblr . . . [sangat benar ya kata-kata ini. saya mahu dia baca post ni]
“Kau pohonlah padaNYA andai hatiku yang kau pohon.” Jika mahukan seseorang sangat-sangat, mohonlah sangat-sangat pada Allah. Bukan merayu-rayu pada empunya diri. Bila empunya diri menolak, siapa yang kecewa? Namun jika pohon direct pada Allah, Allah akan bagi dua kemungkinan. Mungkin dapat dia, atau mungkin dapat yang lebih baik darinya. ♥
source-tumblr 

the engagement

assalamualaikum

hi readers!
i went to my friend's engagement yesterday with aqidah and aini
here are some photos from yesterday's event

pinky and greeny. no planning. just a coincidence kut heheh

qida said "naik seri"
and I said "semua pun berseri-seri"

aun and qida

aun and aini
aini dah masuk theme dengan bakal pengantin, hijau mata memandang 

ok. this is me.




have a nice day readers! may Allah bless

Being a volunteer...for the first time

assalamualaikum

yesterday (22 oct) there was an event at the PWTC and i've been a volunteer 
nothing much to say, just enjoy the pictures readers!

with asma. and diyana 


  "Together we make the world a better place"

 alwani and diyana


  teck, asma, farah, my sis, nawar and khairul

yay saya menang pendrive! hehe. she got this thumbdrive from a lucky draw

unik. menarik. cool giler! haha. kreatif sangat. tong sampah and dulang jadi alat muzik 

here they are. . . the stubborn. . .if i'm not mistaken heheh

girlsss yaw!

aww sexy! hahaha
but because of the hijab, she's cute. hee



this is the event. the final gathering.

good night people!
thanks for dropping here 

Monday, October 17, 2011

tumblr lagi. dan jugak..eh twitter pulak

assalamualaikum

su dah tukar background tumblr  
sebenarnya su suka yang lama tu flowery sungguh lah kan 
tapi macam tak best sebab gambar kecik 
lepas tu adalah kurang sikit dia punya page element etc. haha

so su cari layout lain and terjumpa lah yang ini.
simple yet adorable kan. *perasan* 


dan tiba tiba su mempunyai account twitter juga! 
hahaha ini memang tiba tiba. 
tak pernah berniat pun mahu membuka acc twitter.

tup tup je ada! 
begini la rupa twitter saya. hahaha


sekian sahaja segmen menggedikkan diri dengan tumblr-tak-sudah-sudah dan twitter-yang-baru-nak-ada-sedangkan-orang-lain-semua-dah-lama-ada. haha. k bye readers! have a nice day and may Allah bless.

Saturday, October 15, 2011

tumblr.

assalamualaikum

i do have tumblr! haha. macam tak percaya. dulu tengok tumblr macam tak best. ok saya silap. i admit it. i made a mistake. sebenarnya ia best. sangat best.

best bila we can share everything that posts by others. and i can write and post something that is very important to me and to everyone as well. my tumblr post is not like my status on facebook or my post here.

how i find tumblr is interesting? ok sejak dua tiga menjak ni, entah macam mana hati ni tergerak sahaja nak bukak tumblr yang berkaitan dengan life, Islam, Muslim's life, inspirational, motivation. etc. so bila dah bukak tumblr macam tu and read, hati tergerak terus nak mula buat tumblr [walaupun niat sebenarnya dah lama] tapi since tengok tumblr macam quite complicated and susah untuk difahami. . . . .niat tu terkubur begitu sahaja. 

so, bila dah baca dan tak tahu bagaimana nak share with others apa yang saya baru tahu [walaupun mungkin ramai yang dah tahu juga dalam masa yang sama there is someone or somebody that is really want to know and need to know what i know] maka terus sahaja saya sign up Tumblr dan tahu tahu sahaja  http://blogaholicofbloggerville.tumblr.com/ ini sudah wujud! 

sebenarnya, dah lama mencari cara macam mana nak post and share kata-kata yang berjaya memotivasikan dan membangunkan semangat su selama ni. su rasa macam tak berapa sesuai nak ditulis di blog dan post di facebook. atas beberapa sebab yang tak dapat nak diberitahu, maka ianya hanya mampu ditulis di dalam diari dan sesetengahnya hanya di save dalam My File and Document di lappy sahaja. bila rasa down ke sedih sangat nak nangis ke apa, baru lah su bukak file tadi tu. tapi ianya hanya dapat membantu su, dan tak dapat nak berkongsi dengan orang lain.

sebab sekarang dah ada tumblr, semuanya akan su post di tumblr. tapi insyaAllah blog tidak akan terabai sama sekali. i still love my blog because my memories are here. so blog and followers, please don't be sad. haha

oh ya tumblr juga memudahkan saya untuk meluahkan isi hati pada yang dicinta dalam senyap. HEHEHEH




my first Tumblr post ^_____^

p/s - you know what, i just can't stop tumblring and reblogging! HAHAHAHA

Thursday, October 13, 2011

spaghetti carbonara

assalamualaikum

segmen dapur kembali lagi
eceh dah macam tv lah pulak blog ni ya
sudah seminggu lebih su simpan entry ni dalam draft, tak di-publish
belum berjumpa masa yang sesuai
maklumlah quite busy with my new life lately [lain macam jek bunyik hahaha]

okeyh everybody, this is my spaghetti carbonara
dan macam biasa, i like to cook something easy peasy yang boleh campakcampak je bahan bahannya
tak payah yang complicated sangat la. nanti masuk mulut kena kunyah and telan jugak kan. kui3



simple simple pun tumis tumis bawang jugak lah ya
taknak lah yang dalam tin terus kau masuk dalam pinggan
tak cun lah kat tekak tu nanti HAHAHA

sekian sahaja. 
have a nice day readers! may Allah bless 

Wednesday, October 12, 2011

ini ubat untuk kuat dan memujuk hati

assalamualaikum

kejadian semalam memang betulbetul boleh buat su down dan putus asa. sebenarnya su dah mula buat everything. i was starting to find a job. tapi nampaknya permulaan untuk mencari kerja ni tidak bermula dengan baik. i am not talking about what has happened yesterday. tapi apa yang dah berjaya membuatkan su tidak menangis menghadapi situasi itu. 

ALLAH. yes, the truth is i keep thinking of ALLAH and i bear in mind that HE is watching me. HE knows everything and HE knows what is best for me. pasti!

Keep thinking of HIM make me stronger. 
and i'm grateful to have my superdad. hehe

petikan status rakan rakan di facebook yang menambahkan motivasi diri saat ini


Ayat seribu dinar 
[ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3]
siapa yang beramal ayat ini Allah s.w.t akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan dan menghilangkan keresahan ketika merasa resah. mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan Allah

  sangat setuju

 source-halaqah.net

Allah will never take away something without giving you something better in its place.
source-iluvISLAM

p/s-bacalah kalau kecewa sebab apa yang dirasakan oleh awak, sama juga yang dirasakan oleh saya. jom senyum! ^_____________^


Sunday, October 9, 2011

Subhanallah

assalamualaikum



malam ni berpeluang melihat cantiknya bulan
terang bersinar cahayanya




Maha Suci Allah :)

::: gambar hiasan semata :::

I think it is really sweet!

assalamualaikum
I just love those words ^__^

********************************************************************


A MUSLIM MAN’S LOVE LETTER

If you love me, don’t confess your love to me through haraam ways,
This won’t please me and will instead drive me away!
Love games don’t attract me.
If you love me, have sabr and I will knock on your door when the time is right.
Don’t give me privileges which I don’t deserve.
Keep me away from you, and I will approach you.
If you approach me, I will stay away from you.
Don’t love me, for I want you ignorant in love.
I want to teach you love when the right time comes and when you will be mine,
Only when we are joined together under our Creator’s satisfaction
Don’t tell me what you feel, don’t give me from your time, don’t push me to lose you.
I am a man who does not want to see the one he loves committing sins or to live a forbidden love behind her family’s back.
I don’t want her to feel guilty and don’t want her heart to suffer.
Put me under limits that I won’t cross, kill me inside you so I won’t grow to kill you.
Preserve what is beautiful inside you.
I want you innocent, chaste, pure.
I want you my love, but with Allah’s blessings and not shaytan’s whisperings.
And then, Only then, I will face everything and will be ready to go through difficulties to get you,
Don’t be easy because then, I may not value you.
Don’t love me now, so I won’t hate you!
My heart wants you and doesn’t want to lose you.
I don’t want you to be just a passing fancy for me,
I want you a wife, a lover, the mother of my children, I want you to be the one I will spend my whole life with.
How could I be a faithful man to you when I try to break your chastity?
How would I be faithful to you if I push you to betray your family?
How could I trust a love which grew under Allah’s wrath ?
To make you mine through niqah is Islam’s way,
Till then wait patiently and donot dismay.
To love you means to protect you,
To Love you is to bring you closer to Allah and HIS deen
To preserve you not to kill what is beautiful inside you.

inshaAllah :’)

I cant approach you now because I know I am not the best of man
InsyaAllah if it is meant to be it will be

source-fizziklyfit

Thursday, October 6, 2011

adakah setiap orang merasakan ini?

assalamualaikum

jubah konvo su pulangkan tadi. entah kenapa sayu je hati. rasa taknak pulang pun ada. dah rasa macam harta penting. ini lah akibat sebab dah lebih sebulan jubah konvo berwarna hijau tu tergantung depan mata. 

oh tadi lepas memulang jubah, su pergi bahagian akademik untuk tuntut traksrip skrol sijil semua lah. masa tekan nombor. . .masa tengah tunggu giliran. . .masa nombor 1076 dipanggil. . .

oh nervous lah hai! tangan dah sejuk! 

kau ni dah kenapa??? HAHAHA

masuk dalam kereta, abah cakap. . ."ok, dah settle semua kan. habis dah kat ukm."
huwaaaa rasa nak nangis

*baru tersedar hakikat itu. i'm done with ukm.


Wednesday, October 5, 2011

Graduation Day [Part 6] : tempat praktikal, yang di belakang

assalamualaikum

bergambar dengan berlatarbelakangkan tempat praktikal 
jubah belum pulang, maka aktiviti bergambar harus diteruskan 

sayangnya tidak dapat bergambar dan bergedik bersama
teman se-praktikal iaitu cik NUR ZULAIKA
adakah beliau akan jeles tatkala melihat gambar ini? HAHAHA


sekian dahulu.
mesti semua dah wondering,
bila nak habes entry 'Graduation Day' ni kan. hehehe 


nis nis

assalamualaikum, buat nis sayang

selamat hari lahir yang ke 22 tahun!
semoga murah rezeki dan cepat bertemu jodoh. amin. 
and i hope you have a great 22nd birthday 
semoga menjadi seorang doktor muslimah yang terulung di abad ini 
^__^

semoga semua yang diimpikan tercapai 
dan berjaya di dunia dan akhirat


with lots of love and hugs,
suraizashaari
:: 5oct11 ::

Saturday, October 1, 2011

Graduation Day [Part 5] : segmen video

assalamualaikum

ok finally dapat jugak upload video.
dah berhari try. line broadband ni alah segan mati tak mahu. 
menuntut kesabaran sungguh la kan

video

video ni su dapat dari ika
katanya, abang dia yang record. 
masa tu dia tengok kat panggung seni.
thanks to you both ^__^

p/s - masa nak tunjuk viedo ni dalam camera dia, ika cakap "su mesti nak kalau tengok ni" haha macam macam su teka. ingat kan gambar apa ke gambar 'siapa' ke kan. oh video on stage rupanya.

Graduation Day [Part 4] : Interview and Majalah UKM

assalamualaikum readers

wah dah 1 Oktober!

siapa ingat lagi interview su untuk majalah ukm hari tu?
ok takpe. tahu korang tak ingat.
banyak lagi benda lain nak kena ingat kan. haha

seperti yang dijanjikan oleh krew sidang redaksi, majalah tu kitorang akan dapat masa hari konvokesyen.
so, yes i got it on my convocation day.
dah letak siap atas setiap kerusi yang ada dalam dectar tu
apa lagi, terus bukak cari muka sendiri HAHA

terdengar suara suara berbunyi, "eh su la!"
dan juga, "su mesti tak sabar nak baca" 
heheh

ok la. beberapa hari sebelum konvo su ada teringat pasal majalah dan jugak interview tu
tapi masa hari konvo, memang tak ingat dah
nervous punya pasal. HAHA
dapat majalah tu pun, bukak kejap then letak bawah kerusi.
siap sedia nak naik stage. cewah

majalah yang di sebelah kiri 
sebenarnya kami semua wonder why gambar jubah konvo fpend yang dijadikan cover. 
kenapa tidak jubah konvo fssk. HAHAHA

cover page pulak gambar baju student lelaki yang pakai masa MMP
hmm kenapa bukan baju student perempuan, kurung biru. heeee

ruangan yang di tengah tengah majalah

Dunia Blog: Suatu Medium Ekspresi Diri

. . . us . . .

my mom asked, kenapa blogger sampai 7 bukan 5 orang je ke hari tu. hahaha
actually, yang 2 orang berdiri kedua dan ketiga dari kiri tu la reporternya yang interview hari tu.
saja join. sebab dorang pun blogger juga. just like us! *wink*


p/s-this is my first entry for this month ^___^