I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, October 28, 2011

bimbang perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu



Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang Kau redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirnya..

Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMu..

Iluvislam


4 comments:

Eyra Gadis said...

suka sangat benda ni. nak curi :)

Belleza~ said...

aha sila sila ^___^

Belleza~ said...

aha sila sila ^___^

Nida said...

Oleh itu jangan biarkan dia terus menunggu... berterus teranglah apa yang tersirat di lubuk hatimu