I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, November 29, 2011

the best way to stay close to someone you love is by...


yup.
this is so true.

Masa depan kita di tangan Allah

assalamualaikum

happy new year to all muslims! selamat menyambut tahun baru hijrah.

sempena maal hijrah, banyak sungguh yang berlaku. perkara perkara yang mengejutkan su sebenarnya. tapi su buat buat tak terkejut je. hahaha. ada gembira dan ada jugak sebaliknya.

taknak lah cerita dekat sini. cukup lah su seorang je yang ingat perkara perkara tu. 

cuma ianya sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan hati. kecewa dengan sikap manusia. belajar tinggi-tinggi, jauh-jauh tapi akal dan fikiran diletak bawah tapak kaki. 

selalu su rasa dunia ni tak adil. ya. ini betul. tapi kena yakin Allah itu Maha Adil. dunia ni tak ada apa-apa untuk dibanggakan.

maka biarlah dia hendak berkata apa sayangku, sahabatku dunia akhirat. terus kuat dan sabar. yes I know it's always easier said than done. but believe me, I know you can. I've been through this too. no matter what happens, or what others think and said about you, i'll always be by your side. I love you soooo much my baby (selalu nak pujuk kena panggil baby hihihi) 

"Ada org yg terlalu khuatir tentang masa depannya.Terlalu bnyk berfikir.Hingga hatinya kalut dan runsing.Otaknya ligat dan jiwanya tidak tenang.Dia terlalu 'mengejar' tetapi tidak pernah puas.Apa yang kita risaukan tentang sesuatu yang ghaib yang bukan dalam kuasa kita?Masa depan itu sesuatu yang ghaib.Ada perkara yg tidak ada,tiba2 Allah adakan.Ada perkara yg sedia ada,tiba2 Allah ambil kembali.Hiduplah besederhana,lakukan usaha yang terbaik,seimbangkan ibadah kita pada Allah,sebarkan kebaikan dan cegah kemungkaran.Usaha dan doa tanpa henti.Masa depan kita di tangan Allah.Usahlah banyak risau.Orang yg dekat dgn Allah,apa sahaja yg dipinta,Allah 'malu' untuk tidak menunaikannya...Dekatilah Pencipta kita!" 
                                 

akhir kata, salam maal hijrah to all muslim readers! may Allah guide us all, forgive us our sins & show us the right path. insha'Allah.

Tuesday, November 22, 2011

segmen video : Yuna - Memo

assalamualaikum


you must watch this video
very cute
very sweet ( ^ ^, )

and you know what . . . 
saya mahukan ianya benar benar berlaku di dunia realiti
HAHAHAHA

tengah tengah tension marah mahupun bengang,
tiba tiba dapat kertas kecik kecik macam tu
terus buat kita SENYUM  : )
bukankah ianya menarik!
kan?

***************************************

Yuna - Memo

I dont mind if you wanna stay
With that smile upon your face
Hang around for a little while
Please dont drive away even for a mile

Different continents
Its not a thing
Coz i know we'll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I'll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I'll be back in your arms
Toegther we'll always be
For what may come
For what may come
I dont mind if you are far away
I'll be waiting for you anway
Under the sky of sunshine o rain
I know 'm gonna be in your arms again

Different continents
Its not a thing
Coz i know we'll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I'll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I'll be back in your arms
Together we'll always be
For what may come

Together we'll always be
For what may come
Together we'll always be
For what may come
For what may come

source - kyrelrosli via youtube.com



saat kita tahu memang bukan dia


" . . . . . kalau ternyata bukan dia
jauhkan kami dengan hati-hati
jarakkan kami tanpa merasa tersakiti
pisahkan dan bantu kami menemukan pengganti " 

Monday, November 21, 2011

Johor-Melaka-PD

assalamualaikum

last Friday, su pergi karnival kerjaya yang dekat PWTC tu. pergi dengan ainaa and thirah. tapi tak ada gambar lah pulak sebab tak sempat pun nak bergambar. sebok bagi resume and sakit sakit kaki jalan ke belakang PWTC tu. dia tak kata awal awal dekat Dewan Tun Razak 1. yang semua orang pergi lah masuk ikut depan PWTC tu sedangkan job festival tu kat belah belakang sana. kalau tahu memang ikut belakang tu je la. ish ish ish. dah berapa banyak resume yang keluar. doakan su berjaya! heheheh. thanks readers!

sabtu pulak pergi Johor. my sis ada MUET dekat UiTM dia. dari Johor singgah Melaka. lepas tu terus ke Port Dickson. tak plan pun. saja abah cakap dah lama tak tengok pantai. haha

guna camera fon pun cantik je gambar. kan? (masuk bakul angkat sendiri kahkahkah)

kalau dapat camera mahal tak tahu la macam mana jadi tah haha

di waktu petang yang indah eceh

suatu petang yang dah nak senja

ira and kak long

ok this is me heheheh

sekian dahulu. nak pergi tengok bola. haha. entah bila pandai tengok bola. mungkin sejak ber-TWITTER. ramai geng twitter selalu tweet pasal bola lalu ter-ber-jangkit dengan su diorang punya semangat hahahah

thanks for coming readers! may Allah bless you all. assalamualaikum

Tuhan tolong aku, juga jaga dia

assalamualaikum

dear you,
please listen to this song


till now I don't really know who you are
and I don't know exactly where you are
I hope you're doing fine and waiting patiently for the right time
yes, I'm here waiting for you too
we will be together when the time comes. inshaAllah



Friday, November 18, 2011

Si Putih Telah Pergi Jauh

assalamualaikum

ya seperti tajuk di atas, Putih kesayangan kami telah mati. beberapa hari yang lepas. sebenarnya su tak rasa sedih sangat pada mulanya. malam tu dia balik rumah berdarah darah dan secara automatik su ambik tisu dan sapu darah dekat mulut dia. sungguh tindakan yang tak terjangkakan. i never expected to do something like that! su takut darah. ngilu je rasa kalau nampak darah. tapi pada hari kejadian dengan selamba je tak ada perasaan terus je sapu darah yang bercampur dengan air liur dia dengan tisu. tak sangka itu perkara terakhir yang su dapat buat untuk tolong Putih.

esoknya, Ira dengan abah bawak dia pergi klinik haiwan dekat Cheras tapi doktor veterinar kat sana tolak dia ke hospital terus. so ira dengan abah bawak dia pergi UPM. then the doctor said dia mungkin kena langgar. pendarahan dalam otak. tulang rahang terbelah dua. tangan dia patah. mata dia dah buta. ya Allah masa tu memang berlinang jugak air mata ni mendengarnya. 

mujurlah su tak ikut diorang bawak Putih jumpa doktor. cukup lah experience bawak Omey tiga tahun lepas. sampai sakit kepala menahan sedih. ira cakap orang yang dekat hospital tu (hospital haiwan jangan bayangkan hospital manusia) pun tak sanggup nak tengok Putih and ada makcik makcik dekat situ yang bawak kucing masing masing pun dah macam nak nangis tengok ira nangis. even doktor pun sedih (doktor perempuan dan muda lagi ok)

masa tu doktor kata ada dua pilihan. sama ada buat operation or just let him die. kalau buat operation pun kita takkan tahu sama ada dia boleh survive or tak after the operation dan hanya akan sakitkan dia. lepas tu mata dia memang dah buta kekal. ok itu sangat menyedihkan kami. doktor cakap nanti lepas pembedahan tu dia akan perlukan perhatian yang sangat sangat dan komitmen kami sebagai tuannya. kalau kami tak mampu, so the doctor said if anything happens to him. . . . .kami yang akan bertanggungjawab dan dipersalahkan secara total.

doktor kata jalan terbaik, kita tamatkan je penderitaan dia. and kak long dengan emak pun buat keputusan yang sama. so the doctor gave him an injection. dia terus tidur lepas tu (sedih sangat dengar ira kata doktor tu suruh dia keluar masa nak bagi injection tu takut karang ira ubah fikiran pulak tak pasal pasal je)

ada video yang su rakam saat saat Putih ditanam. masa tu memang tak tertahan tahan dah air mata ni nak jatuh jugak. dari dia lahir lagi kami jaga dia. dah empat-lima tahun kut umur dia. memang sayang sangat dekat Putih. su ingat nak upload video tu tapi difikir-fikir balik su tak sanggup nak tengok. mungkin orang lain pun tak sanggup nak tengok nanti. 

ini lah Putih. gambar yang dirakam suatu ketika dahulu 

ha yang ni masa dia kecik kecik lagi

ada story pasal Putih yang pernah su post dekat blog ni sebenarnya. antaranya. . . . . . .
Diganggu lembaga..hitam ke putih?
...Hikayat Seekor Putih...
Tiba-tiba je ni..

Saturday, November 12, 2011

Jika arah cinta kita sudah benar

Assalamualaikum
I've found this interesting and beautiful story 'bout love and jodoh.
via Twitter. someone tweeted the link of the blog. and I wanna share it with you people! : )

**********************************************************  

Ada seorang hamba Allah ini. Dia keliru dengan cintanya. Dia amat sedih sekali. Insan yang dicintai sekian lama tidak juga kunjung tiba untuk melamarnya. Insan lain yang tidak pernah dikenalinya pula datang merisiknya. Dia tidak tahu siapa harus dipilih. Lalu dia menangis dalam sujudnya memohon petunjuk daripada Allah dikala itu. Usai doanya dia pun membuka tafsir quran. Berharap sangat sedikit motivasi dari kitabullah itu untuk meredakan kesedihan yang melandanya detik itu. Lalu dibukanya. Terlintas dimatanya satu ayat dari surah An-NahI ayat 92,

“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali…”

Alhamdulillah, Allah masih sudi mendengar rintihan hati kotor ini. Terasalah dia bahawa Allah sedang memujuknya. Teramatlah terharunya insan ini kerana Allah masih sudi mendengar doanya kala itu. Mari kita hayati kisah disebalik ayat ini.

“Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na­mun belum datang seorang pemuda pun memi­nangku…? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?” Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma’zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri.

Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh. Namun sayang usaha si ibu tidak juga menam­pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam­pak batang hidungnya.

Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men­jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?” Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak­hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu ber­sedia menikahi gadis Bani Ma’zhum yang telah tua itu..?

Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka­yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja si jejaka telah berha­sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apa­san dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi­an suami yang tidak tentu ke mana perginya.

Kesedihan dan kemurungan­nya dilepaskan Rithah dengan membeli be­ratus-ratus buku benang untuk di­pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi men­jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be­gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata­kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman) AI-Qur’anul Karim meng­abadikan kisah gadis Bani Ma’­zhum ini dalam surat An-NahI ayat 92),

“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali…”
Yang dimaksud Al­Qur’an dengan ‘wanita pengu­rai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah Al­Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum ter­sebut. Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di­hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su­dah teramat sangat ingin men­dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda:

“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.

Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita un­tuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka­lau ibu Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat­kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sen­diri telah berfirman:

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.

Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma­salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang – wallahu a’lam – sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam ma­salah jodoh malah mem­buat kehidupan selepas nikah jadi tidak seindah semasa masih bujang. Di samping itu kita pun harus tetap men­jaga kemur­nian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring ada­dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita.

Sungguh beruntung se­kali menjadi orang-orang muk­min. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan ber­sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya. Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap te­lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan se­suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut.

Si­kap kita yang paling baik da­lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.

“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)

Akhir sekali kisah Rithah mem­berikan ibrah(pengajaran) kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165). 

Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita. Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi:

Tuhanku Dalam termangu.
Aku masih menyebut namaMu
Walau susah sungguh Mengingat
kau penuh seluruh
Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk
Tuhanku Di pintuMu aku me­ngetuk
Aku tidak bisa berpaling

(dari petikan puisi ‘DOA’ – Khairil Anwar)

sampai begitu sekali dalamnya mencintai Allah dalam sajak tersebut, mengapa kita tidak boleh? Wallahua’lam bisshawab…

From:
Hidayah Naim



source - link

I am a CAT LOVER! seriously.

assalamualaikum

hari tu terbaca pasal kucing adalah haiwan yang bersih. terbaca dekat facebook. posted by AkuIslam.com. so as a cat lover, I think I should share about it here. *wink

this is one of my cat. her name is Nomi. 
as you can see, she's very tiutmiut kan 

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

here is the picture of Tompok and Oren aka Chika. but my sister calls Tompok as Fabregas (I don't know the spelling but you know the football player, Fabregas) hahaha

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

everybody, please meet Melur! such a classic name kan. heheh

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Kabsyah menjawab, “Ya”.

Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.

Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
source -  AkuIslam.com

The Convention on 10 Nov 2011

assalamualaikum

last thursday i went to the PICC Putrajaya  for the Konvensyen Integriti Nasional 2011 with ika.

 Konvensyen Integriti Nasional 2011
Agenda Integriti Nasional: Peranan Generasi Muda
10 November 2011 (Khamis)
Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

 Sesi Dialog
Integriti dan Kejayaan: Di Mana Kaitannya?
Panel: En Noor Irfan Khairi b. Noor Azmi (Usahawan Perniagaan Internet) & Linda Onn (Artis/Usahawan)
Moderator: Shuhaimi  Mohamed (RTM 1)

Sesi Forum
Agenda Integriti Nasional: Relevansi dengan Generasi Muda
Panel: YB Dato' Saifudin b. Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) & Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, USM)
Moderator: Shuhaimi  Mohamed (RTM 1)

Ucaptama YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin 

Persembahan khas oleh Kumpulan Koir Jabatan Ketua Menteri Sarawak





PICC

thanks for dropping by readers!
may Allah bless ^__^

Wednesday, November 9, 2011

bila bukan aku . . .


Ya Allah . . . KAU yang Maha tahu segalanya.

Bila kehadiranku, menganggu hatinya, tidak membawa kebaikkan padanya,maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka.

Bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya maka kau jauhkanlah aku darinya.

Bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya, maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa.

Bila aku bukan yang terbaik, bila aku bukan yang tercatat dalam takdir, dan bila dia berhak kepada yang lebih baik, maka jarakkan kami pisahkan kami.

Jangan menangisi perpisahan, kelak DIA akan gantikan dengan seseorang yang telah tercatat, dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.

source - tersenyum-melihat-langit (via Tumblr)


Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha!

assalamualaikum

my first entry of november!

Selamat Hari Raya EidulAdha to muslim readers!
inshaAllah su balik jerantut. yay!
can't wait to see my atok and wan 
[senyum sampai ke telinga]
^________^