I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, November 18, 2011

Si Putih Telah Pergi Jauh

assalamualaikum

ya seperti tajuk di atas, Putih kesayangan kami telah mati. beberapa hari yang lepas. sebenarnya su tak rasa sedih sangat pada mulanya. malam tu dia balik rumah berdarah darah dan secara automatik su ambik tisu dan sapu darah dekat mulut dia. sungguh tindakan yang tak terjangkakan. i never expected to do something like that! su takut darah. ngilu je rasa kalau nampak darah. tapi pada hari kejadian dengan selamba je tak ada perasaan terus je sapu darah yang bercampur dengan air liur dia dengan tisu. tak sangka itu perkara terakhir yang su dapat buat untuk tolong Putih.

esoknya, Ira dengan abah bawak dia pergi klinik haiwan dekat Cheras tapi doktor veterinar kat sana tolak dia ke hospital terus. so ira dengan abah bawak dia pergi UPM. then the doctor said dia mungkin kena langgar. pendarahan dalam otak. tulang rahang terbelah dua. tangan dia patah. mata dia dah buta. ya Allah masa tu memang berlinang jugak air mata ni mendengarnya. 

mujurlah su tak ikut diorang bawak Putih jumpa doktor. cukup lah experience bawak Omey tiga tahun lepas. sampai sakit kepala menahan sedih. ira cakap orang yang dekat hospital tu (hospital haiwan jangan bayangkan hospital manusia) pun tak sanggup nak tengok Putih and ada makcik makcik dekat situ yang bawak kucing masing masing pun dah macam nak nangis tengok ira nangis. even doktor pun sedih (doktor perempuan dan muda lagi ok)

masa tu doktor kata ada dua pilihan. sama ada buat operation or just let him die. kalau buat operation pun kita takkan tahu sama ada dia boleh survive or tak after the operation dan hanya akan sakitkan dia. lepas tu mata dia memang dah buta kekal. ok itu sangat menyedihkan kami. doktor cakap nanti lepas pembedahan tu dia akan perlukan perhatian yang sangat sangat dan komitmen kami sebagai tuannya. kalau kami tak mampu, so the doctor said if anything happens to him. . . . .kami yang akan bertanggungjawab dan dipersalahkan secara total.

doktor kata jalan terbaik, kita tamatkan je penderitaan dia. and kak long dengan emak pun buat keputusan yang sama. so the doctor gave him an injection. dia terus tidur lepas tu (sedih sangat dengar ira kata doktor tu suruh dia keluar masa nak bagi injection tu takut karang ira ubah fikiran pulak tak pasal pasal je)

ada video yang su rakam saat saat Putih ditanam. masa tu memang tak tertahan tahan dah air mata ni nak jatuh jugak. dari dia lahir lagi kami jaga dia. dah empat-lima tahun kut umur dia. memang sayang sangat dekat Putih. su ingat nak upload video tu tapi difikir-fikir balik su tak sanggup nak tengok. mungkin orang lain pun tak sanggup nak tengok nanti. 

ini lah Putih. gambar yang dirakam suatu ketika dahulu 

ha yang ni masa dia kecik kecik lagi

ada story pasal Putih yang pernah su post dekat blog ni sebenarnya. antaranya. . . . . . .
Diganggu lembaga..hitam ke putih?
...Hikayat Seekor Putih...
Tiba-tiba je ni..

0 comments: