I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, December 7, 2011

Cukup sekadar bicara di hati


Bukan tidak suka.
Bahkan jauh sekali ingin membenci.
Saya cuma tidak kuat ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa.
Lantas kerana itulah saya melarikan diri.
Kerana saya tahu saya bukanlah srikandi yang teguh imannya di hati.
Saya cuma hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini.
Saya tahu amat sukar bagi anda untuk mengerti.
Andai anda ingin melarikan diri.
Tiada lain saya harapkan melainkan diredhakan hati.
Kerana saya tahu,
rencana Illahi adalah sebaik-baik ketetapan buat diri.
Lantas, siapalah saya untuk menyanggahi?
Andai ingin menanti.
Janganlah anda merapati.
Kerana saya pasti menjauhi.
Bukan kerana membenci tetapi
Kerana saya bukanlah srikandi yang tebal imannya di hati.
Buat hati yang menangisi.
Pergilah dikau mencari redha Illahi.

2 comments:

Kutukan Dewata said...

andainya keluh-kesah menerpa dijiwa,
bicara zikirlah ubatnya.
andainya dirimu kekosongan jiwa, solatlah jadi penawarnya.
andainya dirimu kesunyian,nyanyian nasyid jd santapan.
andainya mahu mencari diri sendiri,
carilah dan kenalilah Illahi!

Belleza~ said...

senyum banyak-banyak
terima kasih utk peringatan
^____^