I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, December 31, 2011

Entry 31/12/2011


assalamualaikum

ya . . . . . tahu memang dah lama sangat su tak update blog. ya Allah su baru perasan baru ada TIGA entry je untuk bulan december ni. perkara macam ni tak pernah terjadi. heheh

ok sebenarnya su rasa sebab su dah ada TUMBLR and TWITTER. jadi blog sedikit sebanyak terabai jua. adeh suraiza . . . di mana janjimu yang dulu. cewah. kekeke

hahaha maaf kan saya penunggu gua. isk bajet macam ada orang baca je blog ni ya. eheh. ada kan?? ha sudah sudah stop berangan perasan tak sudah. 

hmm sejak beberapa minggu ni kami satu keluarga macam agak sibuk sikit. kemas kemas rumah, cat rumah, tukar position perabot and everything. sebab hmm . . . sebab dalam dua bulan lagi inshaAllah kami nak terima tetamu. err tak perlulah su perjelaskan dengan lebih lagi rasanya tetamu yang bagaimana. heheh ^______^ [senyum ada makna]

kerja?? belum . . . su masih seronok duduk diam diam dekat rumah. nak keluar rumah tengok matahari pun payah sekarang ni. nak jenguk-jenguk keluar pun malasnya lah hai. kalau abah ajak keluar bayar bil ke apa, memang ambik masa nak siap-siap semata nak keluar. memang rasa KURANG RAJIN tu dah sampai ke tahap petala kelapan. kut. heh!

dan sedang mencuba lagi untuk menaikkan berat dan dah berjaya naik 1 kilo. so total jadi 41 kilo. alhamdulillah. pernah naik 42 kilo after spm duduk rumah macam sekarang ni jugak berbulan-bulan lamanya alih-alih dia turun 40 balik. semoga tak turun lagi lepas nih. usaha kena lebih kan. haha

ada satu soalan penting yang tiba-tiba menjelma di fikiran. "boleh tak kalau taknak kerja, nak kahwin and jadi surirumah sepenuh masa dan jaga anak-anak sahaja? tapi saya mahu elaun/gaji jaga anak tiap tiap bulan macam orang bekerja" HAHAHAH. semua ini gara-gara twitter. setelah setiap hari mengikuti perkembangan kak nurulism di twitter beliau, saya jadi terpengaruh. kekeke. dia juga graduan UKM dalam bidang architecture kut kalau su tak silap. dan setiap hari su tunggu dia post gambar. comeeelllllll sangat anak-anak dia ;)

ok. sekian dahulu entry hujung tahun ni. eh mungkin juga jadi entry terakhir tahun 2011. wow tahun depan su dah 23. nombor 2 dan 3 nampak besar lah bila digandingkan bersama. hahah. 

thanks for reading. may Allah SWT bless you readers. salam ^___^ 

1 comments:

Kutukan Dewata said...

Su,
Ibu yang mendidik anak-anak tak terbayar gajinya dik.ganjarannya ada diakhirat nanti.

didiklah seberapa ramai anak agar jadi yang soleh dan solehah.

memandang wajah keibuan yang tulus lebih bermakna daripada memandang kemewahan duniawi.

Selamat menjadi ibu mithali dik.Amin!!!!