I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, December 15, 2011

Interview Kerja


assalamualaikum

kenapa rasa macam dah lama je tak masuk blog ni. eh bukan ke 'memang' dah lebih seminggu. kira lama la kan. aha jadi lama lama sangat su tak update blog ni sebab kesibukan melanda secara tiba-tiba. semuanya mengejut mengejut je kesibukan ni. 

last week, hari rabu su dapat satu call yang panggil untuk interview. ok kemudiannya di hari jumaat pulak, su dapat surat pos laju yang panggil untuk interview juga. dan kedua-dua temuduga tu diadakan pada minggu ini, yakni pada hari semalam dan hari ini. 

haa maknanya minggu ni su ada dua interview yang berlaku selama dua hari berturut-turut. urghhhhh!!!!! memang tekanan tertekan terkejut tak hilang lagi. sampai sakit sakit kepala tak boleh tidor kau. hahaha

interview semalam, calon yang sangat lah ramai. dan saya merasakan peluang untuk mendapat kerja itu adalah sangat tipis. ya tipis. apsal ayat macam pelik. baru lapan hari tak blogging. dah macam ni? hahaha

interview hari ini, saya kurang yakin. dalam erti kata lain, saya kurang confident. yang ini pun tipis. mungkin juga tak dapat langsung. hahaha. negatif betul pemikiran kau ni suraiza hoi. tidak lah negatif. tapi memang dah dapat rasa. dah boleh tahu. naluri kewanitaan mungkin. ha kau tengok, ayat pelik lagi. kahkahkah

kesimpulannya, su nak pergi mencari part time kerja lah dahulu. sebab dah rasa tak larat nak duduk dekat rumah. dah boring tahap tak tahu nak kata macam mana. ingat boleh gemuk, tapi tak gemuk pun duduk rumah bulan bulan makan tidor sahaja. dah penat tunggu rombongan si dia yang dicinta dalam diam tak sampai sampai juga. hahaha. 

ok see u later readers!!! thanks for reading. may Allah swt bless.

3 comments:

GaD!s_ BuNg@ said...

su..good luck la kalo ade interview lg pasni k...nanti lau free jom tngok wayang ke nk??ombak rindu??

Kutukan Dewata said...

Salam Su,

Su dah berusaha dan berdoa.Bertawakkal lah kepada Allah.
Su perlu yakin.InsyaAllah rezeki Allah maha luas!!Sabar ye Su!!!!!

Nida said...

Insya Allah.. bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. betul tak?

Semoga berjaya