I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, December 31, 2012

The Journey #6

Assalamualaikum

Oppsss gambar lagi! Haih nak buat macam mana. Dah pergi sana asyik nak bergambar je. Jadi banyak la gambarnya. Tujuan sebenar nak belajar ke nak bergambar pun tak pasti. Haha. Yang pasti  anytime anywhere, gambar mesti ada. 


 yang ni masa outdoor game - tarantula. penat jiwa, penat otak, dan penat tangan serta kulit menjadi gelap setelah berjemur di tengah padang ketika terik mentari. time ni belum ke padang. ini di depan class sebelum bergerak ke padang rumput & padang ragut. heheh

p/s - Su in black t and red head! :-P 


sukaaa sangat gambar ni! suka! suka! suka! with yana and sarah


choral speaking! ada video. tapi macam segan je nak tunjuk. sebab su pun terlibat sama dalam ini performance. hehehe. malu la! nanti eh. nanti. =D


 ha that's me! yang di belakang. yang paling hujung sekali. dah penat dan segan. lalu membawa diri ke belakang dewan. hahaha. masa ni semua kena buat - chicken dance! tapi su tak tipu ey. su pun tengah chicken dance tu. hahahahha


ini gambar entah bila. tak ingat. yang pasti dalam class. rasanya masa 1st week su dekat sana


dan...ini adalah gambar di hari terakhir diambil beramai-ramai, together-gather. petang sebelum pulang. dan sebelum acara potong-memotong cake. 


we had a great and wonderful time together
will miss u guys! :)

Wednesday, December 26, 2012

Buku

Assalamualaikum

Saya memang begini. Datang mood nak me-ngapdet belog, memang berderet je la update-nya. 

Ini adalah hasil menggagahkan diri ke Big Bad Wolf Book Sale dekat MIECC ahad lepas. 

Su punya training dekat Nilai habis 22hb. 23hb tu after celebrate adik su punya birthday, gagahkan diri ajak Abah teman pergi book sale tu. Ahad tu dah last day. Takde hari lain dah nak pergi pun. Dah lama nak pergi tapi sebok memanjang. 

Jadi inilah hasilnya! Sebab tak boleh nak berlama-lama dan orang tersangat la ramai, jadi su ambik je mana yang sempat. haha

Tadaaaa!!!



 dua buku kat atas ni bukan su yang beli. ni Kak Yatie yang belikan untuk su. yeay mekaseh mekaseh =)

dan...buku ni yang su tengah baca sekarang. arghhhh tak sabar nak habes!

Happy Birthday to my little sis [eh little ke haha]

Assalamualaikum

Happy 22nd Birthday to my one and only adik Siti Syahirah
May Allah bless you Ira!! *hugs*

red velvet cake



cake ni ditempah khas kat Kak Long Naim, our cousin in law haha boleh pulak kan
boleh klik link ni kalau berkenan nak tempah ke nak order ke [tempah dgn order bukan sama ke]
klik klik klik >>>>>> Ayong'sDelight

chocolate dapat free tau

Ayong's Delight ambik tempahan chocolate, cake, durian crepe, apam polkadot, tart, untuk doorgift, hantaran, etc. etc. Boleh usha usha facebook Ayong's Delight yeh kengkawan. Ceh promote ni 





Yeayyyy sekian sahaja gambar makanan untuk malam ini.
Jangan tengok post ni kalau puasa :-P

The Journey #5


-221212:Sat:LastDay-
3weeks.to.remember.

Assalamualaikum

Sabtu, 22nd Dec adalah class terakhir su di Nilai. Disebabkan ianya adalah last class and last day kami bersama-sama together gather…kami pun bercadang untuk bertukar-tukar hadiah antara kengkawan-kengkawan di dalam class proactive tu.

Dan masa cabut undi su dapat nama Kak Dayang. Hehehe. Tanpa disengajakan dapat nama kawan yang rapat dan jiran sebelah katil. Senang lah macam ni. Terus su sms Mak. Ok Mak cakap pilih nak yang mana nanti Mak balutkan sekali hadiah tu and hantar terus ke Nilai. Wow my mom sangat unexpected. Hahaha

Dan…Kak Dayang still tak tahu su dapat nama dia. Walaupun dah banyak kali jugak nak terlepas cakap dan terbocor rahsia bila Khairun dan kawan2 lain tanya. Hahaaha sempat bagi isyarat mata bila Khairun tanya su bagi hadiah dekat siapa masa Kak Dayang duduk dekat sebelah. Hehehe. Kalau tak, kantoi la!

Nak tahu su bagi apa? Hey mestila tudung dan shawl! Masa borak borak dengan Kak Dayang hari tu dia dah cakap teringin nak belajar pakai shawl. So I apa lagi…terus cakap kat Mak, “Mak….shawl!!!!!!!” Haha

Su pulak dapat hadiah dari Ika. Nak tahu hadiah apa? Ni…kat bawah ni…


Masa nak bukak tu, Yana ada kat sebelah ni. Punya la tak sabar. Nak tolong koyakkan pembalut tu sebab su bukak lambat sangat. Haha. Kak Dayang pun duk tunggu la su bukak. Khairun cakap tah tah dapat buku ‘rahsia mencari jodoh’. Dan su pun cakap, “ish takkan lah!” dengan konfidennya. Bukak bukak je, awak tahu su dapat apa?

Tadaaaaaa!!!


Hahaha pandai orang tu teka! Dan di belakang buku ada chocolate! Hihi thanks Ika! Teringat masa nak balik peluk awak dengan Nad. Sedih! Merah mata korang =(


Banyak kenangan manis + indah + seronok + gembira su dekat sana. Thanks everybody yang menyumbang kepada kenangan indah saya! Sayang semua!

Ni lah ika yang bagi su ‘petua mendapat pasangan’ tu. hehe





The Journey #4


-211212:Fri:Dinner-
3weeks.to.remember.
                              
Assalamualaikum

Entry ini dipenuhi gambar. 

Untuk rakan-rakan yang mungkin terjumpa blog su ni, inilah gambar gambar kita di malam dinner yang ada acting, choral speaking & cha cha slide. Malam semua orang dapat sijil. Malam yang semua orang jadi comel comel belaka. Hehe. Credit to all photographers.


 Mas & Kak Dayang

 Sara, Shira & Ija

 so happening u olsss!

our master of ceremony. in short, MC. haha







 get ready...

are you ready to dance????!!!!

 me with Kak Dayang & Khairun

with Kak Wani

with Kak Dayang (sudah berumahtangga.xboleh masuk line hehe)

with Kak Yatie (sudah berpunya. senang cerita dah ada ehem ehem. so yang ni pun tak boleh haha)

with Kak Yatie and one of the best trainers ever hahahaha

 the boyssss

 menunjukkan taring hahaha

 them

 amboi adib..suap menyuap =D

 love and peace y'all!!!

 us!

 Liza, Rosnah, Syani and Ada

 Hawa & Yana 

The Journey #3


021212-221212.
3weeks.to.remember.

Assalamualaikum

Sebenarnya a few days ago, masih ragu-ragu. Tapi..mak kata, “yakin”. Abah kata, “it’s up to you I’ve no objection”. Haha.  Kak Ita kata, “pilih yang terbaik”.

Su dalam dilemma. Beberapa hari sebelum tu, su buat istikharah. Setiap malam.

29 Nov – Tiba-tiba dapat call. Dengan mengejutnya, nak kena register 2hb. Nak buat keputusan dalam masa yang singkat memang mencabar sungguh kerana kelemahan saya adalah membuat keputusan. Hehe betul la!

Tapi mak kata, kalau dah minta tolong dari Allah, Dia dah buka jalan, Dia dah bagi pertolongan, Dia dah permudahkan…..kenapa nak ragu-ragu lagi.

So, on Sunday, 2nd Dec I’ve met my new friends. Yeay! Haha. Got so many new friends recently. Mula-mula tak seronok. Rasa nak balik. Homesick and everything. Macam perangai budak-budak sebijik. Mak kata, “alaa kejap je.” Tapi sebab dah lama berseronok suka ria di rumah, sekali nak kena duduk hostel balik, rasa macam…arghhhhh! dah tak sanggup!

Tapi…itu cerita masa mula-mula sampai la. Bila dah lama-lama tu, ha mula la rasa seronok pulak. Kawan-kawan best. All trainers’ best. Semua pun best. 1st day, macam biasa mesti kena kenalkan diri. Dah la masuk time orang dah start class. Semua dah saling kenal. Kita je la tak kenal orang dan orang tak kenal kita. Tapi slumber badak je la. Sebab sebelum nak jejak kaki kat sini dah pasang niat pasang tekad awal awal tak mahu buang masa buang tenaga. Nak dapatkan apa yang sepatutnya dapat. Kena ada objektif kena ada matlamat baru la buat kerja tak sia-sia =)

Sepanjang su dekat Nilai, setiap minggu mak abah, Kak Ita dan Nurul sms and call su. Tanya kabar, tanya su ok tak dekat sana, macam mana first day, seronok tak dapat kawan baru, seronok tak belajar, makan apa hari ni, etc. etc. Huuuu terharu sangat sampai malam malam nak tido rasa nak korang masuk dalam mimpi su! Hehehe.

Honestly, sepanjang satu hari yang pertama su attend class tu… Wow! Banyakkkkkkk benda penting yang su dapat. Itu baru satu hari tau. Belum masuk hari kedua, ketiga, keempat… dan seterusnya. Eh senang cerita, bersyukur betul lah dapat peluang  datang sini.     

One cannot change the world. One can only change oneself to influence the world to change.”

Keluar dari comfort zone. Change! Hijrah. Berubah. Cari. Gali [ha yang ni su tambah hehe]. Success is not about what we have, but it’s about our journey, hardship and difficulties in life. Contohnya, awak tahu tak degree tu bukan success. Apa yang dimaksudkan dengan success tu adalah apa yang kita dah lalui, segala kesusahan yang dihadapi masa nak dapatkan degree tu. Focus pada apa yang penting untuk diri kita sendiri. Focus!

[masa su tulis ni, beberapa orang dah stopping by tanya buat apa. adeh nasib baik takde sakit jantung. Hahahahah terkejut. Segan ah tengah tulis blog orang baca. kekeke]

“Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal. Nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.” –Thomas Jefferson

Dan.....akhirnya su sambung tulis dekat rumah. Hari hari terakhir sangat sebuk sampai tak ada masa nak bukak laptop. Ya Allah, sekejapnya 3 minggu!

Sangat banyak benda nak cerita. Tapi biasa la kalau dah SANGAT banyak tu mesti la sampai tak tercerita. Eh kenapa walaupun su tak update blog, still ada orang tu masuk jugak blog su ni. Tak boring ke. Hehehe. Tak tahu la siapa dia tapi su tahu ada orang masuk BANYAK BANYAK kali sejak su tak update blog ni. Hmmm… siapakah kamu my silent reader? Adakah sahabat lama ataupun secret admirer. Eceh hahahaa

In just 3 weeks, I’ve learnt a lot of things. So many things. Tak boleh nak story kat sini. Kena join baru tahu seronok tak seronok. Baru tahu apa yang salah, apa yang betul. Sepatutnya kena buat macam tu, bukan macam ni. Perkara yang kita anggap remeh-temeh dan always take for granted tu la rupanya benda paling penting. Kena fokus. Kena faham situasi. Everything happens for a reason and for a GOOD reason. Yeahhh!! It must be good to you no matter what! =) =) =) Jangan terlalu sedih dan kecewa. Think positive. Positive!!! [imagine su jerit haha]  =) 

Ok cukuplah dulu setakat ni. Tersangat banyak memory dan benda yang su belajar tapi biarlah su simpan dalam my personal jurnal sahaja dan kalau perlu nanti su akan share later. Ok? Ada banyak gambar nak letak ni. Karang tak cukup ruang. Hehehe. Poyo je =P

 We are from England! ehee

 mari susun-menyusun

 moon-light :: cow :: cake :: london :: pen

 light bulb untuk choral speaking

props untuk choral speaking jugak!

Yana bekerja keras warna bendera haaha

 Group : Canada

 spaghetti & marshmallow. yeahhh we did it!!! 

 Group : Spain

 Nadia and Fukushima

 Yana and Thomas Edison

 Me and Nik - Sukarno

 again...

 Mas dan lembunya [yang ala-ala keldai hihihi]

 Group : Australia

 England..!

 Group : France

 Last class with Mr Umar. Me in red

 Last class with Madam Emma. Me, duduk sebelah beliau =)

class malam - cha cha slide practice. yang peace peace is Nadia =D
 with our trainers