I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, January 29, 2012

Wedding and Pink.

Assalamualaikum

Wah baru teringat nak upload gambar kahwin. Eh bukan I punya wedding tau. Ini kawan time zaman sekolah merangkap ‘bekas’ jiran depan rumah punya wedding. Heheh. Kak Mira. Dah lama dia pindah. Wedding ni pun buat kat rumah dia kat Puncak Alam. Suka sangat sebab wedding dia punya theme colour adalah pink. Eheh. Dan pink tersebut adalah pink lembut yang sangat cantik di pandangan mata dan contact lens saya pada hari tersebut. Hahahaha






klik pada gambar untuk tengok gambar besar-besar  okeyhhh . . .

finally . . .

assalamualaikum

quick update!

i've got a job! ala kerja yang su cerita pasal interview dia dalam last update hari tu. tapi tapi tapi . . . su masih belum tahu mahu atau tidak kerja tu walaupun secara unofficially-nya su dah terima. tapi terlalu banyak pros and cons and su perlu fikir sedalam-dalamnya sebelum su terima kerja tu. tapi hari tu dia bagi satu hari je untuk fikir. dah lah su kerja masa tu. memang buat kerja pun macam tak jalan je. su cakap je la su terima. hehe terima je dulu. 

bukan senang nak buat keputusan penting macam ni. mak dengan abah kata tolak je. kak long kata tak payah. me? i don't know. at first, rasa macam ok. tapi fikir fikir balik rasa macam tak ok pulak. oleh itu tunggu apa lagi . . . jom istikharah! ^__^


Wednesday, January 18, 2012

Interview Kerja (Part ii)

assalamualaikum

hi readers!!! how are you doing?

everything is fine?? 

Alhamdulillah :) :) :)


Semalam su pergi interview lagi. Yang ni dalam seminggu dua lagi baru tahu result. Kerja ni cousin su and wife dia yang suruh apply dua bulan lepas. Dan tak sangka dorang panggil interview minggu lepas. Su dapat call masa tengah kerja. Dan semalam su pun attend lah interview tu.

First time kena cakap Spain masa interview. Sebab dalam resume tu su masukkan sekali Bahasa Sepanyol. Haha siapa suruh kan. Tapi sebelum ni temuduga2 yang lain tak ada lagi yang mintak cakap Spain. Hihi. Saja je interviewer tu nak dengar kita cakap Spain kut. Entah. Haha

Lepas dia tanya pasal family, education background etc, haa... kena mengaji pulak tau. Baca al-Quran ya rakan-rakan. Semalam dia suruh baca surah al-Baqarah. Yelaa company tu pun memang kind of Islamic company jugak. Tapi su memang dah expect sebab cousin su dah bagitahu awal awal before su pergi interview semalam. Heheh. Dia siap call bagitahu nak prepare apa untuk interview tu. Aci tak? Aci laa kan. Tahu soalan bocor. Hahaha

Lepas tu lagi, interviewer tu suruh su pergi tengok cawangan/ofis dia kat bawah. Tengok macam mana kerja dorang and suasana dan persekitaran pekerjaan. Lepas tu dia suruh su masuk balik bilik interview tu. Bagitahu pendapat/pandangan su pasal kerja tu and dia nak tahu sama ada su minat ke tak dengan kerja dan suasana kerja macam tu. Yang pelik tu, su sorang je kena turun pergi tengok kerja tu semua. Candidate lain tak pulak. Cousin su pun pelik. Eh pendek kata, semua orang pun pelik la termasuk staff dekat ofis bawah tu. Sampai ada yang ingat su dah dapat kerja and terus kerja semalam jugak. Haha. 

Ok. Su memang tak nak berharap sangat. sebab su jenis yang mudah kecewa. Kalau su dah rasa su nak something tu, su mesti kena dapatkan jugak. Kalau tak, memang akan rasa sedih dan kecewa sangat sangat. Dan ambik masa jugak nak terima keadaan dan hakikat. Haha. 

So i just think that. . . if ada rezeki dekat situ then ada la. If tak ada, then i'm ok with that. Sebab. . . su selalu doa mintak Allah bagi yang terbaik. Jadi kalau Allah tak bagi, bermakna that thing is not the best for me. Teringat Yasmin Mogahed punya lecture, dia kata kita mintak Allah bagi the best for us. Tapi bila Allah ambil something yang kita rasa the best dan Allah bagi something yang kita rasa TAK best, kita marah kita rasa kecewa. Kan? Betul tak? Tapi. . . apa yang kita rasa tak best tu lah sebenarnya is THE BEST yang Allah bagi pada kita. Sebab HE knows BEST right? Walaupun di mata manusia manusia ianya bukan yang terbaik. Tapi Allah dah kata ianya adalah yang TERBAIK. It's THE BEST for us. Maka siapa kita untuk menafikan yang TERBAIK bagi Allah, yang dikurniakan pada kita. Agree with me? :)

Eheh. Ok lah. Su nak siap siap pergi kerja ni. Nanti su update lagi. 

Thanks reader for reading this. May Allah swt gives us the best in life. Amiinn.. ^____^ 

Friday, January 6, 2012

Part-timer! Again...part-timer laaa

assalamualaikum

gambar: bricksz|tumblr

hi hi hi!! [hai hai hai ya maksud dia bukan hihihi cara gelak orang sekarang ya] HAHAHA

yeah finally, i've got a job people! part-timer. eheh. 

macam dapat kerja jadi bos goyang kaki je dari gaya cakap tuh. haha. ye la first time su kerja betul betul ni selalu kerja main main je. takkk . . . su memang tak pernah kerja. after spm ke after asasi ke masa cuti sem ke . . memang tak pernah kerja.

cuba teka dekat mana? eh main teka-teka pulak. bukan. . . bukan dekat area ampang. tapi masih lagi area KL. ye la takkan part time su nak travel jauh jauh pulak kan. heheh

ok sekian sahaja dulu update dari saya. tak boleh nak cerita lagi macam mana first day berlalu. nanti ada orang sama tempat kerja baca belog. haha. nanti su update later okayh! semalam dah start kerja sebenarnya.

Take care people! Have a nice day! May Allah bless :)

p/s-gambar membawa maksud, perjalanan hidup ini masih jauh masih panjang. berliku. perlu sentiasa minta kekuatan dari Allah. ambil yang baik dan buruk sebagai pengajaran dan pengalaman hidup. be positive! :)
   

Monday, January 2, 2012

Entry hari kedua tahun baru & kisah penipuan dalam bisnes online.

assalamualaikum

you can't have a rainbow without a little rain :)

selamat tahun baru 2012 everybody! last time su post entry adalah pada tahun lepas. padahal post semalam je rasa macam lama pulak sebut sebut last year. eheh

tahu tak selama su menceburi bidang perniagaan ni (ecewah dah macam business woman berjaya je bunyinya) baru pertama kali su berjumpa dengan orang yang nak menipu.

dia ni dah lama sms su. start tahun lepas lagi (bunyi macam dah lama sangat je). haha. baru beberapa hari lepas.

jom kita ikuti kisah perbualan mereka berdua menerusi sms. su simpan lagi semua mesej dia tau (bukti)

PA (bukan nama sebenar) : salam. u ada crumple shawl tak [smiley face] kirim to miri. tq
Me : Wamslm. u boleh tengok album sale untuk crumple shawl kat fb fanpage gojes shawl collection. then send to me your name, address and shawl code. ty =)
PA : salam. i click like in your fanpage. kat crumple shawl. i pakai nama P_____ A____. u ada 3pcs each i nak
Me : Ok. tomorrow i check fb k. u nak 3pcs for each shawl kan?
PA : Yes. 3pcs each. now u sale kan
Me : Yup. sekarang tengah sale tapi tak semua ada 3pcs. banyak yang tinggal satu je. i nak habiskan stock. kalau u nak i boleh bagi u semua yang ada ni. dalam 19pcs. tapi i kira harga 18pcs. u nak?
PA : Ok boleh.
Me : Ok nanti i kira dulu semua + postage and everything, i pm u harga. thanks
PA : Ok info me your name and bank akaun [smiley face lagi] saya nak crumple shawl je
Me : (then su bagitahu dia harga, no acc, and nama su. siap dah bagi diskaun harga lagi. dengan 1 free shawl lagi tau)
PA : Ok [lagi smiley face]

Hari lain.

PA : sis i pay u hari sabtu ok
Me : Ok dear! =)

Hari sabtu.

PA : salam. i dah pay u RM ** tadi
Me : Wamslm. ok nanti i check.

Su pun bukak la cimbclicks, tengok tengok tak ada pulak duit masuk. Tunggu lagi. Mana lah tahu system down ke apa. Risau jugak. Duit orang ni. Banyak pulak tu. Hal duit ni bukan boleh buat main. Takut orang tak percaya dah kat kita nanti kalau apa-apa jadi. Memang su dah cuak jugak lah. Dia kata dah bayar tapi su tengok tak ada pun. Lepas dah beberapa kali su keluar masuk acc bank (bukan sekali dua ya, banyak kali su check kut kut sistem tak masukkan lagi ke apa) tapi lepas nak dekat sejam lepas dia mesej bagitahu duit dah masuk, tapi su tengok tak ada pun duitnya, su pun mesej lah dia balik.

Me : Dear, i just checked tapi takde pun RM ** and any transaction masuk hari ni. can u send me payment slip via e-mail or just a picture of it through fon?

Dan . . . sampai sekarang ni (dah hari selasa pun) dia tak balas-balas dah. 

Kalu ikutkan, su memang dah rasa curiga je dengan dia ni dari awal lagi. Sebab masa mula-mula dia mesej tu terus mintak hantar shawl ke miri. Tak introduce diri ke apa. Biasa customer su mesti akan kenalkan diri dorang dulu, at least bagitahu nama. Dia ni, su tanya nama pun tak bagitahu. Masa tu dah rasa lain dah. Lepas tu su bukak facebook dia. Bukan stalk ya, investigate nama dia. Haha. Yang menambahkan rasa sangsi su kat dia bila dia tak upload gambar dia pun kat facebook tu. Yang ada gambar barang-barang macam dia buat bisnes online jugak. Tapi yang buat su rasa pelik bila ada orang comment tanya berapa harga barang dalam gambar tu, dia cakap dia tak jual. Buat apa nak upload gambar macam awak buat bisnes sedangkan awak tak buat bisnes pun?? Sangat pelik. Dah la nombor fon dia pun macam bukan no malaysia. err entah la +673*******

Oleh itu su nak pesan la sikit. Silalah rakan-rakan, tak kesah lah yang ada blogshop ke yang tak buat bisnes ke, berhati-hati lah sentiasa. Tak kira lah dunia maya ke in reality ke, sama je. Manusia ni kan rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Nak untung dengan cara menipu. Kut ya pun, beragak lah sikit. Su takkan post barang kalau tak check dulu customer dah betul-betul bayar ke tak. Rasanya semua yang buat bisnes pun akan buat benda ni. Sangat jelas ya awak telah melakukan penipuan. Konon dah bayar tapi tak bayar. Hey nak ke makan benda haram hasil duit haram jadi darah daging?!! (dia nak beli borong. su yakin dia nak jual balik). Oh hasil siasatan su, dia ada jugak booked tudung ekspres kat blogshop lain. 

Tapi alhamdulillah su tak tertipu oleh dia. Mak pun cakap, patut lah mak rasa tak sedap hati je. Lagi satu, ini bukan bisnes su seorang. Ini bisnes su dengan partner lagi dua orang. Kalau jadi apa-apa, ya ALLAH memang bersalahnya la su dengan dorang. Alhamdulillah sangat-sangat. Biasanya kan, kalau kawan-kawan su yang beli, jarang su check duit dah masuk ke tak. Su main post je. Tu kalau kawan la. Dan rapat. Heheh. Tapi Allah nak su lebih hati-hati lagi lepas ni. Jadi Dia hadirkan orang yang boleh buat su ubah cara pemikiran.  See . . . ada hikmahnya. Alhamdulillah.

Ok. sekian sahaja perkongsian pengalaman su yang berlaku pada tahun lepas (beberapa hari lepas hehe). Thanks guys and girls for reading. Have a nice holiday (ada yang cuti lagi kan hari ni) and may Allah swt bless!