I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, January 2, 2012

Entry hari kedua tahun baru & kisah penipuan dalam bisnes online.

assalamualaikum

you can't have a rainbow without a little rain :)

selamat tahun baru 2012 everybody! last time su post entry adalah pada tahun lepas. padahal post semalam je rasa macam lama pulak sebut sebut last year. eheh

tahu tak selama su menceburi bidang perniagaan ni (ecewah dah macam business woman berjaya je bunyinya) baru pertama kali su berjumpa dengan orang yang nak menipu.

dia ni dah lama sms su. start tahun lepas lagi (bunyi macam dah lama sangat je). haha. baru beberapa hari lepas.

jom kita ikuti kisah perbualan mereka berdua menerusi sms. su simpan lagi semua mesej dia tau (bukti)

PA (bukan nama sebenar) : salam. u ada crumple shawl tak [smiley face] kirim to miri. tq
Me : Wamslm. u boleh tengok album sale untuk crumple shawl kat fb fanpage gojes shawl collection. then send to me your name, address and shawl code. ty =)
PA : salam. i click like in your fanpage. kat crumple shawl. i pakai nama P_____ A____. u ada 3pcs each i nak
Me : Ok. tomorrow i check fb k. u nak 3pcs for each shawl kan?
PA : Yes. 3pcs each. now u sale kan
Me : Yup. sekarang tengah sale tapi tak semua ada 3pcs. banyak yang tinggal satu je. i nak habiskan stock. kalau u nak i boleh bagi u semua yang ada ni. dalam 19pcs. tapi i kira harga 18pcs. u nak?
PA : Ok boleh.
Me : Ok nanti i kira dulu semua + postage and everything, i pm u harga. thanks
PA : Ok info me your name and bank akaun [smiley face lagi] saya nak crumple shawl je
Me : (then su bagitahu dia harga, no acc, and nama su. siap dah bagi diskaun harga lagi. dengan 1 free shawl lagi tau)
PA : Ok [lagi smiley face]

Hari lain.

PA : sis i pay u hari sabtu ok
Me : Ok dear! =)

Hari sabtu.

PA : salam. i dah pay u RM ** tadi
Me : Wamslm. ok nanti i check.

Su pun bukak la cimbclicks, tengok tengok tak ada pulak duit masuk. Tunggu lagi. Mana lah tahu system down ke apa. Risau jugak. Duit orang ni. Banyak pulak tu. Hal duit ni bukan boleh buat main. Takut orang tak percaya dah kat kita nanti kalau apa-apa jadi. Memang su dah cuak jugak lah. Dia kata dah bayar tapi su tengok tak ada pun. Lepas dah beberapa kali su keluar masuk acc bank (bukan sekali dua ya, banyak kali su check kut kut sistem tak masukkan lagi ke apa) tapi lepas nak dekat sejam lepas dia mesej bagitahu duit dah masuk, tapi su tengok tak ada pun duitnya, su pun mesej lah dia balik.

Me : Dear, i just checked tapi takde pun RM ** and any transaction masuk hari ni. can u send me payment slip via e-mail or just a picture of it through fon?

Dan . . . sampai sekarang ni (dah hari selasa pun) dia tak balas-balas dah. 

Kalu ikutkan, su memang dah rasa curiga je dengan dia ni dari awal lagi. Sebab masa mula-mula dia mesej tu terus mintak hantar shawl ke miri. Tak introduce diri ke apa. Biasa customer su mesti akan kenalkan diri dorang dulu, at least bagitahu nama. Dia ni, su tanya nama pun tak bagitahu. Masa tu dah rasa lain dah. Lepas tu su bukak facebook dia. Bukan stalk ya, investigate nama dia. Haha. Yang menambahkan rasa sangsi su kat dia bila dia tak upload gambar dia pun kat facebook tu. Yang ada gambar barang-barang macam dia buat bisnes online jugak. Tapi yang buat su rasa pelik bila ada orang comment tanya berapa harga barang dalam gambar tu, dia cakap dia tak jual. Buat apa nak upload gambar macam awak buat bisnes sedangkan awak tak buat bisnes pun?? Sangat pelik. Dah la nombor fon dia pun macam bukan no malaysia. err entah la +673*******

Oleh itu su nak pesan la sikit. Silalah rakan-rakan, tak kesah lah yang ada blogshop ke yang tak buat bisnes ke, berhati-hati lah sentiasa. Tak kira lah dunia maya ke in reality ke, sama je. Manusia ni kan rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Nak untung dengan cara menipu. Kut ya pun, beragak lah sikit. Su takkan post barang kalau tak check dulu customer dah betul-betul bayar ke tak. Rasanya semua yang buat bisnes pun akan buat benda ni. Sangat jelas ya awak telah melakukan penipuan. Konon dah bayar tapi tak bayar. Hey nak ke makan benda haram hasil duit haram jadi darah daging?!! (dia nak beli borong. su yakin dia nak jual balik). Oh hasil siasatan su, dia ada jugak booked tudung ekspres kat blogshop lain. 

Tapi alhamdulillah su tak tertipu oleh dia. Mak pun cakap, patut lah mak rasa tak sedap hati je. Lagi satu, ini bukan bisnes su seorang. Ini bisnes su dengan partner lagi dua orang. Kalau jadi apa-apa, ya ALLAH memang bersalahnya la su dengan dorang. Alhamdulillah sangat-sangat. Biasanya kan, kalau kawan-kawan su yang beli, jarang su check duit dah masuk ke tak. Su main post je. Tu kalau kawan la. Dan rapat. Heheh. Tapi Allah nak su lebih hati-hati lagi lepas ni. Jadi Dia hadirkan orang yang boleh buat su ubah cara pemikiran.  See . . . ada hikmahnya. Alhamdulillah.

Ok. sekian sahaja perkongsian pengalaman su yang berlaku pada tahun lepas (beberapa hari lepas hehe). Thanks guys and girls for reading. Have a nice holiday (ada yang cuti lagi kan hari ni) and may Allah swt bless! 

0 comments: