I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, January 18, 2012

Interview Kerja (Part ii)

assalamualaikum

hi readers!!! how are you doing?

everything is fine?? 

Alhamdulillah :) :) :)


Semalam su pergi interview lagi. Yang ni dalam seminggu dua lagi baru tahu result. Kerja ni cousin su and wife dia yang suruh apply dua bulan lepas. Dan tak sangka dorang panggil interview minggu lepas. Su dapat call masa tengah kerja. Dan semalam su pun attend lah interview tu.

First time kena cakap Spain masa interview. Sebab dalam resume tu su masukkan sekali Bahasa Sepanyol. Haha siapa suruh kan. Tapi sebelum ni temuduga2 yang lain tak ada lagi yang mintak cakap Spain. Hihi. Saja je interviewer tu nak dengar kita cakap Spain kut. Entah. Haha

Lepas dia tanya pasal family, education background etc, haa... kena mengaji pulak tau. Baca al-Quran ya rakan-rakan. Semalam dia suruh baca surah al-Baqarah. Yelaa company tu pun memang kind of Islamic company jugak. Tapi su memang dah expect sebab cousin su dah bagitahu awal awal before su pergi interview semalam. Heheh. Dia siap call bagitahu nak prepare apa untuk interview tu. Aci tak? Aci laa kan. Tahu soalan bocor. Hahaha

Lepas tu lagi, interviewer tu suruh su pergi tengok cawangan/ofis dia kat bawah. Tengok macam mana kerja dorang and suasana dan persekitaran pekerjaan. Lepas tu dia suruh su masuk balik bilik interview tu. Bagitahu pendapat/pandangan su pasal kerja tu and dia nak tahu sama ada su minat ke tak dengan kerja dan suasana kerja macam tu. Yang pelik tu, su sorang je kena turun pergi tengok kerja tu semua. Candidate lain tak pulak. Cousin su pun pelik. Eh pendek kata, semua orang pun pelik la termasuk staff dekat ofis bawah tu. Sampai ada yang ingat su dah dapat kerja and terus kerja semalam jugak. Haha. 

Ok. Su memang tak nak berharap sangat. sebab su jenis yang mudah kecewa. Kalau su dah rasa su nak something tu, su mesti kena dapatkan jugak. Kalau tak, memang akan rasa sedih dan kecewa sangat sangat. Dan ambik masa jugak nak terima keadaan dan hakikat. Haha. 

So i just think that. . . if ada rezeki dekat situ then ada la. If tak ada, then i'm ok with that. Sebab. . . su selalu doa mintak Allah bagi yang terbaik. Jadi kalau Allah tak bagi, bermakna that thing is not the best for me. Teringat Yasmin Mogahed punya lecture, dia kata kita mintak Allah bagi the best for us. Tapi bila Allah ambil something yang kita rasa the best dan Allah bagi something yang kita rasa TAK best, kita marah kita rasa kecewa. Kan? Betul tak? Tapi. . . apa yang kita rasa tak best tu lah sebenarnya is THE BEST yang Allah bagi pada kita. Sebab HE knows BEST right? Walaupun di mata manusia manusia ianya bukan yang terbaik. Tapi Allah dah kata ianya adalah yang TERBAIK. It's THE BEST for us. Maka siapa kita untuk menafikan yang TERBAIK bagi Allah, yang dikurniakan pada kita. Agree with me? :)

Eheh. Ok lah. Su nak siap siap pergi kerja ni. Nanti su update lagi. 

Thanks reader for reading this. May Allah swt gives us the best in life. Amiinn.. ^____^ 

1 comments:

mylife-mysin-myfate said...

dah lama tak di interview..yang penting ada yakin diri n jadi diri sendiri..good luck