I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, February 25, 2012

...when I stepped in,


At first, the way of your love
seemed easy.

I thought I’d reach
your union
with speed.

After taking a few steps,
I found
the way
is an ocean.

When I stepped in,
a wave swept me away.

~‘Abdallah al–Kirmani

Friday, February 24, 2012

dear heart



Be honest dear heart,
broken and abashed,
how can you still chase love?
Without a drop of water
how dare you enter
the raging fire of love?
Tell me foolish heart,
what can I do with you?

~Rūmī

Tuesday, February 21, 2012

dinner kurang rajin

assalamualaikum

hey su dah balik rumah setelah hampir seminggu merantau. hahaha. bunyik macam jauh sangat je merantau merantau pulak ya. heheh

sambil sambil tengok Vanila Coklat ni sempat pulak update belog. eh kenapa cerita ni best sangat ha. lagu Astrid tu pun best. sangat best. hee..

eh sebenarnya kan, saja je nak upload gambar dinner orang tak rajin malam ni. hahahah

tarrrraaaaaaa!!!!!



eheheh cam ne? nak tak? nak tak? :P

Friday, February 17, 2012

Jahit-menjahit.

assalamualaikum

gambar gambar di bawah menceritakan apa yang telah, sedang, dan akan su buat dalam masa terdekat ni. hahaha. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan . . . . . ^____^ 





untuk pengetahuan, su bukan jahit baju ya. memang dulu ada cakap nak belajar buat baju kurung dengan mak tapi entah macam mana kain yang su beli nak buat baju tu mak su berkenan pulak. maka dah jadi baju beliau dah pun. eheheheh. nanti lah su cari kain lain nak buat belajar jahit baju kurung. 

yang ni su jahit shawl. entah macam mana hari tu timbul idea nak jual customade shawl. biasa pergi cari yang dah siap and jual je kan. sekarang nak try jahit sendiri lah pulak! : )

Wednesday, February 15, 2012

don't quit!

[source: iloveblog]

#just saying randomly : )

Tuesday, February 14, 2012

tak siapa cakap mudah


“sesetengah perkara itu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan “

bukan mudah.
namun bila itulah ketetapan Tuhan
dan itulah kehendak dari aturan-NYA.
maka belajarlah walau penuh kesusahan dan kepayahan.
relakanlah walau diiringi air mata,
dan lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan.

selagi kita tak redha,
hati tak akan tenang.
jiwa tak akan bahagia.

sebab itulah,
cara terbaik untuk melupakan?
adalah dengan redha.
relakan apa yang SUDAH berlaku.

bila kita relakan,
hati akan tenang,
perlahan-lahan kita akan belajar menerima hakikat,
bahawa itulah yang dikehendakiNYA.
dan pada akhirnya nanti, masa akan membuat kita lupa.
Source: tersenyum-melihat-langit

untuk cik beruang, kuatkan hati. kuatkan jiwa. Allah maha tahu. segalanya. [kite ada bahu utk awak.setiap masa]

you'll never know me

[love the picture]

Study me as much as you like, you will never know me, for I differ a hundred ways from what you see me to be. Put yourself behind my eyes, and see me as I see myself, for I have chosen to dwell in a place you cannot see.
-Rumi

Friday, February 10, 2012

Eh siapa yang excited sebenarnya ni

Assalamualaikum

Hai rakan-rakan belog dan pembaca belog sekalian, apa kabar anda? Sihat? Lama kan su tak bertanya kabar. Hehe

Ingat tak job yang su cerita dalam previous entry hari tu. Kan su dapat job tu. But finally I reject the offer. Mungkin bukan rezeki su lah nak kerja dekat situ. Keputusan ni su bukan buat seorang diri dan bukan juga dibuat dalam masa yang singkat. Su dah fikir lama dan dah mintak pendapat ramai pihak. So yes, I know I have made the right decision, inshaAllah. Yakin dengan keputusan ni [keep smiling]

Oh ya . . . sejak beberapa hari ni, kami satu keluarga agak sebuk sikit dengan persiapan majlis seterusnya. Kalau ikutkan pihak yang sebelah sana nak buat bulan depan jugak. Haha tapi mak kata tak sempat lah kami nak buat preparation. Saudara mara ramai. Lagi satu, adik-beradik ayah su je dah lapan orang. Belum campur anak masing-masing lagi. Hahaha bayangkan la ramai tak ramai. Diorang pun tak semuanya duduk dekat dekat area KL ni. Ada yang tinggal kat Kedah, Perak, Pahang. Nak kena bagitahu awal-awal la kan. 

So mak dia pun cakap nak buat bulan lima. Dan masa merisik hari tu dah pun berbincang tarikhnya. Entah bagaimana, jatuh pula di hari lahir saya. Eheheheh. Dan nampaknya, bukan saya sahaja yang akan bergembira [sebab tarikh tu akan diingati oleh orang lain juga] tapi juga disebabkan, ada orang lain yang seakan excited menunggu hari tersebut. Ekekeke

p/s-sekarang ni, seperti dipaksa [oleh somebody], setiap hari nak kena bukak website yang berkaitan dengan 'butik pengantin' etc. nak kena tengok pelamin, gubahan hantaran, etc etc. (teringat pulak zaman belajar, masa jadi rumet nisha. kena tolong dia survey semua semua ni masa dia nak kahwin hahaha)


Thanks for reading or viewing or just coming. 
May Allah bless us all ^__^

Thursday, February 9, 2012

.....that something is wrong.


**************************************
We must also realize that nothing happens without a purpose. Nothing. Not even broken hearts. Not even pain. That broken heart and that pain are lessons and signs for us. They are warnings that something is wrong. They are warnings that we need to make a change. Just like the pain of being burned is what warns us to remove our hand from the fire, emotional pain warns us that we need to make an internal change. That we need to detach. Pain is a form of forced detachment. Like the loved one who hurts you again and again and again, the more dunya hurts us, the more we inevitably detach from it. The more we inevitably stop loving it.
~Yasmin Mogahed

When we...


*****************************************

“When we miss a plane, lose a job, or find ourselves unable to marry the person we want, have we ever stopped to consider the possibility that it may have been for our own good? Allah tells us in the Quran: “…But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.” (2:216)”
— Yasmin Mogahed


Wednesday, February 8, 2012

Menangis

assalamualaikum





ya Allah ya Allah ya Allah

Monday, February 6, 2012

andai ada ingatan tentangku, kumohon ingatlah yang baik-baik sahaja

“manusia berubah mengikut masa
begitu juga aku
dahulunya aku begitu
kini aku begini
kuharap lebih baik dari sebelumnya

namun aku bukan manusia sempurna
yang tak pernah melakukan kesilapan

dulu aku silap
sekarang aku memperbaikinya
dulu aku jahil
sekarang aku mempelajarinya
dulu aku alpa
sekarang aku berwaspada
dulu aku lupa
sekarang aku mengingatinya
dulu bukanlah sehingga kini
bukan juga selamanya untuk aku sebegitu

andai ada janji yang tak tertunai olehku
kumohon lupakanlah ia
andai ada keburukanku ketara
kumohon tutuplah ia,
andai ada ingatan tentangku
kumohon ingatlah yang baik-baik sahaja

teruskanlah kehidupan dengan permulaan yang baru
aku sudah berbeza
sekiranya tersingkap masa silam
pintaku jangan dinilai yang dahulu
nilailah aku yang sekarang
kerana kini yang ada adalah dari-Nya menerusi aku

terimalah keburukan dan kekuranganku agar redha nanti
jangan lihatku pada kelebihanku kerana kemudian bakal kecewa
terima kasih kepada yang memahami”

— #aku dan perbezaan
Source: catatansebutirpasir

Sunday, February 5, 2012

Interview, Exam & Majlis Merisik

Assalamualaikum

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w.



Just nak update sikit pasal kejadian-kejadian minggu lepas.

Su pergi interview hari Khamis lepas dekat Damansara. Yang ini job berkaitan dengan marketing. Dah akak su yang carikan. Ada je berkaitan dengan dia punya job lah kan. Haha. Tapi su memang tak minat and rasa macam tak tahu sangat pasal job macam tu kan. So su try la tanya pasal administration ke or dekat HR ke. Tapi dia kata tak ada vacancy pulak. Walaupun pada mulanya memang macam nak letak su kat HR je. Pointer dah bagus dia kata. Haha. Tak apa lah. Tak ada rezeki dekat situ. Jauh lah pulak kan, Ampang-Damansara.

Sekarang ni kan su memang suka sangat pergi interview. Kalau boleh tiap-tiap minggu tu biarlah ada interview yang su boleh pergi. Kalau tak, macam nak demam. Kekeke

Sabtu pulak, pergi exam SPA. Untuk jawatan apa, korang try la search dekat google. Mesti keluar punya kerja apa yang ambik exam semalam. Heheh

Oh hari ni pulak, dekat rumah ni ha dah ramai dah pun. Ada majlis merisik. Kan ada tiga anak dara kat rumah ni. Ha merisik siapa agaknya ya? Ehe. Mak De dengan Mak Usu berserta family dah sampai. Tengah tunggu atok from Gopeng and Seremban ni. Atok and wan from Pahang tak dapat datang sebab wan tak sihat. Nak datang jauh-jauh susah la kan. Kesian kat wan. Mak Lang yang nak masak kuah kari untuk roti jala pun belum sampai lagi. Macam jauh je. Heheh.

Tetamu belah sana dalam pukul 3 atau 4 karang baru datang. So, nak buat apa ya sekarang? Hmm baju dah siap gosok dah. Malam tadi lagi dah siap semua. Ahahahha

Ok lah nanti su update lagi!

Have a nice day readers. Banyakkan selawat jom J

Surah Al-Fatihah

assalamualaikum

source - poeticislam

In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful. 
[All] praise is [due] to Allah , Lord of the worlds - 
The Entirely Merciful, the Especially Merciful, 
Sovereign of the Day of Recompense. 
It is You we worship and You we ask for help. 
Guide us to the straight path - 
The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray. 

*********************************

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(source - http://quran.com/1)


p/s- Salam Maulidur Rasul. Mari memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi  Muhammad s.a.w.