I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, February 10, 2012

Eh siapa yang excited sebenarnya ni

Assalamualaikum

Hai rakan-rakan belog dan pembaca belog sekalian, apa kabar anda? Sihat? Lama kan su tak bertanya kabar. Hehe

Ingat tak job yang su cerita dalam previous entry hari tu. Kan su dapat job tu. But finally I reject the offer. Mungkin bukan rezeki su lah nak kerja dekat situ. Keputusan ni su bukan buat seorang diri dan bukan juga dibuat dalam masa yang singkat. Su dah fikir lama dan dah mintak pendapat ramai pihak. So yes, I know I have made the right decision, inshaAllah. Yakin dengan keputusan ni [keep smiling]

Oh ya . . . sejak beberapa hari ni, kami satu keluarga agak sebuk sikit dengan persiapan majlis seterusnya. Kalau ikutkan pihak yang sebelah sana nak buat bulan depan jugak. Haha tapi mak kata tak sempat lah kami nak buat preparation. Saudara mara ramai. Lagi satu, adik-beradik ayah su je dah lapan orang. Belum campur anak masing-masing lagi. Hahaha bayangkan la ramai tak ramai. Diorang pun tak semuanya duduk dekat dekat area KL ni. Ada yang tinggal kat Kedah, Perak, Pahang. Nak kena bagitahu awal-awal la kan. 

So mak dia pun cakap nak buat bulan lima. Dan masa merisik hari tu dah pun berbincang tarikhnya. Entah bagaimana, jatuh pula di hari lahir saya. Eheheheh. Dan nampaknya, bukan saya sahaja yang akan bergembira [sebab tarikh tu akan diingati oleh orang lain juga] tapi juga disebabkan, ada orang lain yang seakan excited menunggu hari tersebut. Ekekeke

p/s-sekarang ni, seperti dipaksa [oleh somebody], setiap hari nak kena bukak website yang berkaitan dengan 'butik pengantin' etc. nak kena tengok pelamin, gubahan hantaran, etc etc. (teringat pulak zaman belajar, masa jadi rumet nisha. kena tolong dia survey semua semua ni masa dia nak kahwin hahaha)


Thanks for reading or viewing or just coming. 
May Allah bless us all ^__^

2 comments:

ainaaamira. said...

Wahhh. Kak Long kahwin bulan 5 ni ke Sue ? Eh kahwin ke tunang ? Hari tu tunang kan ? Ke risik je. Hahaha. Confuse. Kalau birthday Sue....5hb ! Kan ? Hehehe.

Belleza~ said...

Ainaa

Ehheheheheh. Nanti kita tengok ya siapa yg kawin siapa yang tunang. Hahaha