I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, February 5, 2012

Interview, Exam & Majlis Merisik

Assalamualaikum

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w.



Just nak update sikit pasal kejadian-kejadian minggu lepas.

Su pergi interview hari Khamis lepas dekat Damansara. Yang ini job berkaitan dengan marketing. Dah akak su yang carikan. Ada je berkaitan dengan dia punya job lah kan. Haha. Tapi su memang tak minat and rasa macam tak tahu sangat pasal job macam tu kan. So su try la tanya pasal administration ke or dekat HR ke. Tapi dia kata tak ada vacancy pulak. Walaupun pada mulanya memang macam nak letak su kat HR je. Pointer dah bagus dia kata. Haha. Tak apa lah. Tak ada rezeki dekat situ. Jauh lah pulak kan, Ampang-Damansara.

Sekarang ni kan su memang suka sangat pergi interview. Kalau boleh tiap-tiap minggu tu biarlah ada interview yang su boleh pergi. Kalau tak, macam nak demam. Kekeke

Sabtu pulak, pergi exam SPA. Untuk jawatan apa, korang try la search dekat google. Mesti keluar punya kerja apa yang ambik exam semalam. Heheh

Oh hari ni pulak, dekat rumah ni ha dah ramai dah pun. Ada majlis merisik. Kan ada tiga anak dara kat rumah ni. Ha merisik siapa agaknya ya? Ehe. Mak De dengan Mak Usu berserta family dah sampai. Tengah tunggu atok from Gopeng and Seremban ni. Atok and wan from Pahang tak dapat datang sebab wan tak sihat. Nak datang jauh-jauh susah la kan. Kesian kat wan. Mak Lang yang nak masak kuah kari untuk roti jala pun belum sampai lagi. Macam jauh je. Heheh.

Tetamu belah sana dalam pukul 3 atau 4 karang baru datang. So, nak buat apa ya sekarang? Hmm baju dah siap gosok dah. Malam tadi lagi dah siap semua. Ahahahha

Ok lah nanti su update lagi!

Have a nice day readers. Banyakkan selawat jom J

0 comments: