I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, March 10, 2012

next. . .hantaran!

assalamualaikum

ahad lepas su, kak long and mak pergi Nilai cari barang untuk gubahan hantaran. abah tak ikut. ira balik uitm. so kami bertiga je la yang pergi shopping shopping membelanjakan duit tahap tak ingat. hahaha. seriously nasib baik abah tak ikut. kalau tak . . . . .habesss. ehehe

dari pagi sampai malam tahu. pukul 10 malam baru sampai rumah. penat tak payah cerita laa. boleh dikatakan semua kedai yang jual barang nak gubah hantaran kitorang masuk. dan setiap kedai yang kitorang masuk tu, ada je barang yang dibeli. bayangkan la betapa banyaknya sampai tak muat kereta. nasib baik la su tak berapa nak besar sangat boleh la mencelah kat celah celah barang tu.

sejak kitorang pergi shopping shopping tu kan, setiap hari mak su suruh su bukak website hantaran hantaran bagai. uish sebenarnya sebelum tu lagi dah. haha. cuma sekarang ni lagi kerap. sebab nanti hantaran tu kitorang buat sendiri. mak su memang gubah hantaran kalau family nak kawin ke tunang ke. biasa makcik and pakcik su kawin, tak ada orang lain yang buat. so mak cakap takkan lah time anak sendiri mak tak boleh buat. cuma nak cari fresh idea katanya, tu yang nak kena tengok contoh hantaran zaman sekarang. hehehe. tapi kan, dalam keterujaan su nak menggubah hantaran tu semua, ada masanya tak berapa nak rajin jugak bukak website macam tu. so nanti mak pun online lah sendiri and tunjuk contoh contoh hantaran. dia takkan puas hati selagi kita tak tengok. hahaha nampak tak keterujaan mak saya mengatasi keterujaan anaknya. kekeke

ok ini contoh sahaja. sempat su capture masa kat kedai hari tu. hehe

p/s - jangan lupa klik sini ! thank you!

0 comments: