I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, March 26, 2012

Tak sangka.

assalamualaikum

lamanya su tak update blog. sebenarnya beberapa minggu lepas dah berlakunya satu kejadian yang sangat memeranjatkan su dan jugak kawan-kawan asasi dan warga UKM yang lain. berita kematian zara dan ayah dia. su tahu pasal tu bila terbaca post facebook zati (kawan dan rumet su masa asasi dulu) yang jugak kawan baik zara.


arwah zara ni sama-sama masuk ukm jugak after asasi dan dia satu fakulti dengan su. dan kitorang satu kelas bahasa sepanyol masa dekat ukm. dia memang friendly dan baik sangat. masa tahu pasal berita ni, memang terkejut tu tak payah cakap la. terkejut sangat. lepas tu tengok berita tv3 tengah hari tu pun keluar cerita yang sama. buletin utama malam tu pun jadi tajuk berita utama.  

semoga roh arwah dan bapanya ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh. Al-Fatihah.

0 comments: