I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, May 8, 2012

Rya Hana, This is For You : )

assalamualaikum

alhamdulillah. setiap tahun dan setiap kali hari lahir su rasa bersyukur sangat sangat dan gembira yang tak terhingga. tiada hadiah dan sambutan meriah. hanya ingatan, ucapan dan doa yang dikirimkan dah boleh buat su gembira sampai nak menangis. terharu. sangat. dan hari ni hari lahir Mak su. memang bahagia. tiap tiap tahun sambut birthday sama sama : )

dan hari lahir tahun ni memang betul betul bermakna. seperti yang sudah diketahui semua [eceh ayat macam karangan spm dah ni haha] hari lahir su tahun ni disambut sekali dengan majlis pertunangan kakak su. jadi ianya sangat sangat membahagiakan, menggembirakan dan menyeronokkan hahaha. sepanjang satu hari tu, memang agak sibuk. tapi sempatkan jugak nak curi curi masuk fb and twitter. hehe. 

haaa antara birthday wishes yang buat su paling terkesan sampai terduduk su dibuatnya dan menangis juga adalah dari seseorang yang jauh. tapi dekat di hati su. rasa sangat sangat terharu dengan apa yang anis tulis dekat facebook. speechless. tak sangka anis ingat dekat su sampai macam tu sekali. su pun dah tak ingat pasal bookmark tu but i do remember the book :' ) 

mula mula kenal anis dekat friendster. masa tu baru lepas spm. anis add su as friend and su approve dengan seronok walaupun masa tu tak kenal. tapi lama lama kitorang jadi rapat and kirim kirim hadiah and rindu bila anis fly to egypt. mula mula anis masuk matrik. tapi tiba tiba anis pergi mesir masa tu su ingat lagi su dah risau nanti mesti lost contact dah dengan anis. tapi rupa-rupanya tak. anis call su dari jauh dan kita sms dan chatting jugak. sampailah sekarang. macam yang anis cakap, walaupun tak pernah jumpa face to face but this friendship sangat sangat bermakna untuk su. su sayang persahabatan ni dan su sayang anis. walaupun kadang kadang ada masa tak ter-tanya kabar berita, tapi kamu masih sentiasa di ingatan. 

su still simpan sms anis 2tahun lepas. 7:45 pm. 09.03.2010. ingatan penting yang menguatkan semangat. terima kasih anis. sayang anis banyak banyak. rindu sangaaaattt...sekarang rasa nak nangis :"(


i love this. and you too. 
ehem nis, macam dah dekat je bunyinya tu. nanti kita jumpa masa kenduri anis ya. semoga cepat cepat! : )




salam rindu, salam sayang, salam kasih,

  siti suraiza shaari  ♥  080512           

0 comments: