I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, June 29, 2012

Jika dia..




Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia.. Tabahkan hatinya, teguhkan imannya, sucikan cintanya dan lembutkan rindunya. Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia.. Penuhi hatinya dengan kasih-Mu, terangi langkahnya dengan nur-Mu. Ya RABBI, kutitipkan cintaku pada Mu untuknya.. Sampaikan rinduku pada rindunya dan bimbinglah cintaku dan cintanya.. Satukan hidupku dan hidupnya dalam cintaMu, kami ingin syurgaMu dengan kasih sayang. Sungguh aku mencintai dirinya keranaMu Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu, berilah aku pilihan yang terbaik buatku. Dengan ilmu yang ada padaMu, dan aku memohon kekuasaanMu untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu.


[source- twitter DyraHadi]

Thursday, June 28, 2012

Jeng Jeng Jeng :D (Part 2)

assalamualaikum

hari ini sepanjang hari meluahkan kreativiti hahaha ayat apa ni
takkk...su dengan mak dari pagi tadi dah start gubah hantaran
kali ni memang originally hand-made okeyh
kitorang buat dengan tangan sendiri aksesori aksesori untuk gubahan ni
sampai merah merah jari i tell you hahaha



 ini semua su buat tau. 
seriously dawai dawai tu sedikit sebanyak me-lebam-kan jari jari halusku ahahahahhaha
*apa punya caption daaa


ha yang ni mak buat. 
su try try, aishhh mahu esok baru siap hehe


yaayyy finally dua dulang done!
eheh baru dua dah kecoh satu belog


Tuesday, June 26, 2012

Jeng Jeng Jeng :D

assalamualaikum

eh ini entry terkejut dan mengejut. tapi sila la jangan terkejut. HAHAHA. 
ingatkan nak senyap senyap je post gambar after majlis. 
tapi takpela kita tunjuk sikit lah ek. hehe





p/s-ini bukan kak long punya. kak long inshaAllah tahun depan :) 
jadi siapa punya? aha biarlah rahsia!

Wednesday, June 20, 2012

As much as you can. Always.





Monday, June 11, 2012

mimpi tak seindah realiti



Sunday, June 10, 2012

yang terpenting..



Aku ingin kamu; menjadi pendamping hidupku. Meluruskan kesalahan, mengingatkan kekhilafan, menemani dalam kegelapan, dan yang terpenting; mendekatkanku pada Tuhan.

tak pernah sama

[pict: muslimahs-worldwide.tumblr]


Friday, June 8, 2012

Benar.



Wednesday, June 6, 2012

Jom beli! Jom Shopping!

Assalamualaikum

Marilah meng-klik link link di bawah untuk shopping shopping,

ataupun klik je facebook badge su kat sebelah kiri tu then inbox terus order awak dekat su. 
senang dan pantas!



Inner - RM 10 / pcs




Shawl Code BW - RM 16 / pcs



Shawl Code DT - RM 16 / pcs


p/s-kalau nak tengok gambar yang lagi clear boleh bukak fanpage Gojes Girl Collection ya

Tuesday, June 5, 2012

Ku Yakin Berlaku

Assalamualaikum.

setelah hampir sebulan membawa diri menghilang dari dunia maya [eceh ayat tak boleh blah ni haha] bukak bukak je facebook........wah bukan main ramai lagi kawan kawan fb dah naik pelamin. bukan setakat kawan sekolah, kawan ukm, kawan belog pun ada jugak. senang cerita, penuh gambar pengantin je dekat fb tu selain di belog belog. wah wah wah.

awal bulan Julai ni inshaAllah my cousin pun akan bernikah jugak. cousin yang kecik kecik zaman sekolah dulu selalu kongsi katil and bermain bersama. eheh. cousin su ni muda dua tahun ya dari su. ehem ingin ditekankan di sini bahawa su tidak mengalami sebarang perasaan cemburu yang melampau ya pada saat ini. eh ada la sikit. sikit JE hahaha

dan my uncle juga akan melangsungkan pernikahan pada bulan Ogos nanti. beberapa hari after raya inshaAllah.

lepas tu kan, dapat pulak sms dari kawan sekolah rendah pukul 5.10 petang tadi yang berbunyi,
Sekapur sireh seulas pinang semekar senyum seikhlas hati dengan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi kami mempersilakan _______ serta keluarga untuk memeterai tambatan janji izin berwali ijab bersaksi termaktub niat suci Norhazira & Abd Hafiz pada 9 hb Jun 2012 bertempat di Dewan Sri Budiman, Jerantut, Pahang

hahaha apakan daya semua orang sudah bertemu jodoh. semoga bahagia kalian sampai ke syurga! 


eh su nak bagi lagu ni dekat seseorang
selalunya su dengar lagu ni time nak tido. eh tapi takde la selalu. kadang kadang je haha


untuk seseorang yang masih belum saya ketahui siapa, sedang apa dan di mana. 
ewah dah macam tajuk lagu sammy simorangkir pulak ni.

Ira's convocation day

My younger sister's convocation day
16 May 2012






Assalamualaikum. tahu tak setiap kali hantar ira balik uitm, tiap kali tu jugak rasa nak menangis. rasa sayu je. rasa macam dulu dulu. semua kenangan datang depan mata. ira duduk kolej mawar. bila naik bilik dia, uish memang tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. jujurnya, zaman belajar dekat uitm [walaupun setahun je] sangat sangat banyak bagi kenangan manis dekat su. walaupun ada jugak pahitnya. pendek kata macam macam pengalaman lah dekat situ sepanjang satu tahun tu. zaman nak kenal orang. kenal dunia luar. kenal ragam manusia. yang paling buat su rasa rindu sangat zaman belajar dekat situ sebab kawan kawan. kawan yang su takkan jumpa kat tempat lain dah kut. semoga kita semua berjaya dan bahagia dengan hidup masing masing. love and miss u all "the single" [walaupun dah ramai yang tak single dah haha]