I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, July 12, 2012

Jangan Dekat Jangan Rapat :P

Assalamualaikum

Petang petang tadi tak tahu nak buat apa, Su bukak website Ustazah Fatimah Syarha. Dah lama tak masuk blog dia sejak Su tukar layout blog habis semua bloglist terhilangkan secara tak sengaja. So nak tahu Su dapat apa? Su dapat ni.....meh nak kongsi ramai ramai. Meh tengok meh! :D



"Kalau awak nak saya... Awasss jangan dekat, dapatkan secara terhormat!"
[cuba dengar pada minit ke 05:34]

Tengok cara Ustazah cakap. Cecomel je kan. Sweet orangnya. Lepas tu kan, yang Su suka bila dia cakap, perlu letak cinta Allah nombor satu. Dan kita ada wali. Kalau ada yang minat, sila jumpa wali. Guna cara terhormat bukan datang dekat dekat rapat rapat ecewah yang tu Su tambah kekeke

[gambar sekadar hiasan]

Monday, July 9, 2012

My Cousin's Wedding [Part III]

Assalamualaikum

Ini adalah entry versi album gambar.  
Majlis Perkahwinan Nurafiza & Aman [8/7/2012]


sweet couple. young and married! 
[credit photo: kak lisna]



 











Sabtu, 7/7. Malam. [Sambungan previous entry]
Lepas selesai majlis akad nikah dekat masjid, malamnya Noli (sepupu su merangkap pengantin perempuan) ajak Su tido dekat rumah dia. Katanya tak ada siapa nak teman. Terus kena gelak. Kesian sangat bunyinya tu. Ada pulak tak ada teman. Petang tadi bukan ke dah menikah. Hahhaha. Sebenarnya sebelum tu lagi dia dah ajak. Pendek kata berkali-kali jugak la. Sampai mak andam pun kata, 'lepas ni dah tak dapat nak tido sekali dah.' Masa tu baru rasa betul betul yang sepupu Su ni dah kahwin. Terus dia buat muka sedih and ayat sedih. Haha. Dia antara cousin yang rapat dengan Su adik-beradik. Zaman sekolah dulu selalu dia datang tido dekat rumah Su and banyak benda yang kitorang dah buat sama-sama. Memang lepas ni dah takde lah kan nak bergedik macam dulu dulu. Hahaha

Ahad, 8/7. Hari bersanding.
Lepas Subuh, maka bermulalah 'girls talk' di dalam bilik pengantin. Kitorang tido dalam bilik pengantin uollsss. Haha. Macam macam story keluar. Dah lama tak stori mori gosip gosip sejak masing-masing dah besar ni. Padahal duduk dekat je. 

Yang si pengantin masih lagi dengan rasa tak percaya. Kalau nak tahu cousin Su ni baru 21 tahun sebaya dengan suami dia. Sangat muda kan diorang. Dah nak dekat dua tahun bertunang. Alhamdulillah akhirnya bertemu jodoh jugak. 

Majlis sangat meriah dengan adik beradik ayah Su semua ada. Mak teh sekeluarga dari Kedah pun sampai KL hari Sabtu, so Mak teh Mak lang Mak usu semua ada masa akad nikah dekat masjid. Masa bersanding, atok nenek saudara semua pun ada. Seronok dapat kumpul ramai-ramai. 

Lepas ni ada wedding lagi dalam family. Tahun ni jugak! Excited. Hahaha. Excited laa sebab dapat kumpul ramai ramai lagi untuk next wedding nanti. Can't wait! :D  

Last but not least, kepada pasangan pengantin baru Noli dan Aman selamat menjalani kehidupan berumahtangga, semoga kekal berbahagia, dan sentiasa berada dalam keberkatanNya. 

Nah untuk awak berdua, kak ngah bagi lagu ni

My Cousin's Wedding [Part II]

assalamualaikum

majlis pernikahan sepupu Su berlangsung pada hari Sabtu lepas 7/7/2012.
petang selepas solat Asar di Masjid Al-Aman, Lembah Jaya. 
alhamdulillah sekali lafaz je Aman dah jadi suami kepada sepupu Su, Noli aka Fifi atau nama sebenarnya Nurafiza. 
Tahniah sayang!  



 sedang berdebar. dapat rasakan betapa berdebarnya Noli sebelum diijabkabulkan masa dia pegang tangan Su. dan tak semena-mena I pun berdebar jugak sampai sejuk sejuk tangan I kahkah siapa nak nikah ni oiii 

 hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan

dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. amacam cantik tak air tangan mak i uolsss? hahaha


Sabtu, 7/7. Petang.
Su awal awal lagi dah sampai rumah pengantin. Sebab malam sebelumnya tu, masa hantar hantaran ke rumah dia, dia dah pesan suruh datang awal. Tapi kalau dia tak pesan pun Su memang akan pergi awal jugak. Eheh. Mana boleh lepas moment paling berharga my adik sorang nih. Masa Su sampai rumah dia tak ada siapa pun lagi. Masa tu dia tengah tunggu Kak Lis (mak andam) yang tak kunjung tiba sampai mendatangkan kerisauan dan menambahkan ke-nerves-an pengantin. Entah macam mana, jari pengantin boleh terluka pulak masa dia nak ikat langsir terkena kaca tingkap. Entah sebab neves ke apa Su pun tak pasti. Yang Su nampak darah keluar tak berhenti. Aishhh inikah yang dikatakan darah manis pengantin. Amboiii kau Suraiza.... hahahahahha. Su terdengar mak andam cakap macam tu ya. Heheh. 

Tengah tengah pengantin make-up tiba tiba dapat call dari abah. Abah cakap lambat lagi ke nak siap. Dah pukul 4. Kalau ikut plan, nak kena gerak ke masjid dah. Sebelum tu pun Su dah turun bawah pergi khemah nak ambil tudung pengantin dekat kereta mak andam. Masa tu pun dah jumpa abah dekat bawah and dia pesan suruh cepat cepat. Ayah pengantin pun dah banyak kali keluar masuk bilik tengok anak dia dah siap ke belum. Hahhaha. Tengoklah bapa dan bapa saudara pengantin. Saja je nak cepat. Padahal dalam hati excited siapa tahu. Hehehe. 

Lepas dah siap semua, kitorang turun sekali dengan mak andam. Tu pun sambung touch up dekat kereta dia. Haha. Tengok tengok semua dah masuk dalam kereta. Tunggu nak gerak je. Yang kita dengan pengantin ni sebok duk betulkan itu ini tak puas hati lagi. Tak masuk masuk jugak kereta. Semua orang duk pandang je ni. Abah pun dah panggil. Tahu la abah jadi saksi. Dia nak sampai masjid cepat... I know abah. I know. Sila la sabar kejapppp je. Heee.... Pengantin masuk kereta ayah dia and Su dengan mak pengantin naik dengan ayah Su. And you know what... masa dah sampai masjid pun kitorang duk sebok touch up pengantin lagi. Like seriously? Hahahahha

Disebabkan ini adalah pernikahan pertama cucu perempuan arwah tok dan nenek, ianya adalah sesuatu yang penting dan pertama kali dalam keluarga besar kami. Ini pertama kali Su duduk di sebelah pengantin perempuan saat majlis pernikahan. Jadi peneman dan pengapit sementara. Sungguh, I pun neves uollss. Haha.

Dengar khutbah nikah dan tok kadi bagi nasihat sikit beserta lawak jenakanya, mungkin pengantin lelaki boleh relax sikit kut. Heheh. Tapi bila sampai part serius, berdebar je rasa. Entah masa pergi kursus tak dapat perasaan macam ni. Bila dah dengar betul betul time orang nak nikah ni, sungguh rasa diri belum bersedia ke arah itu. Ya Allah besar sangat tanggungjawab bila dah kahwin nanti. Melainkan Allah dah bukak hati dan Encik Jodoh saya dah sampai membawa seribu satu keyakinan untuk saya bergelar isteri. Ewah ewah kau tulis novel ke belog Suraiza??!! Hahaha

Alhamdulillah, dengan satu kali lafaz Aman Shah selamat bergelar suami kepada Nurafiza. Masa tu memang nampak semua orang menghela nafas lega dan bersyukur sangat. Termasuk mak pengantin perempuan dan juga ibu mertuanya. Yang best pengantin lelaki mengalirkan air mata masa dipeluk oleh ayah, mak dan kakaknya. Wah saat itu, siapa tengok mesti menangis I tell you. Sebak dan terharu.

Alhamdulillah. Dapat 'sepupu-ipar' lah saya buat kali pertama [untuk keluarga sebelah abah]. 

p/s-entry bersambung. majlis bersanding pula :)

My Cousin's Wedding [Part I]

assalamualaikum

entry ni mengandungi gambar gambar hantaran yang telah digubah oleh Emak saya dan juga saya. ecewah. selama ni duk cakap buat hantaran macam buat hantaran sendiri je gayanya. sampai ada yang hantar mesej, inbox, twitter tanya siapa yang punya. tapi su cakap rahsia dulu. heheheh. sorry geng. dah tak rahsia dah. hantaran tu semua adalah untuk perkahwinan sepupu Su semalam :) kitorang buat untuk kedua-dua belah pihak sekali.


















p/s-entry bersambung. ada cerita di sebalik cerita. masa hari nikah dan sanding. dan juga gambar gambar.