I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, July 9, 2012

My Cousin's Wedding [Part II]

assalamualaikum

majlis pernikahan sepupu Su berlangsung pada hari Sabtu lepas 7/7/2012.
petang selepas solat Asar di Masjid Al-Aman, Lembah Jaya. 
alhamdulillah sekali lafaz je Aman dah jadi suami kepada sepupu Su, Noli aka Fifi atau nama sebenarnya Nurafiza. 
Tahniah sayang!  



 sedang berdebar. dapat rasakan betapa berdebarnya Noli sebelum diijabkabulkan masa dia pegang tangan Su. dan tak semena-mena I pun berdebar jugak sampai sejuk sejuk tangan I kahkah siapa nak nikah ni oiii 

 hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan

dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. amacam cantik tak air tangan mak i uolsss? hahaha


Sabtu, 7/7. Petang.
Su awal awal lagi dah sampai rumah pengantin. Sebab malam sebelumnya tu, masa hantar hantaran ke rumah dia, dia dah pesan suruh datang awal. Tapi kalau dia tak pesan pun Su memang akan pergi awal jugak. Eheh. Mana boleh lepas moment paling berharga my adik sorang nih. Masa Su sampai rumah dia tak ada siapa pun lagi. Masa tu dia tengah tunggu Kak Lis (mak andam) yang tak kunjung tiba sampai mendatangkan kerisauan dan menambahkan ke-nerves-an pengantin. Entah macam mana, jari pengantin boleh terluka pulak masa dia nak ikat langsir terkena kaca tingkap. Entah sebab neves ke apa Su pun tak pasti. Yang Su nampak darah keluar tak berhenti. Aishhh inikah yang dikatakan darah manis pengantin. Amboiii kau Suraiza.... hahahahahha. Su terdengar mak andam cakap macam tu ya. Heheh. 

Tengah tengah pengantin make-up tiba tiba dapat call dari abah. Abah cakap lambat lagi ke nak siap. Dah pukul 4. Kalau ikut plan, nak kena gerak ke masjid dah. Sebelum tu pun Su dah turun bawah pergi khemah nak ambil tudung pengantin dekat kereta mak andam. Masa tu pun dah jumpa abah dekat bawah and dia pesan suruh cepat cepat. Ayah pengantin pun dah banyak kali keluar masuk bilik tengok anak dia dah siap ke belum. Hahhaha. Tengoklah bapa dan bapa saudara pengantin. Saja je nak cepat. Padahal dalam hati excited siapa tahu. Hehehe. 

Lepas dah siap semua, kitorang turun sekali dengan mak andam. Tu pun sambung touch up dekat kereta dia. Haha. Tengok tengok semua dah masuk dalam kereta. Tunggu nak gerak je. Yang kita dengan pengantin ni sebok duk betulkan itu ini tak puas hati lagi. Tak masuk masuk jugak kereta. Semua orang duk pandang je ni. Abah pun dah panggil. Tahu la abah jadi saksi. Dia nak sampai masjid cepat... I know abah. I know. Sila la sabar kejapppp je. Heee.... Pengantin masuk kereta ayah dia and Su dengan mak pengantin naik dengan ayah Su. And you know what... masa dah sampai masjid pun kitorang duk sebok touch up pengantin lagi. Like seriously? Hahahahha

Disebabkan ini adalah pernikahan pertama cucu perempuan arwah tok dan nenek, ianya adalah sesuatu yang penting dan pertama kali dalam keluarga besar kami. Ini pertama kali Su duduk di sebelah pengantin perempuan saat majlis pernikahan. Jadi peneman dan pengapit sementara. Sungguh, I pun neves uollss. Haha.

Dengar khutbah nikah dan tok kadi bagi nasihat sikit beserta lawak jenakanya, mungkin pengantin lelaki boleh relax sikit kut. Heheh. Tapi bila sampai part serius, berdebar je rasa. Entah masa pergi kursus tak dapat perasaan macam ni. Bila dah dengar betul betul time orang nak nikah ni, sungguh rasa diri belum bersedia ke arah itu. Ya Allah besar sangat tanggungjawab bila dah kahwin nanti. Melainkan Allah dah bukak hati dan Encik Jodoh saya dah sampai membawa seribu satu keyakinan untuk saya bergelar isteri. Ewah ewah kau tulis novel ke belog Suraiza??!! Hahaha

Alhamdulillah, dengan satu kali lafaz Aman Shah selamat bergelar suami kepada Nurafiza. Masa tu memang nampak semua orang menghela nafas lega dan bersyukur sangat. Termasuk mak pengantin perempuan dan juga ibu mertuanya. Yang best pengantin lelaki mengalirkan air mata masa dipeluk oleh ayah, mak dan kakaknya. Wah saat itu, siapa tengok mesti menangis I tell you. Sebak dan terharu.

Alhamdulillah. Dapat 'sepupu-ipar' lah saya buat kali pertama [untuk keluarga sebelah abah]. 

p/s-entry bersambung. majlis bersanding pula :)

0 comments: