I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, July 9, 2012

My Cousin's Wedding [Part III]

Assalamualaikum

Ini adalah entry versi album gambar.  
Majlis Perkahwinan Nurafiza & Aman [8/7/2012]


sweet couple. young and married! 
[credit photo: kak lisna]



 











Sabtu, 7/7. Malam. [Sambungan previous entry]
Lepas selesai majlis akad nikah dekat masjid, malamnya Noli (sepupu su merangkap pengantin perempuan) ajak Su tido dekat rumah dia. Katanya tak ada siapa nak teman. Terus kena gelak. Kesian sangat bunyinya tu. Ada pulak tak ada teman. Petang tadi bukan ke dah menikah. Hahhaha. Sebenarnya sebelum tu lagi dia dah ajak. Pendek kata berkali-kali jugak la. Sampai mak andam pun kata, 'lepas ni dah tak dapat nak tido sekali dah.' Masa tu baru rasa betul betul yang sepupu Su ni dah kahwin. Terus dia buat muka sedih and ayat sedih. Haha. Dia antara cousin yang rapat dengan Su adik-beradik. Zaman sekolah dulu selalu dia datang tido dekat rumah Su and banyak benda yang kitorang dah buat sama-sama. Memang lepas ni dah takde lah kan nak bergedik macam dulu dulu. Hahaha

Ahad, 8/7. Hari bersanding.
Lepas Subuh, maka bermulalah 'girls talk' di dalam bilik pengantin. Kitorang tido dalam bilik pengantin uollsss. Haha. Macam macam story keluar. Dah lama tak stori mori gosip gosip sejak masing-masing dah besar ni. Padahal duduk dekat je. 

Yang si pengantin masih lagi dengan rasa tak percaya. Kalau nak tahu cousin Su ni baru 21 tahun sebaya dengan suami dia. Sangat muda kan diorang. Dah nak dekat dua tahun bertunang. Alhamdulillah akhirnya bertemu jodoh jugak. 

Majlis sangat meriah dengan adik beradik ayah Su semua ada. Mak teh sekeluarga dari Kedah pun sampai KL hari Sabtu, so Mak teh Mak lang Mak usu semua ada masa akad nikah dekat masjid. Masa bersanding, atok nenek saudara semua pun ada. Seronok dapat kumpul ramai-ramai. 

Lepas ni ada wedding lagi dalam family. Tahun ni jugak! Excited. Hahaha. Excited laa sebab dapat kumpul ramai ramai lagi untuk next wedding nanti. Can't wait! :D  

Last but not least, kepada pasangan pengantin baru Noli dan Aman selamat menjalani kehidupan berumahtangga, semoga kekal berbahagia, dan sentiasa berada dalam keberkatanNya. 

Nah untuk awak berdua, kak ngah bagi lagu ni

0 comments: