I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, August 14, 2012

Puasa

[source: xo-aciahs-xo.tumblr]

assalamualaikum

dah dua minggu masuk bulan ogos baru nak tulis entry baru. dah sebulan lebih kut tak post entry. ada ke orang datang belog ni banyak banyak kali tapi takde update jugak. su yakin sangat memang ada! hahaha 

sebab kita semua masih lagi di bulan ramadan dan masih berpuasa, belum lambat lagi rasanya nak ucap selamat berpuasa untuk semua. maklumlah awal awal puasa hari tu takde entry pulak kan hehe. oleh itu selamat berpuasa dan selamat memperbanyakkan ibadat di bulan mulia ni :)

lagi beberapa hari je nak raya. dan su tak rasa excited pun ni. cuma kenkadang excited tu datang bila teringat nak balik kampung jumpa atok wan. 

sebenarnya su sangat mengharapkan dapat puasa penuh tahun ni. eh jangan ingat orang perempuan semua tak dapat puasa penuh. memang lah ada time Allah bagi cuti tapi sila faham tak semua perempuan Allah bagi cuti masa bulan ramadan. ada yang Allah bagi cuti nak dekat2 masuk ramadan dan awal2 syawal. ha sila faham. tak faham jugak lantak kau lah. hahahaa. su pernah mengalami perkara ni untuk 2-3 kali ramadan jugak. memang rasa bersyukur Tuhan je yang tahu. tapi bila Allah bagi cuti masa nak dekat2 raya lagi2 dalam 10 malam terakhir ni....hmmm. tapi tapi tapi bila difikir-fikirkan mesti ada hikmahnya jugak. Allah maha adil maha pemurah. adalah bahagian kita masing masing walaupun tak dapat solat tak dapat puasa di hari hari akhir ramadan ni kan. banyak lagi perkara lain yang kita boleh buat untuk dapat pahala :) *eh takla. bukan cakap pasal tuan belog. memang bukan 

eh ada siapa siapa yang dah tengok iklan raya bernas? su first time tengok hari ahad baru ni kat TV3. iklan yang sangat menyentuh perasaan. huwaaa su nangis teresak-esak tengok iklan tu. memang sedih sangat sangat. kisah anak yatim yang balik raya tumpang lori sebab tiket dah habis [tinggal satu je tiket] dia balik kampung bawak kawan dia. yang sedih tu ingatkan dia balik rumah jumpa mak rupanya pergi kubur mak dia. Ya Allah awak tahu su taip ni pun nak menitik air mata bila teringat. sedih sangat. yang buat kita rasa tak sanggup nak tengok tu, dua orang budak tu oku. sorang tu ada masalah mata dan sorang lagi percakapan dia kurang jelas. siapa hati dia tak keras, su yakin mesti nangis tengok iklan tu. mungkin hati keras pun boleh nangis. su sangat sensitif kalau tengok hal-hal berkaitan anak yatim yang hidup susah atau budak-budak yang tak dapat makan. jadi drama-drama silalah hentikan adegan anak-anak tak makan, baru nak makan nasi dah kena tepis dengan mak tiri, anak-anak yang kebuluran dan sebagainya. saya tak sanggup nak tengok. ya, walaupun drama. tak tau nak cakap sedih tu macam mana. jadi bersyukurlah kita yang ada mak abah, dapat makan, hidup selesa, pendek kata semua ada. 

p/s-suka pulak lagu teman pengganti. cuba dengar!

2 comments:

Kutukan Dewata said...

SALAM SU,

SELAMAT HARI RAYA SEMOGA SU BAHAGIA DAN CERIA SELALU!

Belleza~ said...

Wa'mslm.

Selamat hari raya juga
terima kasih