I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, December 26, 2012

The Journey #1



Cerita 2 bulan lepas.
241012.Wed.8 Zulhijjah 1433.

Assalamualaikum

Rindunya blog. Kesian blog. Lama tak update. How are you readers? Eh tu pun kalau still ada lagi readers lah. Ehehe takde pun takpe sebab salah sendiri lah lama tak update senyap menyepi diri. But, I’m sure there is someone yang suka je masuk belog ni walaupun su tak update. Ahahahha I know tak payah nyorok nyorok. Su tau ada silent reader. Su tau siapa. Su ada sixth sense. Ceh sixth sense konon. Tarik rambut karang baru tau sixth sense tak sixth sense.

Last few days, su baca balik novel Contengan Jalanan. Tapi su baca 2nd story pasal K². Fend dalam cerita K² ni kan buat su teringat kat someone la. Memang terbayang orang tu bila su tengok watak Fend. Walau tak sama 100% tapi perwatakan Mohd. Affendy Shahabudin boleh buat su bayangkan ‘dia’ dalam Contengan Jalanan ni. Kenapa? I don’t have the answer!

:: Life is full of changes. And surprises. And the inexplicable(s).
[Contengan Jalanan-Hlovate. II-K² 131]

:: Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat. [Contengan Jalanan-Hlovate. I-Fend 83]

Petang tadi pergi Shah Alam ambik adik. At the same time, su bukak lappy dan hantar application tu. Mak kata, cuba. Bukan susah pun nak CUBA. TRY. TEST. Buat baru tahu boleh tak boleh.  Walau tak yakin, tapi tak salah cuba. Su selalu fikir kenapa tak cuba kalau kita boleh. Memang sangat rugi tak cuba if we have a chance to try. Kan? Buat apa yang kita perlu buat. Selebihnya bukan kerja kita. Kerja Tuhan.

“Sekali-kali jangan berputus asa. Mencuba itu lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru, jangan sekali-kali mengaku kalah dengannya.” -Ustazah Pilihan Firuz

Tak lama lepas su attach the application via e-mail, su dapat sms. Mengejutkan, dalam satu jam lepas su hantar emel tu… terus dapat jawapan!


251012.Thurs.9 Zulhijjah 1433.

Assalamualaikum

Semalam masih berfikir-fikir. Betul ke nak pergi ni? Boleh ke? Mampu ke? Yakin ke? Eh dah setapak melangkah…takkan nak berhenti.

Tak boleh jadi ni. Ambik buku, study. Bukak oasis, tengok. Macam nak exam je rasa. Hakikatnya ‘exam’ yang ini lebih penting berbanding exam yang betul-betul tu. Elok pulak waktu macam ni oasis punya rancangan macam berkaitan je dengan ‘exam’ hari ni. [andaikan je exam walaupun bukan.hehe.sorry tak boleh nak cakap lagi]. Buatnya keluar soalan soalan yang sewaktu dengannya, haih takkan nak senyap je saling renung-merenung dan bertentang mata. Hahahaha

Orang tengah sebok buat persiapan nak raya. Mak tengah blend apa tah kat dapur. Tapi yang kita ni tak dengar bunyi apa pun. Bayangkan la betapa fokusnya mengadap buku mengadap tv. Eh su tahu mak tengah blend tu pun sebab su tanya bila masa mak buat semua benda [bahan] nak buat rendang and kuah kacang semua. Mak kata dari tadi duk buat takkan tak dengar. Hahaha. Ya. Memang su tak dengar apa pun. Su masuk dapur dengan muka terkejut tak sangka betul mak dah buat semua tu. Biasanya su yang suka sebok sebok kat dapur. Eh senang cerita, sebelum raya su la yang paling sebok sekali gedik gedik kat dapur tu hahaha. Tapi disebabkan petang nanti su ada ‘exam’ penting (but it’s not an exam actually), tak dapat la nak gedik gedik macam biasa.

Sampaikan su kena gelak dengan pakcik [yang call mak dari kampung] pagi tu sebab mak bagitahu tak dapat balik lagi hari ni. Balik esok [pagi raya] sebab petang tu su ada ‘exam’. Dia gelak and cakap, “orang sebok nak raya, dia ada ********* pulak.”

Secara jujurnya, su tak rasa nak raya pun!

Petang.
Akhirnya berjaya jugak su melepasi tempoh satu jam tiga puluh lima minit tu dengan jayanya. 2.40 pm sampai 4.15 pm tu berjaya diharungi dengan konfidennya. Eheh

Malam. 8.02pm.
Assalamualaikum. With Allah blessing…
Alhamdulillah. Sungguh pantas. Tak disangka. Hati su tak payah cerita la. Berbunga-bunga. Haaha


261012.Fri.10 Zulhijjah 1433.

Assalamualaikum

Balik kampung di pagi raya. Sampai je buat operasi kemas-mengemas. Then masak rendang. Kuah kacang dah masak siap kat rumah lagi. Petang tu, jiran depan rumah [Tok Mat] buat korban dua ekor lembu.

Nurul sms ajak datang beraya rumah dia kat Gelangi. Buat nasi briyani katanya. Tapi apakan daya, satu hari tu kepenatan melampau. Malam tu terus tumbang sampai esok pagi baru sedar diri. Hahaha

Salam Aidiladha!

0 comments: