I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, December 26, 2012

The Journey #5


-221212:Sat:LastDay-
3weeks.to.remember.

Assalamualaikum

Sabtu, 22nd Dec adalah class terakhir su di Nilai. Disebabkan ianya adalah last class and last day kami bersama-sama together gather…kami pun bercadang untuk bertukar-tukar hadiah antara kengkawan-kengkawan di dalam class proactive tu.

Dan masa cabut undi su dapat nama Kak Dayang. Hehehe. Tanpa disengajakan dapat nama kawan yang rapat dan jiran sebelah katil. Senang lah macam ni. Terus su sms Mak. Ok Mak cakap pilih nak yang mana nanti Mak balutkan sekali hadiah tu and hantar terus ke Nilai. Wow my mom sangat unexpected. Hahaha

Dan…Kak Dayang still tak tahu su dapat nama dia. Walaupun dah banyak kali jugak nak terlepas cakap dan terbocor rahsia bila Khairun dan kawan2 lain tanya. Hahaaha sempat bagi isyarat mata bila Khairun tanya su bagi hadiah dekat siapa masa Kak Dayang duduk dekat sebelah. Hehehe. Kalau tak, kantoi la!

Nak tahu su bagi apa? Hey mestila tudung dan shawl! Masa borak borak dengan Kak Dayang hari tu dia dah cakap teringin nak belajar pakai shawl. So I apa lagi…terus cakap kat Mak, “Mak….shawl!!!!!!!” Haha

Su pulak dapat hadiah dari Ika. Nak tahu hadiah apa? Ni…kat bawah ni…


Masa nak bukak tu, Yana ada kat sebelah ni. Punya la tak sabar. Nak tolong koyakkan pembalut tu sebab su bukak lambat sangat. Haha. Kak Dayang pun duk tunggu la su bukak. Khairun cakap tah tah dapat buku ‘rahsia mencari jodoh’. Dan su pun cakap, “ish takkan lah!” dengan konfidennya. Bukak bukak je, awak tahu su dapat apa?

Tadaaaaaa!!!


Hahaha pandai orang tu teka! Dan di belakang buku ada chocolate! Hihi thanks Ika! Teringat masa nak balik peluk awak dengan Nad. Sedih! Merah mata korang =(


Banyak kenangan manis + indah + seronok + gembira su dekat sana. Thanks everybody yang menyumbang kepada kenangan indah saya! Sayang semua!

Ni lah ika yang bagi su ‘petua mendapat pasangan’ tu. hehe





0 comments: