I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, December 27, 2013

It happens. Sometimes.


source- stellablu


Friday, December 20, 2013

I Read I Learn.

Assalamualaikum

Hari tu pergi Mid Valley semata nak jalan jalan tengok buku dekat MPH. Dah lama sangat tak masuk kedai buku since tamat belajar. Big Bad Wolf Book Sale tu tak masuk cerita ya. Eheh. Berjam-jam jugaklah bertapa dalam MPH tu tak keluar-keluar. Sebab dah bertapa bertahun segunung intan kat dalam tu la hanya satu buku sahaja yang berjaya dibeli akhirnya.

Tada!




Anthem by Hlovate.
My favourite writer/novelist ever.

Walaupun identiti beliau sangatlah mysterious, but still she’s one of the best. Confident je she is she. Hehe. Tapi berdasarkan novel2 beliau yang semuanya telah pun berada di dalam koleksi, I’m sure she’s a girl.

Dan macam biasalah, ingatkan kita lah orang pertama yang beli hasil karya terbaru Hlovate ni. Sekali tengok cetakan ke-10 dah kau. Keluar pun bulan September. Apa ke die-hard fan namanya kalau begini. Buat malu je hahaha

Eh tak kisahlah. Janji dah dapat. Dah habis baca. Dah muhasabah diri jugak. Hehehe. Rugila kalau tak dapat apa-apa lepas baca kan. Novel Hlovate ni sebenarnya boleh jadi novel ilmiah plus tarbiah yang berguna tahu. Cubalah baca kalau tak percaya. Su dah baca sejak zaman asasi kut. Eh ke zaman sekolah. Eh yeke.. Tahla. Tapi memang dah lama sangat dah. Entah macam mana boleh terbeli secara tidak sengaja. Lepas tu, buat promosi dekat kawan2 suruh baca novel Hlovate sampai ada yang tanya su, “Hlovate ada keluar novel baru tak?”

Eh I dengan Hlovate belum jadi member lagi. Hahaha

Ok sudah. Mari tengok apa yang buat su bersemangat je lepas baca novel beliau yang ni.

 “Kalau nak hasil, kena usaha. Untuk berusaha, namanya perlu melawan tali-tali yang mengikat daripada terus maju ke depan. Usaha yang bukan main-main. Usaha yang melawan susah dan payah, usaha yang sampai lelah.”
-M/s 510.Anthem.Hlovate.

Dan tentulah banyak lagi benda2 lain yang entah macam mana boleh kena terus hidung sendiri. Macam nak menangis pun ada. Sungguh la…

Lepas beberapa hari su pergi bertapa bertahun segunung intan dekat MPH hari tu, rajin pulak kaki ni nak ke book store lagi. Mula2 rasa nak pergi Kinokuniya, KLCC [tempat kerja part time dulu2 eheh] tapi tetiba tak rajin pulak nak pergi jauh2. Lalu langkah kaki dihala menuju ke Popular, Ampang Point [keluar ayat novel pulak dah kenapa]

Dan su jumpa lagi satu novel tarbiah yang memang best I tell you.

Tada! Lagi sekali..


Tuhan Lebih Saintifik
Tulisan Dr. Farhan Hadi

Cerita tentang fahaman dan kepercayaan masyarakat – Islam, Ateis dan Kristian.
Bantu kita untuk lebih faham Islam dan muhasabah diri banyak-banyak lepas tu. Sungguh cakap ni tak tipu.

Dan novel ni satu-satunya novel yang su bawak ke hulu ke hilir dan baca dekat mana pun su pergi. Tak sabar nak habiskan. Sebab lepas baca 1 mukasurat, kita rasa macam nak tahu sangat the next page cakap apa. Tak boleh tunggu. Haa macam tu lah menariknya novel ni. 

Tapi tak boleh lah nak cerita semua kat sini. Kena lah beli kalau nak tahu. Hehe

Ok lah. Nanti su update lagi!

Tata. Bye bye. Adios. Salam. 

Wednesday, December 4, 2013

Silence.

source - lovetohold|tumblr



Tuesday, November 26, 2013

Majlis Pernikahan & Perkahwinan Sepupu [16 Nov 2013]

Assalamualaikum

Kakak saudara su [merangkap my business partner also known as kak de awin in the family] telah pun selamat melangsungkan pernikahan beliau pada 16hb yang lalu. Alhamdulillah sekali lafaz sahaja kak de telah pun bergelar isteri kepada abang de sayuti. [mak suka sangat nama abang de ni, kak de sila baca. eh mak usu pun suka HAHAHA]

Majlis berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi meriah dengan majlis pernikahan pada sebelah pagi dan disusuli dengan majlis meraikan pengantin pada sebelah petang. Walaupun hujan lebat, tak putus2 tetamu datang. Makin lebat hujan, makin ramai yang sampai.

Sehari sebelum majlis, memang sebok lah kami kami ni kan [kami kami merujuk kepada mak ngah’s family and also mak de’s family hehe]. Dengan bantuan daripada kawan kak de, iaitu kak yan [chinese girl tapi masa kak de nikah, dia siap pakai tudung I tell you sweet giler dan tetiba nama dia jadi nurul ain haha] kitorang pun berjaya menyiapkan candy booth and guestbook booth tengah malam tu jugak walaupun masing2 datang dah lewat. Yelah, jumaat tu memang hari orang kerja lagi kan.

Tengah sebok dengan doorgift. Nasib baik dapat dinding haha

Masa ni jalan keluar dah ditutup oleh kak ngah liza, so terpaksa lah duduk diam2 kat situ tapi tangan tak boleh diam sebab banyak lagi belum isi

Kak ngah liza yang tudung biru-pink-purple, gambar dari belakang je eheh sorry kak ngah [sebenarnya macam tak selesa panggil kak ngah, macam panggil diri sendiri je hehe]

Homemade chocolate [made by kak long naim] belum masuk dalam paper bag

Dah siap! 


Dalam kotak, atas kotak, atas kerusi, bawah meja, atas meja. Penuh!

Ibu mengandung tolong susun hantaran depan pelamin

Sebab malas nak berinai, ambik gambar dengan pokok inai pun jadi laaa 

Tumpang pelamin jap ehh..kita pun nak rasa jugak hehehe

Pengantin and siblings
Tahniah kak de and abang de!

Ehem nak jugakkk 

With teha and icha

And qila

Bride’s cousin. Ini memang pengantin yang buat sendiri. 

Dan kek pengantin, macam biasa mestilah kak long naim yang buat


Akhir kata, selamat pengantin baru kak de dan husband. Semoga berbahagia dunia dan akhirat. May Allah bless!


Teringat pulak video klip Lee Seung Chul - My Love tu. Tengok banyak kali tak jemu jemu dah kenapa hahaha

p/s - masa majlis nikah kak de hari tu, eh rasa macam nak kawin jugak. mengada tau! 


Saturday, October 26, 2013

#1 Note to Self.

Assalamualaikum readers!

source-tumblr

Dah lama tak blogging. I mean the ‘real’ blogging. Write something not just post anything. Sebelum ni memang su lebih2 kan Tumblr sampai blogspot pun jadi mangsa. Suka sangat buang masa dekat Tumblr. Tak payah banyak fikir. Baca. Akal terima. Masuk jiwa. Reblog. Eheh

Lebih2 lagi bila dah busy ni. Nak buat apa pun terkejar2. Dulu Allah bagi masa lapang, asyik merungut je tak tahu nak bersyukur. Sekarang. Nah rasakan! 

Eh sekarang, dah banyak belajar. Dulu, sikit2 nak marah. Sikit2 naik angin. Sikit2 naik hantu. Sikit2 meradang. Eh itu dululah. Sekarang, Alhamdulillah. Dah boleh sabar. Banyak. Dah boleh dengar orang marah tanpa marah orang tu balik. Dah boleh diam. Dah rasional. Hati dah boleh terima akal. Sebelum ni, akal yang ikut kata hati. Ikut hati, mati. Kan? Ada orang cakap. Bukan su.

What I’ve learnt (for the past few weeks):

1. Don’t be stupid and don’t show your stupidity. Please don’t.

2. Keep learning. Work hard and work smart. Ask if you don’t know and don’t pretend like you know everything or anything in the planet.

3. Jangan marah pada orang yang cuba bantu anda. Bayangkan, awak mintak tolong dia tapi awak marah dia. Eh! Pelik.

4. Kalau orang dah tolong, please say thank you or appreciate what they have done for you. Tak susah mana pun. THANK YOU. TERIMA KASIH BANYAK2. KAMSAHAMNIDA. XIEXIE. SYUKRAN JAZILAN. MUCHO GRACIAS. ARIGATOU GOZAIMAS. Ha susah ke?

5. Tak semua benda yang kita lakukan boleh buat orang senang hati. Suka. Puas hati. Gembira etc etc. Walaupun kita dah cuba, tapi h/she still tak rasa apa yang kita harap dia rasa. Eheh

“Winning hearts is also an art with its own ways and means.” (from the Article Enjor Your Life, by Dr. Muhammad ‘Adb Al-Rahaman Al-‘Arifi)

6. It may be that, there is a thing you like is bad for you and a thing that you really hate is good for you. I need to keep this in mind. Forever. And ever. Hehe

“Do you not know that Allah knows all that is in the heaven and on the earth? Verily, it is (all) in the Book (Al Lawh Al Mahfooz). Verily, that is easy for Allah.” (Qurʾān, al-Hajj 22:70)


I'll finish off with that for now. Thanks for reading. 
XOXO [haha nak jugak] 
: ) : ) : )


p/s- Do you still remember me? Yes, you!

Saturday, October 19, 2013

Maybe.


Source: the-personal-quotes


Like Art.



source: franstar

Att : Anonymous.

Assalamualaikum

Att : Anonymous

Thanks for your concern.
Tak tahu pulak kalau maknanya lain.
Ambil dari Tumblr.
Apa pun, terima kasih atas keprihatinan anda.
I'll delete the previous post untuk kesejahteraan semua pihak. Heheh :P
Semoga tiada sebarang kesalahfahaman berlaku. 


p/s-nak kena tanya cousin su nih. rasanya 'that word' adalah japanese word kut. if i'm not mistaken. kesimpulannya kenalah tanya orang yang fasih cakap jepun, ye tak. eheh

Friday, October 18, 2013

Some Things Are Best Left Unsaid.




source: zaccrenia

Saturday, October 5, 2013

Be Yourself.

source: leilockheart


Saturday, September 28, 2013

Ketahuilah bahawa...


source: fauzan-arif


will come and stay.


sourse: icanread

Monday, September 16, 2013

Tomorrow will be better.




Thursday, September 5, 2013

The hardest part






Kamu.


SOURCE: zarryhendrik


Tuesday, September 3, 2013

#2 Raya

Assalamualaikum


Untuk tahun ni, buat pertama kalinya kami sekeluarga beraya di KL pada hari raya yang pertama. Selalunya tiap tiap tahun akan balik kampung beberapa hari sebelum raya. Mesti. Wajib. Haha. Tapi tahun ni tak dapat sebab kak long beraya di Melaka. Jadi disebabkan mak nak balik kampung dengan kak long dan abang long, so kena lah tunggu diorang. Raya pertama kami beraya dengan mak usu sekeluarga yang dah sampai pagi raya tu. Kebetulan, mak usu pun tak balik beraya ke Johor tahun ni. Jadi takde lah scene sedih sedih ke apa sebab ramai dan meriah jugak raya dekat rumah walaupun buat pertama kalinya beraya tanpa kak long dan tak balik rumah wan dan atok. Heheh

 Birthday cake & hantaran cake

Raya ketiga, kami balik Jerantut with mak usu and family. Balik beraya dengan wan dan atok yang dah lama tak jumpa. Sempat jugak singgah rumah pak cik walaupun balik sekejap je. Mak cik siap buat mee kungfu I tell u. Berkungfu lah kitorang tengah2 hari tu haha

Sempat bergambar kat tepi highway

Balik dari kampung, sesi beraya diteruskan lagi dengan mak usu sefamili. Hehe. Family kitorang memang agak rapat ya. Selalu kalau nak konvoi banyak kereta ni, family su and mak usu mesti ada.

Raya seterusnya, kami ke rumah nek ngah dan tok ngah di Selayang. Lepas tu terus ke rumah onyang (moyang) di Balakong. Dari Balakong, beraya rumah mak usu dekat Putrajaya. Ingatkan dah habis la. Sekali tak habis lagi ya. Haha. Malam tu nenek saudara call suruh pergi rumah dia dekat Kajang. Haaa memang beraya sakan lah gayanya kan. Dah tengah malam baru sampai rumah. Bawak budak2 tu (anak2 mak usu semua tido kat rumah su) hehe

Kat rumah nek ngah kat Selayang

17hb – Majlis pertunangan cousin, kakak saudara su yang kitorang panggil kak de awin. Akhirnya, lepas jadi pengapit kak long hari tu, kini giliran pengapit pulak naik pelamin. Eheh. Tahniah kak de! 


Sebelum acara penting, muka nervous tu. Heheh

Berseri-seri. Sorang seri bakal pengantin. Yang lagi sorang seri ibu mengandung

Cincin dah tersarung di jari 

Saranghae!

All the girls with mom

All the girls with dad – pak ngah & pak de
Abah pakai baju batik, ensem ensem

With family mak de

Disebabkan 18hb adalah hari lahir kak long dan 19hb hari lahir best friend kak de, so kak de pun buat surprise birthday celebration untuk kak long and kawan dia masa majlis pertunangan dia hari tu. Kitorang pun terkejut, bukan birthday girl je yang terkejut haha


Kek rainbow dibuat khas oleh kak long naim.
Boleh check it out dekat fb – Ayong’s Delight kalau nak order

Acara potong kek bersama-sama

Dan… kalau nak tahu, hari tu su ada cakap pasal another wedding in the family kan. Hah WEDDING KAK DE AWIN lah tu. She’s part of the family what. Hahaha. Not me okay. Belum masanya lagi…belum belum : ) [nak tunggu joo won datang meminang memang entah bila lah kan KAHKAHKAH]

21hb – Sesi gathering dan beraya bersama rakan2 baik su masa sekolah menengah aka geng betik. Haha. Siap ada nama geng lagi tu jangan tak tahu. Dorang plan nak datang beraya rumah su. Disebabkan jadual masing2 clash, so terpaksalah datang malam. Asalkan datang. Janji dapat kumpul balik geng betik 4 orang ni dah cukup. Dah lama tak jumpa Huda. Bertahun-tahun dah oi. Ryn and Yana memang wajib lah ada. Borak sakan. Gelak sakan. Su gelak sampai nangis kau. Hahaha macam nak roboh rumah. Dan… ada berita baik nak bagitahu. Yana dah jadi tunangan orang. Afiq, kawan sekolah kitorang jugak. Ala anak cikgu tuu hehehe 

tak....saya tak juling hahaha

haish mata ni degil betul taknak pandang camera dah kenapa

25hb – Celebrate birthday kak long dan abang long. Dua2 lahir bulan ogos. E’eh macam berjanji pulak ya. Yang penting, anak buah sulung kena lahir bulan mei ok. Hahaaha. So macam open house jugak lah hari tu. Ramai yang datang sebab mak masak nasi ayam. Nasi ayam mak kegemaran ramai, resepi rahsia yang sangat sedap sampai boleh makan tanpa henti. Hahaha serius tak tipu.




Sekian sahaja cerita raya tahun ni.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56! MERDEKA!

p/s - tahniah kepada roommate saya, izan yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 17 ogos lalu. cantik sangat izan. macam sherry ibrahim :P