I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, January 1, 2013

Marry someone who...

01/01/13.Tues.21:07.

source : jumasroomxo

Assalamualaikum

awak tahu, su rasa... su banyak terkejut terkejut lah lately. hahaha [ayat apa ni hoi]

terkejut dengan berita perkahwinan dan pertunangan rakan rakan sebaya. [semua dah muka bengang je. ingatkan terkejut apa la] 

seriously, su macam tak sangka. ini betul betul tak sangka. dan terkejut. sangat. kawan kawan sekolah rendah su dulu dah ramai yang mula melangkah ke depan. tapi ini tidak bermakna su melangkah ke belakang. cuma su merasakan yang su terkejut. tidaklah bermakna su merasakan mereka tidak boleh berkahwin. tidak sama sekali. tapi, apa yang su nak sampaikan ni... su rasa su still berperangai macam macam budak budak dan kanak kanak ribena. haha. rasa macam, errrr kenapa semua orang dah nak kawin? 

ok...mungkin 'keterkejutan' ini adalah disebabkan oleh mereka mereka ini akan berkahwin dalam masa yang terdekat ini secara beramai-ramai. [eh ayat apa ni? lagi..] tak...maksud saya, dalam bulan ini sahaja majoriti kawan-kawan akan berkahwin! wow! bukankah itu mengejutkan. hehehe. tapi dalam masa yang sama, ianya adalah berita yang sangat menggembirakan. yes! i'm happy! i'm not jealous. i'm not! hahahhaa

tahniah su ucapkan kepada cik 'a' dgn berita pertunangannya... cik 'd' yang mana majlis pernikahan dan perkahwinannya akan diadakan pada 12hb ni... cik 'w' yang gambarnya disarung cincin sedang berleluasa di mukabuku saya haha... cik 'f' yang juga telah bertunang... dan ramai lagi laa..


source : weheartit.com

teringat masa training hari tu, motivation class yang ala-ala kursus kawin tu [eh yeke haha] trainer tu kata, lepas kawin pun boleh kejar cita-cita, lepas kawin pun boleh jaga parents, lepas kawin pun kita still boleh buat semua benda yang kita nak. yes, it's true...but I think...for me laa...su kalau boleh nak dapatkan dulu apa yang su nak [I want to achieve my goals in life.so many goals and dreams!]. and my family especially mak abah adalah insan yang terpenting dalam hidup su. jadi mereka akan diutamakan dalam segala hal, no matter what. oleh itu, su bercita-cita tinggi nak menjaga mak abah sampai akhir hayat su. maka su telah memikirkan dengan dalam-dalam, kalau su nak berkahwin, su perlukan seseorang yang boleh terima mak abah su dengan sepenuh hati dia dan boleh sama-sama jaga mak ayah kita together-gather. i will take care of your parents and u will do the same to my parents. ok? hehehe

apa yang trainer tu nak sampaikan, dia kata kan elok kahwin awal. boleh dapat anak banyak banyak. hahaha. apakah? ye la... maksud dia begini, su ambik sikit kata-kata dari artikel iluvislam - "Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah S.A.W. Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak yang ramai bagi pasangan yang baik kerana dengan lahirnya ramai anak, maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam." 

kalau su, su pilih untuk capai cita-cita dulu sebelum kahwin. tapi, kalau dah sampai jodoh sebelum tercapai cita-cita...su terima dengan hati terbuka. hehehe. soal jodoh kan dah ditetapkan. kita boleh merancang, selebihnya bukan kerja kita : ) dah ditentukan yang Maha Esa. lagi pun bukan senang nak bina keluarga, nak didik anak-anak, nak jadi isteri, nak jadi menantu, nak jadi kakak ipar mahupun adik ipar.....semuanya perlukan persediaan mental, fizikal, rohani dan emosi. su? i don't think i'm ready! haha

“Marry someone who will make you fall in love with Allah every single day.” : source-tumblrlillah

p/s - selamat tahun baru 2013 readers! thanks for reading :)



for more information on 'how to choose your life partner/husband/wife' click this >> 10 Ways to Avoid Marrying the Wrong Person


1 comments:

eLiza nABILah said...

betul tu..semua orang mcm berlegai nak kawen ramai2...huhu..