I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, March 19, 2013

Dah Lama Tak Blogging Yang Sebenar-benar Blogging


[source-weheartit.com]
  
Assalamualaikum

Sekejap sekejap pandang orang lalu lalang. Sekejap sekejap pandang skrin laptop. Sekejap sekejap tengok jam. Tiba-tiba mak call. “Tak balik lagi ke? Dah nak malam ni.” Terkejut!

Dah lama tak keluar sorang sorang jauh jauh macam ni sejak habis belajar. Tengok. Mak dah risau. Jam baru pukul 7.

Dulu-dulu taklah mak macam ni. Eh itu dulu. Abah sms tanya dekat sana lagi ke, tak balik lagi? Dah kenapa ni. Tetibe rasa takut pulak nak balik, nak tunggu tren dan nak tukar tukar tren sorang sorang bila hari dah nak gelap ni. Huwaaaa apakah!

Dah lama tak keluar rumah sorang sorang dan balik di malam hari. Ya itulah sebabnya. Kalau ikutkan keluar sorang sorang adalah perkara biasa. Tidak berteman. Sejak dulu. Kalau keluar dengan kawan kawan atau sepupu sepupu. Itu cerita lain. Sebab mereka semua memandu saya ke destinasi dan menghantar pulang dengan selamat. Maka bonda dan ayahanda taklah gundah gulana. Eheh

Dan lainlah kalau sudah berteman atau bersuami. Tapi masih belum berteman mahupun bersuami, maka sorang sorang lah membawa diri. Ha ha ha

Sebenarnya di siang hari yang sama, su telah ke suatu tempat yang mungkin mengubah masa depan. Eceh. Entah lah belum tahu mengubah ke tidak. Kan dah cakap ‘mungkin’. InshaAllah setiap usaha tu akan dipandang Allah. Usaha tu penting ya rakan rakan sekalian. Walaupun mengundang air mata tak kira masa dan ketika.   

Su ini orangnya pemilih. Suka memilih. Kalau dirasa yang itu tidak sesuai, maka tidaklah. Kalau dirasa tidak mahu, maka janganlah diharap mahu. Kalau dah nekad, maka jangan diharap berubah kata dan rasa.

Su ini pemarah orangnya. Hal kecik pun boleh jadi besar kalau tak kena gaya. Melenting tak tentu pasal. Marah dan geram senang datang tapi senang nak dipadam. Mungkin ramai yang tak tahu. Tapi kalau yang rapat rapat, mungkin dah rasa penangan. MAAF. Su memang susah nak mintak maaf, susah nak mengaku salah. Tapi su sedang berusaha nak mengubah sikap buruk yang satu ini. Sedar yang diri ni dah semakin dewasa. Perlu bertindak matang seiring usia. MAAF kalau pernah meninggalkan kesan dan rasa.

Kadang-kadang, kita ingat kita dah kenal seseorang tu kan. Kenal sangat. Tapi hakikatnya kita tak kenal dia pun. Langsung tak! Kalau nak kenal orang tu kan, kena duduk dan tinggal sekali dengan dia. Jumpa dia tiap tiap hari. Ya. Masa tu lah nanti awak tahu perangai sebenar dia. Masa tu lah nanti awak tahu perangai sebenar saya. Hahaha apa ni

Mungkin disebabkan oleh pelbagai situasi dan pelbagai ragam manusia yang telah berjaya dihadapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, su rasa dah banyak berlaku perubahan dalam diri. Sekarang ni, tak mudah su nak percayakan orang. Tak senang nak dipengaruhi lagi. Dan yang paling ketara, sangat susah nak berpuas hati dengan sesuatu perkara. Selagi tak dapat jawapan tepat dan yang memuaskan hati, harap bersedia lah menadah telinga mendengar soalan soalan saya. Selagi belum yakin, jangan harap saya boleh angguk dan setuju. Dulu, macam lalang. Ikut je angin tiup. Tapi…tu dulu lah!

Oh! Berita gembira! Cakap dekat mak, izan dah bertunang. Mak kata, “rumet kak ngah semua dah kawin, dah bertunang.” Ya…betul lah tu. 1st rumet, nisha. Dah ada anak sorang. 2nd rumet, izan. Baru je bertunang. And my 3rd rumet, miza. Akan bernikah hujung bulan mac ni. Yeay! Good news everybody! Su pun! He he he.

Cuma tahun belum tahu :P
[sambil dengar lagu One Sweet Day-Mariah Carey ft Boyz II Men] Hahaha

Yang sopan macam Lee Seung Gi
Yang tinggi macam Lee Dong Wook
Yang kacak macam Top Big Bang
Yang cute macam Joo Won
Yang suara sedap macam Yong Hwa
Haisshhh bukan senang nak cari oi…
AHAHAHAHA

2 comments:

eLiza nABILah said...

amboi ciri2 tu cam same je..haha..Su pn minat kpop eh? igt xminat?? hehe.. agak payah la jugak nak cr lelaki cm tu..

Belleza~ said...

semenjak dua menjak ni memang dah jadi minat. sangat! hahaha