I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, April 26, 2013

Class of Logistics and Supply Chain


Assalamualaikum

Akhirnya kami berjaya! We did it! Yeay! Alhamdulillah. Bukan senang nak habiskan course ni. Walaupun sekejap, tapi macam macam dugaan. Fizikal, emosi, semua terganggu. Tapi semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah. 


 Our model project – seaport


 Company name – West Cruise Sdn Bhd
Team members – Me, janna, sharmala, reenuga, tharushini, and shafiq


 Presentation pun ok dan menyeronokkan. Eheh


 With janna, my sweet little darling haha manja sangat ni


 With fiya and janna


 With fiya and sharmala di hari presentation


Mr Gopal. Lecturer yang paling sporting dan sangat memahami students. Suka bagi kata semangat, nasihat, motivasi dan inspirasi. Dan tak lupa juga, banyak kata-kata pujian yang dilemparkan kepada su. Haha. Thank you Sir!



Model project - Warehouse



Company name – Monster Warehouse. Haha comel kan nama company dorang



Model project - Airport



Tak ingat la nama company dorang. Apa lightning tah..haha


Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya. Dapat belajar a lot of things. Dapat tahu banyak benda baru dan dapat belajar ilmu baru. Pengalaman baru. Suasana belajar yang baru. Dapat kawan-kawan baru jugak. Senang cerita, banyak lah yang baru. Hehe

Thanks a lot to all lecturers, staff, captain, judges, and friends…

Sekarang dah boleh fokus perkara lain pulak.
May Allah help me, inshaAllah.


Wednesday, April 24, 2013

Terima kasih untuk doa :)


Fri.190413.

Assalamualaikum



Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga, rakan-rakan, pembaca dan semua yang mendoakan. Ayah su dah keluar hospital. Walaupun belum boleh lagi sebenarnya, doctor tak bagi. Tapi kami dah sepakat. Abah pun dah tak sanggup nak duduk hospital lama-lama. Asyik suruh su pergi kelas, suruh kakak pergi kerja. Nak dekat seminggu kitorang cuti tunggu abah dekat hospital. Sebulan lagi abah kena masuk hospital balik. Mungkin kali ni lebih lama kut. Takpe, yang penting tak sakit dah lepas ni. InshaAllah.. Semoga Allah permudahkan.


Monday, April 22, 2013

Minta doa.


Mon. 150413.

Assalamualaikum

Setelah lebih dari 10 hari ayah su sakit dan ke klinik beberapa kali tapi masih juga belum baik-baik akhirnya kitorang satu family ambik keputusan untuk bawak abah pergi hospital. Mulanya, memang abah tak nak. Dah banyak kali su cakap dekat mak nak bawak abah pergi hospital. Tapi abah tak nak jugak. Dan akhirnya abah dimasukkan ke hospital pada pagi Isnin lepas.

Pertama kali abah dimasukkan ke hospital. Pertama kali kitorang satu family menghadapi situasi begini. Memang su takut sangat pada mulanya. Hari pertama, risau boleh ke abah tidur dekat hospital. Macam mana abah sorang sorang dekat sana. Macam mana kalau tengah malam abah sakit tak boleh tidur dan macam macam lagi kerisauan yang melanda. Sepanjang malam, su, mak dengan kakak dekat rumah tak lena tidur. Kejap kejap terjaga. Abah pun hantar sms pukul 2 pagi, nak dekat dekat subuh, cakap tak boleh tidur. Kami lagi lah. Macam mana nak tidur. Macam macam fikir.

Awak tahu, su rasa takut yang amat sangat buat pertama kali dalam hidup su sepanjang 24 tahun ni. Disebabkan tak boleh tidur, su bangun mandi dan solat. Minta Allah permudahkan semuanya. Memang tak boleh nak berfikir dengan betul. Rasa takut je sepanjang hari. Dapat rasa kerisauan mak tiap kali mak bersuara. Dapat rasa ketakutan kak long tiap kali kak long membebel bila doctor dan nurse bagi rawatan kat abah. Tak boleh silap sikit, kak long naik angin, melenting, marah staff nurse tu. Ya Allah, memang su takut sangat menghadapi saat saat begini.


Tues. 160413.

Tapi itu semua masa hari pertama abah dekat hospital. Masuk hari kedua, alhamdulillah. Kami sekeluarga lebih tenang dan abah nampak lebih sihat. Abah dah boleh bercakap dengan baik. Sebab sebelum ni memang susah nak faham apa yang abah cakap. Mak teh sekeluarga sampai dari Kedah pukul 4 pagi tadi. Mak lang, mak usu, mak de, atok² saudara, abang² dan kakak² sepupu, eh senang cerita ramai lah yang datang melawat abah. Memang diorang semualah yang jadi sumber kekuatan kami sekeluarga. Eh tak lupa juga, bakal abang long saya. Banyak sangat tolong. First day abah masuk hospital, abang long afiq lah yang ambik su bawak pergi hospital bila kak long tengah takut sorang sorang dekat sana.

Su ada class, ada exam. Tapi fikiran su dah melayang jauh sampai ke hospital. Dilemma. Last last su mintak balik awal terus pergi hospital.

Oh thanks juga to kawan baik saya, Qida. Dia la tempat su mencurah semua resah dan gelisah.

Su minta jasa baik rakan rakan pembaca blog sekalian untuk sama sama doakan kesihatan dan kesembuhan ayah su. Setiap kali kita doakan orang, malaikat akan doakan kita. Dan doa malaikat tak ada hijab. Jadi, apa salahnya kita saling mendoakan betul tak? J

Thanks readers! *love*

Assalamualaikum


Kecelaruan Emosi. Dan mungkin, satu pengakuan?


Sat.130413.18:07.

Assalamualaikum

Sejak beberapa minggu ni, mood sangat tak ok. Kadang-kadang seronok bergelak ketawa kadang-kadang menangis tiba-tiba. Eh sangat tak faham dengan diri sendiri. Mungkin disebabkan beberapa masalah yang datang tiba-tiba. Kut. Atau sebab ABC. Atau sebab abah tak sihat sejak seminggu lepas atau sebab model project and presentation minggu depan. Eh entah la. Banyak sebab kut.

Dua minggu lepas su jumpa dengan Kak Wani dekat office dia area Damansara. Sabtu lepas pulak su jumpa Qida. Kalau ada masalah memang su tak reti la nak simpan pendam sorang-sorang. Mesti ada yang jadi mangsa mendengar masalah su. Terharu betul dengan kawan-kawan yang baik dan suka mendengar ni. Yang penting, diorang masih lagi boleh jumpa dengan su walaupun masing-masing sibuk.

Su pernah tulis hari tu pasal sesuatu yang bakal mengubah masa depan. Ya, maksud su masa tu, masa depan dari segi kerjaya. Bukan dari segi lain. Tapi su takut kalau kalau ianya mengubah masa depan su bukan sahaja dari segi kerjaya, tapi dari segi lain jugak. Tak pernah terlintas pun di fikiran su sebenarnya. Setelah sekian lama. Rasa macam…eh betul ke?

Hati kita Allah yang pegang. Hati su tak terbuka lagi untuk siapa siapa. Jadi su risau. Takut. Tak nak bagi harapan tapi dalam masa yang sama su tak pandai nak mengelak. Su tak tahu nak kata ya atau tidak. Susah. Sebab tu kalau boleh tak nak benda macam ni jadi. Tapi semua ni di luar kawalan tak dapat nak elak. 

Rasanya tak sepatutnya su cakap macam ni kut. Entah kenapa su masih mengharapkan seseorang. Walaupun hakikatnya su tak suka mengharap pada yang belum pasti. Ha pelik kan? Tu lah dah kata. Hati ni Allah yang pegang. Allah je tahu. Allah je faham.

Su ni jenis yang tak suka benda main-main. Yang tak serius. Dan yang belum nampak kepastiannya. Keliru dan menyakitkan. Itu yang su rasa.

Dan sekarang…ada lah sorang ni yang mula nak kenal² dengan su. Walaupun su layan tak layan je dia tapi nampaknya dia tak nak berhenti. Sebenarnya bukan je tak layan, banyak lagi benda jahat su buat. Haha. Memang rasa teruk buat orang macam tu. Sangat teruk. Tiap kali jumpa dekat class, su pandang muka dia je…mula la nak marah. Memang su nampak macam kejam. Tahu. Lagi lagi emosi tengah bercelaru dengan masalah masalah. Bertambah tambah lah su punya emo tiap kali nampak dia. Entah. Takut nak mula. Tak tahu macam mana nak mula. Belum ready. Kut.

Istikharah. Masa nak mula kenal, masa nak mula kawan, mak suruh buat istikharah. Eh bukan pasal jodoh je boleh buat istikharah ya.

Pesanan dari Facebook Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria
UNTUK WANITA: Jika saya dapat berpesan. Saya ingin mengatakan perkahwinan bukanlah satu perkara main2 dengan cinta sahaja kita boleh bahagia? Sangatlah tidak tepat. Tetapi kahwinlah dengan orang yang datang dari keturunan yang baik2, mak ayahnya, adik beradiknya kerana semua itu akan menjadi penentu bahagia atau deritanya kita. Kahwinlah atas dasar kedudukan ekonominya baik kerana itu semua akan menghilangkan beban kerisauan di hati kita tatkala dia mampu menyara hidup kita. Kahwinlah dengan orang yang baik parasnya, yang menyejukkan hati kita mengikut tafsiran kita kerana kita hari2 akan memandang dia. Kahwinlah kerana agama dia kerana dengan itu dia yang akan mengejutkan kita subuh, bukan kita yang kejutkan dia, dia akan melayan kita umpama seorang puteri, dia akan memuliakan kita sebagaimana layaknya seorang isteri dimuliakan oleh suaminya. Dia tidak akan meninggikan suara, dia tidak akan mengarah itu ini, dia hanya akan berlembut dengan kita, dan tiap kali kita lemah dia akan mengingatkan kita untuk berharap hanya pada ALLAH. Namun untuk itu semua, pelaburannya adalah diri kita sendiri. Dekati ALLAH sungguh2~!!! Jadilah hamba ALLAH, bukan hamba lelaki :)