I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, April 22, 2013

Kecelaruan Emosi. Dan mungkin, satu pengakuan?


Sat.130413.18:07.

Assalamualaikum

Sejak beberapa minggu ni, mood sangat tak ok. Kadang-kadang seronok bergelak ketawa kadang-kadang menangis tiba-tiba. Eh sangat tak faham dengan diri sendiri. Mungkin disebabkan beberapa masalah yang datang tiba-tiba. Kut. Atau sebab ABC. Atau sebab abah tak sihat sejak seminggu lepas atau sebab model project and presentation minggu depan. Eh entah la. Banyak sebab kut.

Dua minggu lepas su jumpa dengan Kak Wani dekat office dia area Damansara. Sabtu lepas pulak su jumpa Qida. Kalau ada masalah memang su tak reti la nak simpan pendam sorang-sorang. Mesti ada yang jadi mangsa mendengar masalah su. Terharu betul dengan kawan-kawan yang baik dan suka mendengar ni. Yang penting, diorang masih lagi boleh jumpa dengan su walaupun masing-masing sibuk.

Su pernah tulis hari tu pasal sesuatu yang bakal mengubah masa depan. Ya, maksud su masa tu, masa depan dari segi kerjaya. Bukan dari segi lain. Tapi su takut kalau kalau ianya mengubah masa depan su bukan sahaja dari segi kerjaya, tapi dari segi lain jugak. Tak pernah terlintas pun di fikiran su sebenarnya. Setelah sekian lama. Rasa macam…eh betul ke?

Hati kita Allah yang pegang. Hati su tak terbuka lagi untuk siapa siapa. Jadi su risau. Takut. Tak nak bagi harapan tapi dalam masa yang sama su tak pandai nak mengelak. Su tak tahu nak kata ya atau tidak. Susah. Sebab tu kalau boleh tak nak benda macam ni jadi. Tapi semua ni di luar kawalan tak dapat nak elak. 

Rasanya tak sepatutnya su cakap macam ni kut. Entah kenapa su masih mengharapkan seseorang. Walaupun hakikatnya su tak suka mengharap pada yang belum pasti. Ha pelik kan? Tu lah dah kata. Hati ni Allah yang pegang. Allah je tahu. Allah je faham.

Su ni jenis yang tak suka benda main-main. Yang tak serius. Dan yang belum nampak kepastiannya. Keliru dan menyakitkan. Itu yang su rasa.

Dan sekarang…ada lah sorang ni yang mula nak kenal² dengan su. Walaupun su layan tak layan je dia tapi nampaknya dia tak nak berhenti. Sebenarnya bukan je tak layan, banyak lagi benda jahat su buat. Haha. Memang rasa teruk buat orang macam tu. Sangat teruk. Tiap kali jumpa dekat class, su pandang muka dia je…mula la nak marah. Memang su nampak macam kejam. Tahu. Lagi lagi emosi tengah bercelaru dengan masalah masalah. Bertambah tambah lah su punya emo tiap kali nampak dia. Entah. Takut nak mula. Tak tahu macam mana nak mula. Belum ready. Kut.

Istikharah. Masa nak mula kenal, masa nak mula kawan, mak suruh buat istikharah. Eh bukan pasal jodoh je boleh buat istikharah ya.

Pesanan dari Facebook Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria
UNTUK WANITA: Jika saya dapat berpesan. Saya ingin mengatakan perkahwinan bukanlah satu perkara main2 dengan cinta sahaja kita boleh bahagia? Sangatlah tidak tepat. Tetapi kahwinlah dengan orang yang datang dari keturunan yang baik2, mak ayahnya, adik beradiknya kerana semua itu akan menjadi penentu bahagia atau deritanya kita. Kahwinlah atas dasar kedudukan ekonominya baik kerana itu semua akan menghilangkan beban kerisauan di hati kita tatkala dia mampu menyara hidup kita. Kahwinlah dengan orang yang baik parasnya, yang menyejukkan hati kita mengikut tafsiran kita kerana kita hari2 akan memandang dia. Kahwinlah kerana agama dia kerana dengan itu dia yang akan mengejutkan kita subuh, bukan kita yang kejutkan dia, dia akan melayan kita umpama seorang puteri, dia akan memuliakan kita sebagaimana layaknya seorang isteri dimuliakan oleh suaminya. Dia tidak akan meninggikan suara, dia tidak akan mengarah itu ini, dia hanya akan berlembut dengan kita, dan tiap kali kita lemah dia akan mengingatkan kita untuk berharap hanya pada ALLAH. Namun untuk itu semua, pelaburannya adalah diri kita sendiri. Dekati ALLAH sungguh2~!!! Jadilah hamba ALLAH, bukan hamba lelaki :)


0 comments: