I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, April 22, 2013

Minta doa.


Mon. 150413.

Assalamualaikum

Setelah lebih dari 10 hari ayah su sakit dan ke klinik beberapa kali tapi masih juga belum baik-baik akhirnya kitorang satu family ambik keputusan untuk bawak abah pergi hospital. Mulanya, memang abah tak nak. Dah banyak kali su cakap dekat mak nak bawak abah pergi hospital. Tapi abah tak nak jugak. Dan akhirnya abah dimasukkan ke hospital pada pagi Isnin lepas.

Pertama kali abah dimasukkan ke hospital. Pertama kali kitorang satu family menghadapi situasi begini. Memang su takut sangat pada mulanya. Hari pertama, risau boleh ke abah tidur dekat hospital. Macam mana abah sorang sorang dekat sana. Macam mana kalau tengah malam abah sakit tak boleh tidur dan macam macam lagi kerisauan yang melanda. Sepanjang malam, su, mak dengan kakak dekat rumah tak lena tidur. Kejap kejap terjaga. Abah pun hantar sms pukul 2 pagi, nak dekat dekat subuh, cakap tak boleh tidur. Kami lagi lah. Macam mana nak tidur. Macam macam fikir.

Awak tahu, su rasa takut yang amat sangat buat pertama kali dalam hidup su sepanjang 24 tahun ni. Disebabkan tak boleh tidur, su bangun mandi dan solat. Minta Allah permudahkan semuanya. Memang tak boleh nak berfikir dengan betul. Rasa takut je sepanjang hari. Dapat rasa kerisauan mak tiap kali mak bersuara. Dapat rasa ketakutan kak long tiap kali kak long membebel bila doctor dan nurse bagi rawatan kat abah. Tak boleh silap sikit, kak long naik angin, melenting, marah staff nurse tu. Ya Allah, memang su takut sangat menghadapi saat saat begini.


Tues. 160413.

Tapi itu semua masa hari pertama abah dekat hospital. Masuk hari kedua, alhamdulillah. Kami sekeluarga lebih tenang dan abah nampak lebih sihat. Abah dah boleh bercakap dengan baik. Sebab sebelum ni memang susah nak faham apa yang abah cakap. Mak teh sekeluarga sampai dari Kedah pukul 4 pagi tadi. Mak lang, mak usu, mak de, atok² saudara, abang² dan kakak² sepupu, eh senang cerita ramai lah yang datang melawat abah. Memang diorang semualah yang jadi sumber kekuatan kami sekeluarga. Eh tak lupa juga, bakal abang long saya. Banyak sangat tolong. First day abah masuk hospital, abang long afiq lah yang ambik su bawak pergi hospital bila kak long tengah takut sorang sorang dekat sana.

Su ada class, ada exam. Tapi fikiran su dah melayang jauh sampai ke hospital. Dilemma. Last last su mintak balik awal terus pergi hospital.

Oh thanks juga to kawan baik saya, Qida. Dia la tempat su mencurah semua resah dan gelisah.

Su minta jasa baik rakan rakan pembaca blog sekalian untuk sama sama doakan kesihatan dan kesembuhan ayah su. Setiap kali kita doakan orang, malaikat akan doakan kita. Dan doa malaikat tak ada hijab. Jadi, apa salahnya kita saling mendoakan betul tak? J

Thanks readers! *love*

Assalamualaikum


2 comments:

Amyna said...

InsyaAllah...Moga segalanya dipermudahkan dan ayah sue kembali sihat seperti sediakala..

GaD!s_ BuNg@ said...

su, ayah su sakit ape?? smoga cpt2 sembuh ye..