I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, May 17, 2013

Don't Stop





Mungkin terlalu cepat


[source - maketimetotime]







I'm sorry.


Sunday, May 12, 2013

Update Lagi

Assalamualaikum

Dah mula sibuk ni. Rumah yang sejak berminggu-minggu dah macam tongkang pecah akhirnya berjaya dikemas dan dibersihkan. Lepas ni nak tolong mak buat hantaran, nak buat guestbook [tapi yang ni kak long tak tahu, saja su nak buat hadiah untuk dia heheh] dan macam macam lagi lah yang nak dibuat. Tapi sibuk jugak nak update blog ni ha caner. Haha

Ini adalah beberapa ucapan hari lahir su yang diambil di facebook. Saja nak kongsi mana yang wish best sikit. Yang penting, bukan 'hb' sahaja ya. Hehehe









Apa apa pun terima kasih ya semua atas ucapannya! HB pun I ok jer..hahahahaha

Thursday, May 9, 2013

Sehingga suatu ketika..




[source - unspokenfairytales.tumblr]


Tuesday, May 7, 2013

05.05.13 – Birthday & Election


Assalamualaikum

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Saya sudah 24 tahun! Dua puluh empat. Ya. Dua-empat. Twenty-four. Haha

Bangun pagi pagi rasa macam hari raya pulak. Semangat nak mengundi punya pasal. Kitorang satu family mengundi dekat SMK Bandar Baru Ampang tapi mak dekat Keramat. Sebab dulu mak duduk Keramat, daftar pun dekat sana tapi mengundinya tak pernah. Haha.


Ini kak long saya. Ha’ah, memang adik dia lagi tinggi :p


Maka pertama kali lah buat kami semua kecuali abah. Tersesat pulak tu masuk sekolah lain masa pusing pusing cari sekolah dekat area Keramat tu. Kenangan mengundi pertama kali. Banyak sangat sekolah dekat sana.


Bukan main panjang lagi ink dia letak…


Dah cuci tapi…tapi....tapi....


Petang kami meraikan hari lahir su yang ke-24. Pertama kali sambut hari lahir pada hari mengundi. Pertama kali jugak mengundi dalam hidup [untuk PRU lah ya tak kira uni ok haha] dan mengundi di hari lahir. Wah pengalaman dan kenangan nih


 
 


eh Nemo tumpang lalu


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah untuk usia yang semakin bertambah ni. Terima kasih untuk mak abah kak long yang beli kek and ira yang dah balik shah alam cepat sangat. Thanks kak teha, mak usu sekeluarga untuk wish yang sangat bermakna. InshaAllah kak ngah aminkan dengan izin Allah diperkenankan doa mak usu :D Terima kasih shafiq, janna, ainaa, qida, dan ika for all the wishes and doa. Oh dan kepada yang wish dekat fb, terima kasih jugak banyak banyak! J

Thank you so much!

Love,
suraiza, kak ngah, su, sue, susu, kak su :P 



Sekadar...


Luahan...hati.

Assalamualaikum

Bukan senang nak hadapi situasi yang tak dijangka. Kadang-kadang kita ingat kita boleh hadapi situasi tu tapi sebenarnya kita tak boleh. Mungkin sebab su ni jenis orangnya yang suka berfikir. Berfikir seperti tak ada esok, sampai terasa mahu pecah kepala, sampai jatuh air mata.

Bukan sengaja nak kecewakan sesiapa. Kadang-kadang orang yang mengecewakan tanpa sengaja lebih sakit rasanya daripada yang dikecewa. Mungkin. Eh entahla. Bimbang. Takut. Tak pasti. 

Sebab tu tak mahu mula. Sungguh, kadang-kadang tak boleh nak terima. Tapi bukan bererti nak menolak. I can’t say yes but at the same time I don’t want to say no. Ya, memang diri sendiri pun tak boleh nak faham.

Siapa tahu mungkin ini jawapan untuk doa yang dipanjatkan setiap lima waktu dan jawapan untuk istikharah setiap malam. Allah dah permudahkan. Siapa tahu. Kan? Mungkin ini jawapan. Yakin dan redhalah. Allah tahu.

Macam kata dia, kita takkan tahu ketentuanNya..mana tahu satu hari nanti dengan izinNya.

Jadi, kita kena positif lah kan. Mungkin bukan sekarang. Mungkin belum masanya.





p/s - Macam u cakap, we just be friends dulu. So yes, kita kawan. Takpe, Allah tahu yang terbaik untuk u, untuk i, dan untuk semua orang : )  




Thursday, May 2, 2013

PWTC, UPSI & NURUL AMALINA (~^__^~)


Assalamualaikum

Dah masuk bulan Mei. Wah wah wah dah semakin bertambah usia ni. Haha. Takpe takpe. Alhamdulillah...

Semalam [1hb] kitorang buat family gathering nak bincang pasal kenduri nanti. Macam tak sangka kejap je dah nak hampir setahun kak long bertunang. Tapi elok jugak tak ambik tarikh yang sama 5hb ni sebab tarikh tu nanti nak kena pergi mengundi. Marilah mari kita mengundi. Nyanyi ya jangan baca je. Haha

Esok nak bawa abah pergi hospital untuk medical checkup. 

Sabtu ni tak boleh kacau sebab su nak tengok cerita korea sebab dah banyak kali missed. Haha. Ahad nak mengundi, nak kemas rumah. Tapi ada orang tu nak ajak keluar. Kut. Dia tanya free ke tak je, tak cakap pun kenapa. HAHAHA

29 & 30 April hari tu su jumpa dengan kawan masa sekolah rendah dulu. Jauh datang dari Pahang tau. Nurul nama dia. Su memang still rapat dengan kawan kawan sekolah rendah, sekolah menengah. Sesetengah orang dah tak jumpa dah kan. Tapi macam su, kawan sekolah dulu la kawan baik, kawan rapat su. 

First day, kitorang pergi jalan jalan PWTC alang-alang tengah ada book fair kan sekarang. Adik su pulak jadi duta buku kat sana. Pergi la tengok dia buat apa sambil sambil beli buku, jeling-jeling, pandang-pandang. Tengok dia nyanyi atas stage. Haha. Banyak sangat buku naik gila tengok. Serius cakap. Balik balik je sakit kepala kitorang. Hahaha

Thanks to my adik for taking this picture. Dia turun pentas lepas nyanyi su kejar mintak ambik gambar su dengan nurul hehe


Ini la cik nurul amalina. Sudah bertunang ya, maaf. HAHA


Hari kedua, su ikut dia pergi UPSI pulak. Sambil teman sambil jalan jalan tengok UPSI. 


Depan pintu masuk UPSI


 Haha semangat ambik gambar pegang payung




Cikgu Nurul yang cute :P :P :P


Depan Taska UPSI


Siap playground lagi tau





Mekaseh Nurul untuk kek yang cantik dan sedap. Mak kata teringat zaman muda muda masa makan kek tu. HAha. Mak cakap lagi Nurul dan boleh kahwin. Pandai buat kek. :D :D :D

Pinjam gambar kek kat blog nurul

::Gadis Bunga::