I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, May 7, 2013

Sekadar...


Luahan...hati.

Assalamualaikum

Bukan senang nak hadapi situasi yang tak dijangka. Kadang-kadang kita ingat kita boleh hadapi situasi tu tapi sebenarnya kita tak boleh. Mungkin sebab su ni jenis orangnya yang suka berfikir. Berfikir seperti tak ada esok, sampai terasa mahu pecah kepala, sampai jatuh air mata.

Bukan sengaja nak kecewakan sesiapa. Kadang-kadang orang yang mengecewakan tanpa sengaja lebih sakit rasanya daripada yang dikecewa. Mungkin. Eh entahla. Bimbang. Takut. Tak pasti. 

Sebab tu tak mahu mula. Sungguh, kadang-kadang tak boleh nak terima. Tapi bukan bererti nak menolak. I can’t say yes but at the same time I don’t want to say no. Ya, memang diri sendiri pun tak boleh nak faham.

Siapa tahu mungkin ini jawapan untuk doa yang dipanjatkan setiap lima waktu dan jawapan untuk istikharah setiap malam. Allah dah permudahkan. Siapa tahu. Kan? Mungkin ini jawapan. Yakin dan redhalah. Allah tahu.

Macam kata dia, kita takkan tahu ketentuanNya..mana tahu satu hari nanti dengan izinNya.

Jadi, kita kena positif lah kan. Mungkin bukan sekarang. Mungkin belum masanya.





p/s - Macam u cakap, we just be friends dulu. So yes, kita kawan. Takpe, Allah tahu yang terbaik untuk u, untuk i, dan untuk semua orang : )  




0 comments: