I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, June 15, 2013

Because..





Strong.


source: rabbrakha





#Hospital.

Assalamualaikum

110613. 08.15am.
Seperti yang dah dipersetujui sebulan yang lepas [sebenarnya dah lebih sebulan], hari ni abah masuk hospital semula sebab esok nak buat ERCP [kut. rasanya. nama dia. kalau tak silap]. Saya tak tahu, saya bukan doctor. Tapi dah berapa ramai kat hospital tu ingat su doctor. Tang mana gaya doctor pun tak tahu la haha

120613. 12.30pm.
Dekat dua jam su tunggu abah. Sorang2. Menggigil. Sejuk. Beku dekat bawah tu. Nurse suruh ambil selimut kalau sejuk sangat. Dah tak mampu nak bergerak. Nervous pun ada jugak. Eh takut lah duduk tunggu sorang2. Memanglah ada orang lain, nurse, doctor, tapi tak kenal. Kalaulah ada seseorang yang dikenali boleh temankan su.

Dalam pukul 2 lebih, pintu dah bukak. Jumpa doctor, dia kata tak boleh buat. Hah?!! Tak boleh?? TERjerit depan doctor. Mau tak terkejut. Dua jam tunggu. Ingat dah selesai. Doctor kata next week, Monday kena buat operation jugak. “Your dad ni terlalu agresif”. Another doctor, “the stone is very big.” Yes, I know the stone is big sebab tu dulu tak boleh buat. Ingatkan dah boleh lah sekarang. Kalau next Monday and buat operation, mesti abah tak nak.


130613.05.00pm
Doctor kata nak buat operation esok pagi. Dah buat ujian darah, jantung, x-ray, etc.

140613.09.30am
Dah tukar jarum besar sebab nak operation. Abah pun dah puasa dari malam tadi. Tahu apa jadi? Tiba-tiba nurse datang, “Maaf pakcik, ada berita buruk. Tak jadi operate hari ni.” Eh biar betul?!! Marah. Geram pun ada. Macam main-main je. Su datang pukul 7 pagi, dah jumpa doctor dan memang dia kata operation hari ni. Abah pulak bila dah tahu tak buat operation hari ni, terus nak balik. Memanglah su dengan kak long pun nak je bawak abah balik. Buat apa lama lama dekat hospital tu.

Operation bawak ke jadual asal, hari isnin. So memang lah abah nak balik sangat kan. Tak sabar sampai dah tukar baju pagi tu. Padahal discharge petang sempat tunggu kak long balik kerja. Haha semangat abah nak keluar hospital. Sebenarnya kan, memang abah tak boleh keluar lagi. Doctor tak bagi tapi su mintak jugak. Sebab masalahnya, abah kata dia tak boleh tido, tangan bengkak, sakit2 kena cucuk, amik darah, etc. Lagi pun, abah memang tak nak makan makanan hospital. Tak selera katanya. Nak balik jugak, nak makan mak masak. Ok lah kita balik!

Ini su yang makan. Kalau tak, membazir. 
Nak suruh jamah, rasa sikit pun abah tak nak camne nak duduk hospital untuk sehari dua lagi

150613.09.00am
Breakfast pun dah makan macam-macam abah ni. Tahu la dekat rumah. Hehe. Esok dah kena masuk hospital balik. Kesian abah. Kalau dah selesai semua semalam kan bagus. Tu pun dah bising tak nak buat operation. Tapi bila dia cakap macam tu je, su ingatkan abah dalam badan dia tu ada stent. Tak kan nak biar je kat dalam tu, tak takut ke. Hehe. Terpaksa cakap macam tu. Kalau tak dia kata nak buat rawatan tradisional tak nak operate. Yelah, bayangkan 13hb tu doctor dah bagitahu semua, nak operate macam mana, nak kena bius berapa lama, nak kena potong besar mana, hish tak ke takut dengar macam tu. Kalau su pun boleh cancel! Cepatlah. Jangan tangguh2 lagi. Abah tu karang tiba-tiba dia tak nak buat camne. Bukan senang nak pujuk tu. Degil macam anak dia jugak haha.

16hb masuk hospital semula. InshaAllah 17hb buat operation.

Mohon doa.



Sunday, June 9, 2013

Wedding Ika

Assalamualaikum

Akhirnya sampai jugak majlis ika. Tahniah ika dan suami. Semoga berbahagia hingga akhir hayat, dunia akhirat. Bak kata eyra, cepat2 sikit produce ika junior. Tak sabar dah kitorang nak jadi auntie HAHAHA


cantik sangat ika! 

Congrats!

masa masuk dewan tu, terpaku terus mata pandang pengantin. 
tak lepas dari mulut..."cantiknya ika" 

Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah

awan dalam tasik heheh

cik ainaa dengan handbag comelnya :P

cik su pun nak sebok jugak amik gambar tepi tasik 

credit picture - Ainaa Amira : D

Selamat pengantin baru. Selamat berbahagia. Semoga dilimpahi dan diberkati dengan rahmat Allah selalu. Semoga cepat2 dapat baby. Semoga selamat lah semuanya : )

Lepas kenduri, kitorang pun dah alang2 sampai Perak tu kan jalan2 la Ipoh. Punya la excited kitorang berdua ni sebab memasing dah lama tak balik kampung. Nampak tu, "wah!". Nampak ni, "wow!". Hahaha. Serius tak tipu. Pergi solat pun kat Masjid Negeri i tell you. Excited sungguh. Hehehe



Friday, June 7, 2013

One day..inshaAllah




source: abdulbary


Awkward silence.


source: dark-islands


You've felt it, haven't you?

source: larmoyante



Barakallahufik, Ika : )

060613.Thurs.

Assalamualaikum

Entry khas untuk ika yang bakal bergelar Puan Nur Zulaika beberapa jam sahaja lagi. Tahniah sahabat baik saya.

Tak dapat datang majlis pernikahan ika malam ni, tapi inshaAllah akan pergi majlis walimah di Batu Gajah sabtu ni.


Inilah dia orangnya : )

Yang dalam bulatan merah – ika, su, ainaa

Aha wajah bercahaya, apa orang kata…ada nur…hahaha
Epa comel.

Perangai kami sama. Tak payah cakap, masing2 dah tahu.
Tapi kalau marah, dua2 diam. Sebab tu kadang2 gaduh. Tapi bukan lah gaduh tarik2 rambut haha. Bukan kawan lah kalau tak penah gaduh kan ika kan hehe sorry ika  : P

I love you too

Convocation

Sehari lepas konvo, pergi ukm semata nak bergambar berdua eheh

Tahniah ika. Selamat bergelar isteri! : )


Jawapan.

Assalamualaikum

Bagaimana lagi harus saya katakan. Apa lagi yang harus dilakukan supaya kamu faham. Faham dengan situasi saya. Faham dengan keadaan yang tidak mengizinkan.

Kita, berbeza. Cara awak dan cara saya bertentangan. 

Kita tak boleh PAKSA orang untuk terima kita apatah lagi mengikut kehendak dan cara kita. Sangat salah. Sebab, kita bukan siapa siapa. Belum ada ikatan hati mahupun ikatan janji.

Jika mahu berubah, buktikan. Saya percaya pada tindakan, bukan perkataan berbunga ayat memujuk. Niat tak menghalalkan cara.

Maaf.

Saya rasa, saya dah ada jawapan.

Semoga awak faham.

*****
“Love is one of the most priceless things you can give to someone and it stems naturally from the heart; so be careful who you chose to love and keep your heart protected as there are mean and selfish people out there who are bound to abuse that love.” -Healing Hearts

And this is what I’m doing. I’m trying to protect my heart. So please...

P/s - Tak semua perempuan bertudung tu sama u. Kadang2, boleh jadi jugak tudung tu tudung saji. Tudung saji dengan hijab yang orang pakai untuk tutup aurat tu jauh bezanya. Jadi renung-renungkan, selamat beramal =) 




Tuesday, June 4, 2013

Majlis Bertandang, 1 Jun – Merah baru meriah :D

Assalamualaikum

1 Jun, kami ke Melaka pula. Maklumlah abang long orang Melaka. Dekat sana pun tak kurang meriahnya. Siap silat bagai. Memang meriah sambutan keluarga sebelah sana.
































*****
Sampai KL pukul 1 pagi. Pergi rumah pakcik dulu nak hantar isteri dia sebab mak cik naik sekali dengan kami. Eh tiba-tiba pakcik tanya, Kak ngah bila pulak? [Dah dengar, tapi buat buat tak dengar haha] Bukan sekali, tapi berkali-kali. Sampai mak yang tolong jawabkan.

Tolonglah doakan kak ngah wahai pakcik makcik sayang =)